Holla reader, 👋
Hari ni vainz berpeluang menyaksikan Robot AI yang pandai menari di Hotel Grand Ion Delemen, Genting Highlands. Hotel Grand Ion Delemen pernah dinobatkan Highest Altitude Full-Fledged Service Apartment in Malaysia dalam Malaysia Book of Record. Hotel Grand Ion ini dimiliki oleh NCT Group of Componies dan terletak setinggi 1,828m dari paras laut.
Pada 2019, Robot AI tidak asing lagi buat rakyat Malaysia, tetapi apa yang membuatkan Robot ini istimewa adalah Robot AI ini menari di dalam Hotel tertinggi di Malaysia. Ini merupakan salah satu tarikan pelancong untuk inap dan menikmati persembahan Robot cilik ini sewaktu makan. Pertunjukan ini juga bertujuan menjadi perintis dalam mewujudkan kesedaran mengenai peruncitan baru o2o(luar talian) yang membolehkan perniaggan sederhana kecil di Malaysia dapat mengadaptasi penggunaan AI. Acara ini dianjurkan oleh Malaysia Jiangsu Chamber of Commerce dan Kelab AI Malaysia.
Robot humanoid yang vainz pegang ni mampu melakukan perlbagai aktiviti seperti menari, menyanyi dan aksi seni mempertahankan diri. Robot AI ini diberi nama Dobi dan berukuran 48cm tingginya. DI Hotel Grand Ion Delemen terdapat 20 unit Dobi Robot AI untuk dipamerkan dan mempersembahkan bakat mereka. Menariknya Dobi adalah senang dikawal dengan satu controller, dan mempunyai fungsi bangun sendiri sekiranya ia terbaring atau jatuh. Dobi juga merupakan robot AI pertama yang tangkas dan fleksibel geraknya.
“NCT sentiasa mempercayai kepelbagaian. Mengorak langkah dari pembinaan ke pembangunan hartanah ke pengurusan hotel, NCT tidak pernah berhenti meneroka kepelbagaian dan perubahan. Melihat keperluan dan kepentingan teknologi, NCT juga akan menceburi bidang pembangunan teknologi. Ini adalah sehaluan dengan misi NCT untuk menerajui innovasi dan menjadi salah satu jenama terkemuka,”

Dobi
Robot Artificial Intelligence
Ucapan Dato' Sri Yap Ngan Choy
Pengarah Urusan Kumpulan NCT
“NCT sentiasa mempercayai kepelbagaian. Mengorak langkah dari pembinaan ke pembangunan hartanah ke pengurusan hotel, NCT tidak pernah berhenti meneroka kepelbagaian dan perubahan. Melihat keperluan dan kepentingan teknologi, NCT juga akan menceburi bidang pembangunan teknologi. Ini adalah sehaluan dengan misi NCT untuk menerajui innovasi dan menjadi salah satu jenama terkemuka,”
“Terdapat keperluan untuk mendidik dan berkongsi perkembangan teknologi dengan orang lain, terutamanya generasi muda. Saya percaya mereka ingin tahu dan berminat untuk mempelajari bagaimana teknologi, terutamanya bagaimana AI telah mengubah dunia. Oleh itu, NCT berharap untuk menyediakan satu platform yang membolehkan orang ramai mendekati dan mengenali teknologi dengan lebih dalam,” tambah Dato’ Sri Yap Ngan Choy.
Mr Li Ce
Pengasas Robot Dobi
Mr Li Ce merupakan Pengasas Robot Dobi dan beliau juga merupakan pemimpin industri robot di China. Beliau memiliki beberapa paten inovasi dalam industri robot dan Dobi merupakan kerjasama pertama beliau dengan NCT Group.
Dobi Rangkul Guinness World Records
Robot AI Dobi pernah merangkul Guiness World Record dengan persembahan mereka selama 60 saat. Terdapat 1,100 unit Dobi melakukan persembahan secara serentak.
Persembahan Robot Dobi di Hotel Grand Ion Delemen
Robot AI, Dobi yang menjadi tarikan utama di Hotel Grand Ion Delemen akan membuat persembahan dari Isnin hingga Ahad mengikut masa yang ditetapkan berikut:
Tengah
Hari
|
Petang
|
Malam
|
12.30 pm
|
3.30 pm
|
6.30 pm
|
1.30 pm
|
5.30 pm
|
7.30 pm
|
2.30 pm
|
8.30 pm
|
Jom saksikan persembahan Dobi bersama keluarga dan rakan anda!
Maklumat lanjut boleh dapatkan di laman web NCT Group of Componies