Pulau Perhentian x TwinBrothers Venture

by - December 19, 2018



Sebut sahaja Pulau Perhentian, semestinya vainz membayangkan air laut yang jernih, pantai yang bersih dan pasir halus yang melekat ditapak kaki. Seronoknya dihati kalau dapat jejakkan kaki di Pulau Perhentian sambil meluangkan masa lari daripada kesibukan kota dan kerja.

Tahukah anda dimana terletaknya Pulau Perhentian? Pulau Perhentian terletak dalam Daerah Besut, Terengganu. Apa yang menarik di Pulau Perhentian adalah terdapat dua pulau yang dihuni dan dijadikan pusat perlancongan. Dahulunya pulau ini dijadikan sebagai pusat perhentian bagi pedagang dari Siam ke Tanah Melayu.

Jom ikut vainz bercuti di Pulau Perhentian, Terengganu. Vainz menggunakan perkhidmatan daripada Twin Brother Venture. Semua pakej yang ditawarkan sangat berbaloi dengan harga dan memberi keselesaan kepada pelancong.

Pakej 2019 (sumber: Laman Facebook TwinBrother Venture)

Vainz dan rakan-rakan memilih pakej 3Hari2Malam di Fauna Beach Resort dengan harga RM245/orang. Semua perjalanan dan aktiviti vainz diuruskan oleh TwinBrother Venture. jadi vainz tak perlu risaukan apa-apa kerana tentatif yang disusun sangat teratur. Penginapan vainz di Fauna Beach Resort, Pulau Perhentian Besar. Untuk makluman anda, Pulau Perhentian Besar sangat sesuai untuk percutian keluarga kerana suasananya yang tenang, dan pantainya sangat bersih dan
selesa untuk mandi manda di pantai ini.

Pantai Pulau Perhentian Besar 

Percutian 3H2M vainz bermula pada pagi Jumaat, vainz dan rakan berkumpul di jeti Kuala Besut dan perlu membeli tiket marine berharga RM5(dewasa) RM2(kanak-kanak). Perjalanan dari jeti Kuala Besut ke jeti Pulau Perhentian sangat mencabar semangat ye, nak tahu kenapa? Anda perlu nikmatinya sendiri. Untuk solat Jumaat, boleh berhenti di Pulau Perhentian Kecil, terdapat Masjid Ar-Rahman yang cantik dan memukau pandangan anda. Macam biasa, waktu check-in resort pukul 2 lah kan, sampai je di Fauna Beach Resort, vainz disambut dengan baik dan mesra sekali. Bilik yang vainz dan rakan-rakan dapat sangat selesa dan menghadap pantai. Permandangan pantai yang cantik dan laut biru tak dapat vainz lupakan. Untuk resort ni, TwinBrother yang uruskan untuk booking dan pembayaran(termasuk dalam pakej).

Bilik vainz di Fauna Beach Resort

Dah penat dan mabuk laut naik bot, vainz pun rehat kejap dekat bilik, dibuai mimpi dengan air-cond dan katil empuk, fuhh sedap tidur. Petang tu, vainz dan rakan-rakan pergi ke pantai untuk mandi-manda dan berkayak. Aktiviti kayak ni dah termasuk dalam pakej ye. Boleh bawa duit lebih untuk tambah aktiviti lain. Dekat situ ada juga bola tampar pantai. Nak bercuti jangan malu-malu kucing ye, join je orang main nanti boleh tambah kenalan. Dan puas main, kami pun bergambar di batu-batu besar tepi pantai. View sangat cantik ditambah pula warna ceria matahari terbenam. Jangan lupa charge battery bagi penuh, sebab banyak tempat cantik untuk anda bergambar. 


Angin sepoi-sepoi bahasa meniup telinga ni bila malam menjelma, heheh. Malam di Pulau Perhentian Besar tidak sehebat Pulau Kecil ye, tapi jangan risau. hiburan seperti persembahan api ada je dkt sini. Kalau nak malam yang hidup, ceria, dan seronok boleh pergi ke Pulau Kecil. Restoran di pulau ni banyak yang sedap-sedap. Pakej yang vainz ambil tak termasuk makanan, jadi kene bawa duit lebih untuk makanan. Pilih je nak makan apa, semua ada. Makanan laut di pulau ni sangat fresh.

Ombak membedai pasir, cahaya mentari menerangi bumi Perhentian untuk hari kedua disini. Setiap kali pergi pulau, mesti kita nak lihat hidupan laut kan? Di Pulau Perhentian ada banyak hot spot snorkeling. Jom tengok mana vainz pergi untuk snorkeling session. Tapi jangan lupa alas perut tu, jamah lah sikit. Di Fauna Beach Resort ada jual roti canai dan banyak lagi juadah sarapan. Dah siap semua, jom naik bot.


930 pagi, vainz dan rakan-rakan bersedia untuk aktiviti snorkeling. Checkpoint pertama ialah Turtle Beach. Kalau ada rezeki dapatlah tengok penyu dekat pantai. Untuk beginner snorkeler, anda akan belajar cara gunakan peralatan dan cara apungkan badan di sini. Turtle Beach juga ada ikan-ikan yang eksotik dan terumbu karang yang cantik. Jangan lupa bawa GoPro atau SJ Cam. Selepas itu, vainz dibawa ke Turtle Point. Waktu vainz sampai di turtle point, hanya jumpa seekor penyu sahaja. Vainz terus lompat untuk lihat penyu dengan lebih dekat. Kawasan ini dalam ye, jangan buka jaket keselamatan anda. 


Tanpa buang masa, kami pergi ke snorkeling point ketiga, iaitu fish point. Haa masa ni sangat seronok kerana banyak sangat ikan yang vainz tak pernah jumpa wajud di kawasan ini. Dekat fish point ni, jangan lupa bawa roti ye, untuk umpan ikan datang dan bagi makan. Kawasan fish point ni luas, vainz sampai hilang jejak kawan sebab seronok ikut ikan-ikan berenang. Vainz rasa seperti berada dalam dunia laut dah, heheh.

Bila perut dah berbunyi, maka tiba waktu makan tengah hari, heheh. TwinBrother bawa vainz ke kampung nelayan, Pulau Perhentian Kecil. Masa untuk vainz isi perut dengan rakan-rakan sebab kejap lagi ada lagi checkpoint untuk snorkeling. Di kampung nelayan, terdapat Medan Selera yang menyediakan pelbagai jenis lauk pauk yang sedap. Kalau anda lupa bawa duit, jangan risau, abang TwinBrother boleh bayarkan dulu, nanti sampai resort bayar balik. heheh, masa ni vainz boleh lupa bawa duit makan, sebabtu vainz tahu. Masa snorkeling vainz ada kenal dengan 3 orang student universiti ni. Sebab tu vainz pesan jangan malu, nanti boleh dapat kenalan baru, hehehe.


Sebelum balik ke resort, vainz nak tunjuk satu tempat yang best, ada air bukit yang sejuk sangat. Nak tahu tak? Jom ikut vainz ke Lata Air Brani. Dekat sini, boleh pergi rasa sendiri air sejuk tu atau nak mandi dengan ikan dekat laut. Kami habis sesi snorkeling dan terus balik ke resort di Pulau Perhentian Besar. Berehat sekejap untuk kumpul tenaga sebab lepas ini vainz nak tunjuk satu tempat yang menarik. 


Petang Sabtu, hari kedua di Pulau Perhentian, vainz isi dengan aktiviti hiking ke kincir angin di Perhentian Kecil. Untuk sampai ke puncak mengambil masa 15-20 minit. permandangan di puncak sangat cantik. 


Tepat jam 1845, vainz dan rakan-rakan berkumpul di persisir pantai untuk pulang ke resort. Sepanjang perjalanan pulang, kami disajikan dengan sunset yang cantik sekali, tapi sayang gambar hilang. Bagi pasangan suami isteri boleh pergi ke Romantic Beach untuk nikmati sunset dengan yang tersayang. Aktiviti pada waktu malam adalah bebas, jadi vainz ambil peluang berjalan keliling kawasan pulau besar.


Pagi Ahad hari ketiga. Berat rasa hati ini nak tinggalkan Pulau Perhentian, semua memori dan kenangan pahit manis tak dapat dilupakan. 3Hari2Malam di pulau ini dapat menyegarkan diri dari tekanan kerja. Sepanjang percutian ini, pengankutan, penginapan, dan aktiviti sangat terurus, jadual yang teratur, dan aktiviti dijalankan dengan seronok sekali. Tak rugi vainz guna khidmat TwinBrother Venture. Terima kasih kepada kembar ini atas perkhidmatan yang sangat bagus.

TwinBrother Venture


You May Also Like

19 comments

  1. Not bad the price is less than 300 per pax. Tempat pun dekat2 semua and nice. Never been to Perhenian before. Definitely nak try pegi hiking tgok view laut tu. Lel org pegi snorkeling i pulak nak hiking.

    ReplyDelete
  2. Wah.. Pulau Perhentian ni pun antara tempat yang TB teringin nak pi.. TB ni suka pantai.. suka laut.. suka naik bot.. suka selam tapi tak tau berenang.. hahaha.. nak masuk list la pulau perhentian ni.. kot ada rezeki lebih.. gi dengan famili syoknyaa

    ReplyDelete
  3. adoi bilalah nak sampai pulau perhentian ni..weols semua dah plan nak pergi pulau perhentian ni bulan lepas..tp sebab ada masalah sikit kena postponed dululah..mmg teruja nak pergi sini sbb laut pantai snorkeling food semualah ohsem sangat..korang doakan kami dapat pergi sini ye..hihi

    ReplyDelete
  4. Eh murahlah pakej percutian ke pulau perhentian ni .akak pun tak tahulah bila nak sampai sini sebab busy memanjang .kadang dah plan baik punya sekali terpaksa tangguhkan . Best pergi pulau perhentian ni .

    ReplyDelete
  5. Nice view from Pulau Perhentian at Daerah Besut, Terengganu. I have not been to Terengganu for a long time. miss the beautiful scenery and the sea there

    ReplyDelete
  6. Ya Allah teringinnya lahaii pergi perhentian. tapi asyik tak ada rezeki je nak ke sana. sobsss
    boleh la usha pakej yang awak share ni nanti.

    ReplyDelete
  7. airah tak pernah pergi perhentian.banyak kali dah plan tapi tak pernah jadinya hahah. harap tahun ni ada la rezeki nak pergi teringin nak photoshoot gambar banyak-banyak dekat sini

    ReplyDelete
  8. Wow cantiknya pulau perhentian<3 Blom berkesempatan kesana lagi. Bila baca entri nie terus nak masukkn dlm wishlist. Hehehe

    ReplyDelete
  9. Teringin nak pergi sini. Jauh tapi kena plan btol2 kalau nak pegi ni..sume view cantik sangat. Malaysia memang banyak tempat best.

    ReplyDelete
  10. Teringin nak pegi lagi. Memang cantik penuh ketenangan kat sini. Love it! Last pegi masa single dulu, over 18 tahun dah. Lama kan... Tentu dah banyak perubahan. Pakej tu murah! Nak honeymoon kat sana laaaa nanti. Celebrate anniversary ke 17 tahun. InsyaAllah

    ReplyDelete
  11. Waaa.. Cantiknya permandangan disana. Akk xtahu la bila akn terjejak kaki ke sana. Haha..
    Seronok tengok kawan kawan bercuti. Harga ditawarkan pun okay tu. Berbaloi la org kata..

    ReplyDelete
  12. Berbaloi jugak harga pakej tu dengan apa yang dapat kan. Saya tak pernah lagi pergi pulau perhentian. Dah lama plan dengan family tapi tak pergi pergi lagi. Dieorang tak de buat pakej family ke

    ReplyDelete
  13. Lama tak ke Pulau, tengok entri ni buat rasa rindu nak ke pulau. nak plan laa ke Pulau Perhentian jugalaa tengok pakej menarik.

    ReplyDelete
  14. Harga pakej yang ditawarkan agak berbaloi. Pernah pergi sini sekali
    Mmg best. Apatah dengan pemandangan laut yang sangat cantek

    ReplyDelete
  15. Haritu pergi pulau pangkor pun dah best apatah lagi pulu perhentian. Wishlist juga ni.. Bestnya snorkeling tu. .Rindu nak snorkeling. .Best kalau dapat pergi pulau-pulau ni. .Kene kumpul duit juga ni nak pergi bercuti

    ReplyDelete
  16. Eh. Berpatutan pula harga pakej dia ek. Macam boleh je Rawlins nak rancang dengan kengkawan untuk next holiday nie. MasyaAllah, indahnya gambar kumpulan ikan dalam laut tu.

    ReplyDelete
  17. You know i have not been to Pulau Perhentian before, after reading your post and checking out the place I think i want to plan a family trip there this year end.

    ReplyDelete