TEROKAI BATU CAVES BERSAMA VAINZ

by - January 13, 2019

Holla,

Apa khabar semua? Apa aktivti hujung minggu anda? Hari ni vainz berpeluang untuk menerokai Batu Caves. Cantik sangat tempat ni. Memang ramai pelancong luar negara datang sini, pernahkan anda jejaki kaki di Batu Caves? Kalau belum, jom baca cerita vainz, apa yang best di Batu Caves.



Pertama sekali, kalau lalu je depan Batu Caves atau lihat poscard mesti nampak Gold Statue belakang vainz tu kan? Itu ialah Lord Murugan Statue, ketinggian statue tu 42.7 meter dan dibina selama 3 tahun dan dilancarkan semasa sambutan Thaipusam 2016. Lord Murugan Statue merupakan statue tertinggi di Malaysia dan ketiga tertinggi di dunia.

Apa yang menarik perhatian vainz adalah rekabentuk dan struktur pembinaan yang cantik, dan kukuh buatkan Batu Caves nampak gah di Malaysia.


Cantik kan tangga Batu Caves! Semuanya dicat baru dan warna warni ini menarik minat ramai orang untuk berkunjung. Jadi tunggu apa lagi, datanglah ke Batu Caves. Batu Caves mempunyai 272 anak tangga, untuk sampai ke kuil di dalam bukit batu kapur. Kalau taknak mengah dan penat naik tangga ni, naik je perlahan dan nikmati setiap keindahan alam di sini.


Jadi, selepas 272 anak tangga vainz pijak, sampai lah ke kuil Batu Caves dalam gua batu kapur. Cantik kan? dalam gua ni pun ada lagi anak tangga dekat depan sana tu, Ini lah tempat sembahyang bagi penganut agama Hindu. Hidup di Malaysia ini seronok sebab kita ada berbagai bangsa, agama dan budaya. Ini salah satu kelebihan berada di Malaysia sebab kita boleh belajar dan menikmati keindahan budaya masing-masing.

Dah habis pusing dalam gua ni, vainz pun turun ke bawah sikit untuk pergi ke Dark Cave. Dark Cave ni sangat menarik sebab ada labah-labah yang rare, dan jugak living fossils. Gua gelap ini dijaga oleh Malaysia Tourism. Anda bole menikmati perjalanan menerokai Dark Cave dengan bantuan penjaga distu.



Di tepi tangga Batu Caves ada air terjun yang menarik perhatian vainz. Air terjun ni dari pandangan vainz seperti buatan manusia je, sebab ada paip yang bawa air keatas di tepi pintu Dark Cave. Tapi memang antik dengan pohon hijau yang melengkapinya.


Vainz pun sempat jugak bergambar dengan kawan baru di Batu Caves, kenalkan Encik Monyet. Datang Batu Caves ni memang akan jumpa banyak monyet liar, jadi jaga-jaga dengan budak kecil, barang peribadi dan makanan anda. Jangan sesekali bagi makanan yang dalam tin, dan plastik. sebab monyet ni tak pandai nak buagn dalam tong sampah selepas makan. Jangan bersikap seperti monyet ye, sayangi lah tempat perlancongan di Malaysia ni.


Dari atas tangga Batu Caves, vainz dapat lihat bandar Kuala Lumpur yang sentiasa membangun dengan pembangunan baru. kecilnya orang di bawah tu. Heheh.


Pengalaman meneroka Batu Caves ini tak dapat vainz lupakan. Memang seronok untuk melihat keindahan agama lain, dengan struktur pembinaan mereka yang cantik. Jom terokai Malaysia bersama vainz. kongsikan pengalaman anda bersama vainz.


You May Also Like

19 comments

  1. serious menarikkkk la batu caves !
    selama bertahun tahun duduk selangor ni tak pernah la pulakk nisa ke sana. nak try la pergi tengok! bawak member yang pandai ambik gambar pun best juga ni ahha

    ReplyDelete
  2. Cantik rupanya di Batu Caves ni ehh. Selalu dok dengar orang cakap ada tempat sembahyang mereka juga. Rupanya siap ada macam air terjun juga eh.. .ehhh siap ambik gambar ngan cik nyet camtu. Beraninya.

    ReplyDelete
  3. selama ni tak pernah pun ke sana. teringin gak nak tengok sampai ke atas apatah lagi dah warna warni sekarang. memang cantik! nanti nak set lah masa untuk kesana

    ReplyDelete
  4. Dah lama teringin nak ke Batu Caves ni. But tak sampai sampai macam la jauh sangat kan? Padahal dok kl gak. Nampak best ni yg berkobar nak juga singgah by this year.

    ReplyDelete
  5. Dlu ms sekolah ada lawatan pengakap naik batu caves. . Skarang makin cantik sbb colorful tangga tu.. Tp ketar lutut juga la naik smp atas tu

    ReplyDelete
  6. teringin nak pgi batu caves ni dari kecik lagi tapi tak pernah dapat. teringin nak panjat tangga beratus2 tingkat tu. haha cantic pulak warna warninya..

    ReplyDelete
  7. Dah lama teringin nak pergi tangga warna warni ni.cantik kalau tangkap gambar dekat sini kan

    ReplyDelete
  8. I've wanted to go to Bat Caves for awhile now but can't find a kaki to accompany me. The view is beautiful can't wait to see it for myself.

    ReplyDelete
  9. Tak peenh peegi sini lagi.. Tengok dari kejauhan jela. .Nak jjuga masuk semata nak ambil gmbr kat tangga ddia je. .Hehwhw. .TaTapi belum masa sesuai lagi nak singgah

    ReplyDelete
  10. Wahhh semangat ambik gambar. Penuh tak kalau datang pi situ? Sbb pernah naik ktm turun ktm batu caves, ya ampun dah ramai orang. Nak jalan kaki pi situ pun takut lagi ramai. Sbb dalam gambar2 ni macam okay2 je x sesak.

    ReplyDelete
  11. selalu lalu jer x pernah lagi sempat singgah..heheheheh....tapi agak menarik sebab tempat ni memang sentiasa menjadi tumpuan pelancong samda tempatan atau antarabangsa

    ReplyDelete
  12. Rawlins pun tak pernah lagi sampai ke Batu Caves. Teringin nak berposing sakan kat tangga tu, especially lepas tengok video clip Yuna - giler cantik lokasi2 kat Malaysia kan

    ReplyDelete
  13. Larat betul dia mendaki tangga batu caves yang banyak banyak tuh ye. Akak separuh jalan dah pancit. Batu caves memang jadi tumpuan semua orang kan nak nak kaum India untuk sambut perayaan mereka .Malaysia banyak tempat menarik untuk dikunjungi juga .

    ReplyDelete
  14. Seriously, sampai ke hari ini belum jejak lagi Batu Caves nie. Entah bila lah nak jejakkan kaki ke sini. Skrg BC dah semakin cantik bila tangga2 tu dicat dengan warna-warni. Menambahkan lagi seri nya. Mesti cantik utk ambil gambar

    ReplyDelete
  15. Iza tak pernah jejak kaki kat batu caves sampai dah cantik dah batu caves skarang. Teringin jugak nak bergambar kat sini. Mesti cantik kalau ambil gambar kat tangga2 tu.

    ReplyDelete
  16. Frankly speaking... i have not been there yet.. and for sure i wanna go there by this weekend... die die also must force my hubby go with me... wakakakakak!!

    ReplyDelete
  17. cantik dah tangga batu cave sekarang. pernah kesini tapi belum pernah lagi naik ke atas tu. sebab dah nak magrib kan.

    ReplyDelete
  18. Memang Batu Caves salah satu wishlist nak ke sana. Tengok tangga dia dah cat lawa. Lagi nampak menarik tempat ni kan.

    ReplyDelete