MAKAN MALAM DI BUKIT AMPANG

by - 7:32 AM

Holla,


Malam ni makan apa? Ada view cantik tak dekat tempat makan tu? Kalau nak menikmati view cantik dari atas bukit yang boleh nampak bandaraya Kuala Lumpur, anda boleh menikmatinya di Bukit Ampang. Suasananya sangat cantik, tenang dan sejuk sikit je.


Malam ni vainz pergi Bukit Ampang untuk rasa makanan yang ada di sini. Paling famous dekat sini adalah Char Kuey Teow, hampir semua kedai jual menu ni. Yang paling seronok makan dekat sini, vainz dapat lihat permandangan bandaraya Kuala Lumpur yang banyak lampu tu dari jauh. Tenang je makan dekat atas bukit ni. Jom ikuti cerita vainz malam ni pasal makanan di Bukit Ampang.



Menu utama yang vainz pilih sudah tentu Char Kuey Teow. Vainz pilih kedai di cerun bukit berdekatan dengan tempat 'shisha'. Rasa Char Kuey Teow kedai ni memang terbaik, rasa masam yang cukup buat vainz tambah lagi sepinggan. Hehehe. Vainz pesan Char Kuey Teow Special, ada telur mata, kerang, dan udang. Memang berbaloi untuk sepinggan berharga RM8.


Dah kenyang makan Char Kuey Teow dan kentang goreng, kita cuba bakso pula. Bakso ini guna meehoon dan ada bebola daging dalam 5 biji. Kedai kedua, vainz pergi dekat atas sikit tepi jalan besar. Kedai ni terletak dekat hujung sekali. Rasa bakso ni kurang memikat selera vainz, tapi rasanya boleh tahan.


Menu ketiga, vainz nak cuba laksa pula, laksa ni tak ada yang istimewanya, rasa sama macam kedai lain, cumanya kuah laksa agak cair. Rasa kuah laksa ni sedap dan cukup rasa. 


Dah selesai menjamu selera dengan makanan yang berat, vainz pun teruskan perjalanan pergi ke bahagian bawah, ada satu 'Food Truck' yang jual steamboat. Harga secucuk adalah RM1.20. Rasa sos steamboat ni memang padu dan berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Macam biasa, steamboat akan rebus dulu kan. Untuk steamboat vainz ada sertakan video, bole check it out.





Nanti vainz akan upload full video Vainz Hunting Food at Bukit Ampang di channel youtube vainz. Selamat malam, jangan lupa pergi Bukit Ampang untuk menikmati suasana panorama Bandaraya Kuala Lumpur dari atas bukit. 

You May Also Like

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...