Holla 👋,
Vainz baru je menghadiri prebiu Eksklusif Dewan Acara Terbesar di Subang. Jadi vainz nak kongsikan pada anda semua apa yang menariknya untuk adakan majlis terindah anda di sini.
MAGICA EVENTS & FUNCTIONS HALL @ SUBANG
Dewan acara terbaru dan terbesar di sekitar kawasan Subang dengan menawarkan 3 dewan utama yang tersergam indah bertahtahkan konsep hiasan dalaman Eropah moden serta dilengkapi dengan fasiliti yang memudahkan anda untuk mengadakan acara dan majlis. Dengar saja perkataan Magica terus memberi persepsi tinggi dan menarik dalam fikiran vainz. Semestinya dewan-dewan Magica ini dihiasi dengan indah sekali.
Magica Events Sdn Bhd beroperasi sejak 1965 dan merupakan syarikat pilihan ramai warga Utara bagi majlis perkahwinan Melayu dan Cina. Syarikat ini yang bermula di Penang telah mengembangkan sayap perniagaan mereka dalam industri ini ke Lembah Klang dengan memnampilkan dewan yang seluas 36,000 kaki persegi serta mampu memuatkan 7,000 orang tetamu pada satu masa.
Vainz berpeluang menyaksikan 3 dewan agam MAGICA iaitu Magical Hall, Classic Hall dan Garden Hall. Ketiga-tiga dewan ini mampu berfungsi secara berasingan dengan rekaan dalaman yang indah dan dilengkapi fasiliti serta kakitangan yang mesra dan profesional. Semua dewan MAGICA memukau vainz dengan keindahan konsep Eropah moden, bunga-bunga yang menghiasi dewan, serta lampu-lampu yang mengikut rentak muzik.
MAGICAL HALL
Magical Hall merupakan dewan utama yang menampilkan rekaan dalaman ekstravaganza dimana dekorasinya dipenuhi dengan juntaian kepolak kaca serta kristal yang bergemerlapan. Hiasan ini akan berubah mengikut warna lampu yang ditetapkan mengikut tema majlis. Nampak tak lantai kaca tu? Haa yang itu merupakan laluan peragaan yang selalunya dijadikan walkway fashion show, ia juga memberikan kesan kemewahan apabila pengantin melaluinya untuk pergi ke pelamin. Lantai kaca berukuran 22 meter ini bercantum dengan pentas yang dihiasi bunga-bungaan serta pelamin yang tersergam indah disana.
Konsep magical ini terserlah indah dengan dekorasi yang menakjubkan serta sistem penataan cahaya canggih yang syncronize dengan rentak muzik yang dimainkan. Semasa prebiu ini, vainz dapat saksikan pengubahan cahaya yang cantik, indah dan tepat mengikut rentak muzik. Fasiliti canggih ini mampu memukau seluruh tetamu yang hadir.
Magical Hall
➰3,000 - buffet style
➰700 - dome style
CLASSIC HALL
Classic Hall yang berkeluasan 12,000 kaki persegi dihiasi dengan pentas, pintu masuk yang ditatarias serta bunga-bungaan yang indah dan hamparan karpet merah. Dewan ini dilengkapi dengan sistem penataan cahaya dan AV mampu memberikan kesan dramatik serta mampu memberi kesan prestij kepada majlis anda.
Classic Hall
➰3,000 - buffet style
➰700 - dome style
GARDEN HALL
Garden Hall merupakan dewan bersaiz sederhana , sesuai untuk mengadakan majlis akad nikah atas persandingan secara kecil-kecilan. Dewan ini menampilkan konsep ala hutan hijau persis taman nan damai dengan sebuah pohon redang di tengahnya serta juntaian daun-daun menghiasi langit dewan. Kicauan burung dan deruan air terjun menghiasi irama dewan ini seperti berada di taman.
Garden Hall
➰700 - buffet style
➰250 - dome style
VIP SUITE ROOM
VIP SUITE ROOM merupakan ruang yang sesuai bagi pelanggan yang ingin mengadakan mesyuarat atau menganjurkan majlis kecil-kecilan. Ruang ini mampu mmenampung 40 sehingga 80 orang pada satu masa. Terdapat 2 bilik suite VIP yang fleksibel bersama ruang legar luas bagi memenuhi keperluan majlis.
FASHION SHOW
Sambil menikmati hidangan yang disediakan, vainz disajikan dengan pertunjukan fesyen yang menampilkan koleksi baju pengantin daripada Putree Bridal dan KYBC. Cantik sekali setiap koleksi yang dipamerkan, begitu indah jika dipakai semasa majlis resepsi anda.
MAGICA PERTNERSHIP
MAGICA EVENTS SDN BHD mempunyai ramai katerer, wedding planner dan wedding service yang akan mencantikkan dan memeriahkan suasana majlis raja sehari anda. Kerjasama ini akan membuatkan anda lebih mudah untuk menguruskan majlis anda, hanya one stop centre anda akan mendapat segala yang diperlukan untuk menjayakan Majlis Perkahwinan anda.
🍛TEAFFANI CATERING
🍛SEGI SERI
🍛ZAI SRI GEMILANG
🍛KENCANA CATERING ROSE CATERING
👰SASES EVENT
👰NR WEDDING & EVENTS
👰GREAT CREATION EVENT CREATIVE PLANNER
💅ATELIER PORTO
💅MIEZIPRO
💅KLWGF
💅PRETTY DOLLS
KATERER RASMI
🍛Felda D'Saji🍛TEAFFANI CATERING
🍛SEGI SERI
🍛ZAI SRI GEMILANG
🍛KENCANA CATERING ROSE CATERING
PENGURUS PERKAHWINAN RASMI
👰SANGGUL EVENT👰SASES EVENT
👰NR WEDDING & EVENTS
👰GREAT CREATION EVENT CREATIVE PLANNER
RAKAN KHIDMAT PERKAHWINAN RASMI
💅KAD KAHWIN MU💅ATELIER PORTO
💅MIEZIPRO
💅KLWGF
💅PRETTY DOLLS
MAGICA @ Star Avenue Lifestyle Mall
Level 4, No.3, Jalan Zuhal U5/179, Pusat Komersial Arena Bintang
Seksyen U5, 40150 Shah Alam, Selangor, Malaysia
📱 012-678 7795 Facebook MAGICA SUBANG Instagram MAGICA AT SUBANG