Followers

www.vainzstory.blogspot.com. Powered by Blogger.
Instagram Facebook Twitter

vainz story

 

Hola beautiful people,

Tak lengkap rasanya kalau datang Langkawi tapi tidak datang ke dua tempat paling menarik di sini. Kali ni vainz akan kongsikan kepada anda dua tempat aktiviti air untuk anda berehat, bermain dan menyegarkan diri. Bagi yang meminati sukan air anda wajib datang dan nikmati sendiri pengalaman bermain disini sambil melayan permandangan laut dan pulau sekitar Langkawi.

➰➰➰➰➰➰➰➰➰➰

        Tempat pertama yang vainz nak kongsikan ini terletak berdekatan dengan Pantai Kok dan untuk sampai ke sana perlu menaiki Boat Shuttle yang mengambil masa beberapa minit sahaja. Tempat aktiviti ini terletak di pulau persendirian yang anda dapat merasai ketenangan bermain tanpa gangguan orang ramai. Anda boleh santai di pulau ini serendah RM30/orang untuk sehari atau boleh dapatkan promosi aktiviti air seperti jetski, banana boat, parasailing, kayak, aqua park, Mangroove adventure dan renang. Untuk promosi sekarang anda boleh tempah di website rasmi Paradise 101 [di sini]. 



        Vainz datang kesini dengan menempak pakej 101 Syoq Gila yang berharga RM101 sahaja dan boleh pilih 3 aktiviti menarik disini. Vainz pilih untuk bermain aqua park, jetski dan banana boat tapi malangnya cuaca tidak mengizinkan, jadi vainz hanya dapat bermain Aqua Park serta bola tampat sahaja. Jika anda ingin bercuti di Langkawi, perlu semak dahulu keadaan semasa di pulau supaya setiap aktivti air tidak dibatalkan atas faktor keselamatan dan cuaca.


            Di pulau Paradise 101 ini terdapat banyak lokasi/port bergambar yang cantik untuk anda teroka sepenuh pulau. Terdapat juga cafe & bars serta relaxing bench di persisir pantai bagi yang ingin bersantai. Bagi yang ingin melakukan aktiviti air, anda akan menerima tuala dan tandas juga disediakan untuk keselesaan pengunjung. Vainz sangat berpuas hati untuk berkunjung disini walaupun tidak dapat melakukan aktiviti air tetapi dapat melakukan aktivti secara berkumpulan di daratan.



           Bagi anda yang ingin menganjurkan pesta, sambutan hari lahir, aktiviti kumpulan, vainz memang sarankan untuk datang kesini dan hubungi pihak Paradise 101 untuk mengaturkan rancangan anda disini. Makanan dan minuman yang dihidangkan disini memang berbaloi setiap sen yang dilaburkan. Sedap dan kawasan yang selesa untuk menikmati percutian anda.


➰➰➰➰➰➰➰➰➰➰

            Dari dulu vainz teringin nak naik yatch pusing-pusing dekat pulau, tapi tak kesampaian kerana fikir harganya yang mahal. Tapi lain pula cerita di Langkawi, harga untuk menaiki yatch ini serendah RM70/seorang jadi dapatlah merasai sendiri pengalaman seperti orang kayangan atas yatch. Harga yang dibayar termasuk berlayar merentasi sekitar Pulau Langkawi, salt water jacuzzi, makanan (lunch/dinner), freestyle swimming, kayak di tengah laut, bergambar dihadapan Dataran Lang serta sighseeing pulau-pulau kecil yang cantik.


            Vainz memilih untuk menaiki yatch dari Your Cruise Sensation yang boleh muatkan sekumpulan rakan-rakan vainz atas satu cruise yang sama. Hanya RM8,500 untuk 25 orang sangat berbaloi kerana vainz dapat bersantai dan beraktiviti bersama rakan-rakan dan yang paling penting vainz tahu status kesihatan mereka. Untuk pakej ini, termasuk sekali dengan insurance bagi keselamatan kami di atas laut cantik ini. Sangat berbaloi untuk menikmati keindahan alam atas yatch ini.


          Tempat berlabuh adalah di Royal Langkawi Yatch Club yang berada berdekatan dengan Datarang Lang. Di perlabuhan ini terdapat ratusan kapal layar mewah dari pelbagai bentuk, saiz dan warna. Fasiliti yang disediakan sangat memuaskan hati pelanggan dengan adanya ruang menunggu yang kondusif, kolam renang bagi penyewa pelabuh, elektrik dan air yang boleh diisi terus ke kapal semasa berlabuh menjadikan RLYC ini sebagai destinasi wajib bagi pelayar domestik dan antarabangsa sebagai tempat persinggahan.

        Bagi anda yang inginkan privasi dan pengalaman menaiki cruise mewah, boleh tempah sekarang di lawam web Your Cruise Sensation [di sini] atau boleh hubungi +6012-6313 147 atau email ke yourcruiseservices@gmail.com. 

        Makanan yang disediakan semasa merarau di atas kapal ini memang enak sekali. Lauk yang segar dan nasi yang masih panas buatkan vainz berpuas hati memilih pelayaran ini. Selain itu, cruise ini juga lengkap dengan bilik mandi, bilik persalinan pakaian, bilik rehat, ruang santai indoor dan outdoor, rooftop bersama captain, serta dapur yang selesa untuk anda satu kumpulan berlayar bersama.



            


Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 


Hola traveller,

        Sebut sahaja Pulau Langkawi sudah pasti anda mengetahui tentang kewujudan Cable Car yang gah menjadi tarikan utama di Gunung Machincang, Pulau Langkawi. Vainz ingin kongsikan kepada anda pengalaman bercuti di puncak gunung ini serta sejarah mengenai Pulau Langkawi yang tidak asing lagi mengenai Mahsuri. 

➰➰➰➰➰➰➰➰➰➰

SKYCAB CABLE CAR

        Sejujurnya ini pertama kali vainz datang ke Pulau Langkawi, ramai rakan-rakan beri cadangan untuk naik kesini sebab boleh melihat seluruh Pulau Langkawi. Untuk masuk ke sini, ada beberapa harga promosi yang disediakan dengan harga bermula RM43 untuk kanak-kanak dan RM53 untuk dewasa bagi warganegara Malaysia. Bagi anda yang ingin merasakan kelainan semasa menaiki Cable Car, anda boleh mendapatkan SkyCab Special Gondola yang terdiri daripada Glass Bottom Gondola, 360 View Gondola, Private Gondola, dan VIP Gondola denga harga serendah RM105 sahaja. Dengan satu harga ini anda dapat melawati tempat-tempat menarik iaitu Service SkyCab, SkyDome, SkyRex, 3D Art Langkawi (yang terletak berdekatan pintu masuk SkyCab), SkyBridge dan SelfieRia. 

         Semasa menaiki SkyCab ini, kita dapat melihat 2 air terjun yang terkenal iaitu air terjun Telaga 7 serta permandangan Langkawi yang tersergam indah dan kian maju. SkyCab ini juga ada 3 stesyen iaitu Bottom Station, Middle yang boleh menuju ke SkyBridge dan Top yang dapat melihat seluruh Langkawi dari Puncak Gunung. Sudah tentu vainz berhenti dahulu di Middle Station untuk mengambil gambar dan merasi sendiri pengalaman berada di The Longest Free Span and Corved Bridge in The World's Most Spectacular Pedestrian Bridge yang sudah terkenal dan mendapat anugerah dari serata dunia tentang keunikkan dan kehabatan jambatan gantung ini. Permandangan yang cantik dengan gunung-ganang, laut selat melaka, serta Bandar Langkawi yang kian maju memang menjadi tarikan dan anda perlu datang sendiri untuk merasai pengalaman berada di Puncak Gunung tanpa perlu penat lelah mendaki.

        Lihat sahaja Gunung Machincang yang tinggi dan menghujau melindungi Pulau Langkawi ini buatkan vainz rasa teruja, mungkin kerana cintanya pada alam. Pulau Langkawi yang terkenal dengan cerita-cerita hikayat ini juga menceritakan tentang sejarah Gunung Machincang dan Gunung Raya yang dahulunya mereka ada gergasi dan bersahat baik di pulau mutiara Kedah ini.

        Vainz menghabiskan masa lebih kurang 2 jam diatas untuk menikmati permandangan indah ini, dan seturusnya turun ke bawah untuk cuba merasai pengalaman berada dalam 3DArt Langkawi yang mempunyai lukisan 3D terbesar disini. Dalam studio ini terdapat beberapa tempat yang diasingkan mengikut jenis, antara yang ada disini adalah Lukisan terkenal, Kawasan Firaun, Dark Room, dan banyak lagi. Vainz ada kongsikan gambar dibawah untuk anda lihat. 



➰➰➰➰➰➰➰➰➰➰

KOTA MAHSURI

        Langkawi yang dahulunya terkenal dengan sumpahan Mahsuri iaitu seorang gadis yang difitnah kini telah menjadi tarikan utama. Ramai warga internet yang kongsikan mengenai cerita Mahsuri ini, tapi pernahkan anda berjumpa sendiri dengan Pak Ku yang menyimpan setiap cerita lagenda ini. Pak Ku menceritakan sendiri mengenai keperitan hidup Mahsuri yang dicemburui oleh kakak iparnya atas kecantikan yang dimiliki beliau. Mahsuri yang dihukum bunuh telah dibawa dari rumahnya di Kota Mahsuri sehingga ke Padang Matsirat untuk ditunjukkan kepada penduduk Langkawi. 

        Gadis jelita ini akhirnya dijadikan cerita teladan dan namanya telah digunakan bagi menamai satu kota di Pulau Langkawi ini iaitu Kota Mahsuri yang dahulunya terkenal dengan nama Makam Mahsuri. Kini Kota Mahsuri mempunyai banyak tarikan dalam penceritaan cerita hikayat ini. Semasa vainz mula memasuki Kota Mahsuri ini, kami disambut baik oleh pihak Kota dan Ketua Pengarah Ku Alif yang menceritakan sendiri mengenai susur galur Mahsuri dan persembahan gamelan & caklempong.


        Dalam muzium ini terdapat beberapa senjata yang diceritakan dalam hikayat Mahsuri iaitu keris yang hanya boleh menembus badan Mahsuri, senjata Pak Mayah (ayah Mahsuri yang merupakan pahlawan Kedah dahulu), serta senjata-senjata lain yang ditemui di Langkawi pada zaman dahulu, serta Panji Perang Panglima Ali. Selain itu ada juga pihak muzium yang komersialkan minyak gamat dan produk kecantikkan yang menggunakan nama Mahsuri.

        Kota Mahsuri ini juga terdapat Makam Mahsuri, Telaga Mahsuri, rumah Mahsuri yang dibina semula pada tapak asal, persembahan silat dan alunan muzik tradisional, Gerai Kuih Tradisional, Kedai Batik,  serta autitorium yang bakal dibuka untuk persembahan thetre.

        Bagi anda yang meminati mengenai sejarah dan hikayat, perlu datang disini untuk mengenali dengan lebih dekat mengenai cerita Mahsuri serta tempat peninggalan zaman dahulu serta tarikan tradisional disini.

➰➰➰➰➰➰➰➰➰➰

GAMAT GEMILANG

        Tidak jauh dari Kota Mahsuri ini terdapat satu Kedai Gamat Gemilang yang menjual beberapa jenis minyak gamat, produk kesihatan serta barangan lain. Anda boleh melawati Kedai ini untuk mendapatkan produk komersial Langkawi tanpa perlu bersesak ditempat yang ramai orang. Lebih selamat dan mudahkan urusan jual beli semasa endemik ini.


Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Hola traveller,

Sejak Malaysia kian pulih dari pandemik Covid-19 dengan kadar vaksinasi yang tinggi, sudah pasti ramai yang sudah merancang untuk bercuti mahupun pulang ke kampung. Pernahkah anda menaiki kapal terbang Firefly? Kali ni vainz nak kongsikan pengalaman pertama mencuba khidmat servis dari Firefly. Pada mulanya memilih Firefly kerana dekat dengan rumah, hanya 30 minit permanduan sudah tiba di lapangan terbang. Lagi berbaloi dari bergerak jauh ke KLIA dan bersesak dengan ramai orang disana.

Buat pertama kali vainz menaiki kapal terbang Firefly ini untuk pergi ke Pulau Langkawi, dan perjalanan yang mengambil masa 1 jam ini sangat selesa dengan servis yang disediakan. Vainz tiba di Lapangan Terbang Subang 1 jam sebelum perlepasan untuk 'check in baggage' dan proses yang dijalankan sangat pantas dan mudah. Hanya perlu beratur dalam beberapa minit untuk timbang bag dan ambil tiket penerbangan. Staf di kaunter Firefly sangat ramah dan bagus dalam melayan kerenah pelanggan. Ada beberapa soalan yang perlu dijawab di kaunter mengenai isu kesihatan kita.

Semasa menunggu waktu perlepasan, tempat menunggu yang disediakan memang selesa dan luas, jadi tidak perlu risau mengenai penularan virus ini kerana SOP ketat yang dijalankan disini sangat bagus. Ouh untuk pergi ke Pulau Langkawi, anda perlu scan qr code dari Jabatang Pertahanan Awam Malaysia dan isi maklumat peribadi. Maklumat ini sangat penting untuk mereka mengenal pasti perjalanan aktiviti kita disana nanti. Dalam keadaan cuaca yang baik, perlepasan berjalan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Semakan terakhir di kaunter perlu menunjukkan muka bagi pemeriksaan pengecaman muka oleh pegawai disitu. Seterusnya staf Firefly sangat effisyen dalam menunjuk arah ke kapal terbang, hal ini kerana di Lapangan Terbang ini tidak seperti KLIA yang kapalnya parkir bercantum dengan bangunan. Jadi hanya perlu berjalan sedikit dan kita perlu utamakan warga emas dan ibu bapa yang membawa bayi dahulu. 

Kapal terbang yang comel molek ini mampu menampung 68-74 penumpang dan setiap seorang boleh membawa 20kg berat bagasi serta tambahan hand carry. Untungnya pada pertama kali menaiki ini, tempat duduk vainz terletak sebelah sayap, jadi dapatlah vainz melihat engine turboprop sambil melihat permandangan dari tingkap. 



Untuk keselamatan bersama, kita perlu sentiasa memakai pelitup muka bagi mengelakkan penularan. Semasa dalam penerbangan, pihak Firefly ada menyediakan sedikit makanan ringan iaitu biskut, air mineral dan kacang. Nasihat dari vainz, semasa kita menjamah makanan ringan ni pastikan jaga kebersihan dan selepas selesai perlu cepat-cepat pakai pelitup muka demi kealamatan diri. 

Setibanya di Pulau Langkawi, penumpang diturunkan mengikut tempat duduk, jadi tidak perlu bersempit semasa berdiri dan berada dekat dengan orang lain. Waktu vainz ambil bag di tempat pungutan, vainz sangat berpuas hati kerana bag berada dalam keadaan yang baik tanpa rosak dan proses yang cepat. Keadaan bag yang elok ni buatkan vainz nak guna lagi perkhidmatan firefly selepas ini.

Apabila masuk dalam kawasan lapangan terbang, kita perlu melalui kaunter Jabatan Pertahanan Awam Malaysia untuk menunjukkan butiran peribadi yang telah diisi sebelum berlepas. Mereka sangat menitikberatkan keselamat semua pelancong. Hal ini membuatkan vainz rasa selamat untuk mengikut serus Kerajaan dalam menaikkan ekonomi semasa Gelumbung Perlancongan di Pulau Langkawi ini.

Jika anda berminat untuk merasai sendiri perkhidmatan pengankutan dari Firefly, tempah sekarang di website mereka ye.

➰➰➰➰➰➰➰➰➰➰ 


Booking Website: Firefly.com.my 


Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Holla usahawan Malaysia,

Tahun 2020 sehingga 2021 merupakan tahun paling mencabar bagi kita semua, ramai yang kehilangan pekerjaan dan ramai yang baru memulakan perniagaan menjual pelbagai jenis produk secara online dan offline kan. Tapi mampukah kita bertahan dengan perniagaan itu? Bagi yang berminat nak majukan perniagaan anda, meh baca cerita vainz kali ini mengenai satu program yang sudah tidak asing lagi dalam dunia perniagaan dan berjaya memimpin ribuan anak murid sehingga berjaya - Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya bagi Edisi Khas Nak Mula Berniaga daripada RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks).

Semua orang boleh mula berniaga dan menjana pendapatan bagi tingkatkan ekonomi diri sama ada melakukannya secara sepenuh masa atau sampingan walaupun dalam tempoh pandemik ini. Banyak produk yang boleh anda fikirkan dan hasilkan semudah ABC dan kemahiran yang betul, yang pasti anda perlu ada ilmu perniagaan supaya perniagaan yang anda lakukan tidak merugikan kewangan anda. Seperti yang dikatakan oleh En Radz Mohd selaku Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) - "sebenarnya banyak peluang yang ada untuk jana pendapatan dalam era digitalisasi ini dengan ramai orang meluangkan banyak masa secara online seperti media sosial bagaimanapun sebahagian usahawan juga tidak tahu cara untuk mula berniaga dengan betul menyebabkan tak mendapat hasil seperti diharapkan." 

RichWorks juga membawakan secara langsung pelancaran ini menerusi Facebook Page, YouTube dan Instagram Azizan Osman dengan pelbagai aktiviti dan perkongsian usahawan selama 8 jam secara terus-menerus. Pelancaran ini juga bersempena dengan Inner Circle Meeting (ICM) dihadiri lebih 300 ahli Titanium berada di bawah program permentoran RichWorks bersama Mentor Keusahawanan dan Pakar Pemasaran No 1 Asia, Datuk Wira Dr Azizan Osman yang diadakan dengan kebenaran pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

APA ITU RICHWORKS?

RichWorks sebagai syarikat penganjur acara dan seminar terbesar dalam keusahawanan dan pemasaran di negara yang diasaskan Datuk Wira Dr Azizan Osman sejak 2008 telah melatih dan membimbing lebih 1.1 juta orang dalam pelbagai industri didalam dan luar negara yang mana pada tahun lalu saja, 777 usahawan PKS yang dibimbing dalam program mentoring Spire dan Titanium berjaya menjana jualan melebihi RM2 bilion. Jelas sekali program dan ilmu yang diberikan oleh Datuk Azizan sangat memberangsangkan sehingga mampu melahirkan ramai usahawan berjaya.

RichWorks juga ingin melatih dan membimbing lebih ramai orang untuk dapat membina bisnes yang berjaya di mana pun tahap mereka berada, baru bermula, berkembang dan nak meluaskan lagi bisnes berdasarkan pengalaman dan ilmu yang terbukti berhasil melahirkan ramai usahawan berjaya sejak ditubuhkan hampir 13 tahun lalu. “Semua orang sebenarnya boleh berjaya dalam bisnes jika adanya formula MESTI. MESTI ini bermaksud mentor, ‘elmu’, sistem, tindakan dan impian. “MESTI ini jika diikuti sepenuhnya boleh elakkan usahawan itu daripada melakukan kesilapan-kesilapan yang boleh melambatkan kejayaan malah lebih teruk menyebabkan bisnes mereka melingkup,” jelas En Radz Mohd. 

JOM JOIN KELAS PERCUMA!

Yang lebih menarik semasa temuramah ini adalah, En Radz Mohd mengumumkan bahawa Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Mula Berniaga yang akan berlangsung pada 23 hingga 25 April nanti ditaja sepenuhnya oleh RichWorks tanpa sebarang pembayaran perlu dibuat oleh para peserta. "Bakal peserta cuma perlu membuat pendaftaran menerusi laman web di www.BinaBisnesBerjaya.com untuk menempahkan tiket untuk hadir program virtual online ini. “Mari kita beri peluang kepada diri sendiri, sertai dan dapatkan sebanyak ilmu terbukti berjaya yang dikongsikan nanti bagi bantu anda mula dalam bisnes. 

Bagi anda yang betul-betul ingin memajukan perniagaan, apa kata jom sertai vainz dan kawan-kawan dalam Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya ini untuk kita kutip sebanyak ilmu yang boleh. Baru lah seronok berniaga bila ada ilmu dan memberi keuntungan kepada kita kan? Lagipula, program ni percuma dan tidak perlu berkumpul ramai-ramai pun, buka je laptop dan join. 

JOM BERJAYA BERSAMA-SAMA!

Siapa DATUK WIRA DR AZIZAN OSMAN


Accredited Business, Marketing & Leadership Coach, Mentor & Strategist, Serial 
Entrepreneur & Best Selling Author Azizan, seorang World Class Business Educator dan Asia's No.1 Business, Marketing & Leadership Coach terkenal dengan keupayaan uniknya untuk membimbing anak muridnya sehingga mendapat peningkatan luar biasa dalam perniagaan dan beribu-ribu pemilik perniagaan dan usahawan telah berjaya menerusi strategi dan metodologi kejayaannya yang telah terbukti untuk meningkatkan pertumbuhan perniagaan mereka dari sifar hingga mencecah jualan berjuta-juta ringgit.

➰➰➰➰➰➰➰➰➰➰➰➰➰➰➰


RichWorks International Sdn Bhd
RichQ, No. 77, Jalan Badminton 13/29, Seksyen 13
40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Instagram     |     Facebook    |     Twitter     |     TikTok     |     YouTube
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Holla beautiful people,

Macam mana puasa harini? Sudah ada yang terciduk ke untuk puasa 2021 ni atau anda masih kuat menghadapinya? Ramadan 2021 kunjung tiba, sudah pasti banyak aktiviti menarik yang akan dijalankan di masjid dan surau kan. Kali ini vainz nak kongsikan kepada anda satu aktiviti murni dari Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) bersama Persatuan Seniman Malaysia dalam menjayakan Program Cuci Masjid bagi meyambut Ramadan 2021. 

Program sosial korporat ini bertujuaan memberi impak dan keselesaan kepada masyarakat setempat di Masjid Al-Hidayah, Sentul, Kuala Lumpur dalam menyediakan ruang ibadat yang bersih dan selesa kepada para qariah masjid yang bakal menunaikan solat sunat terawih sempena bulan Ramadan yang bermula pada 13 April 2021 ini. Menawarkan khidmat pembersihan dan disinfeksi KVCLEAN, servis daripada KOPETRO ini dijamin berkesan dan mampu untuk menghapuskan 99% virus dengan menggunakan bahan bukan toksik yang selamat dan bebas alkohol. Sempena Ramadan dan Syawal yang bakal tiba, KVCLEAN menawarkan servis pembersihan rumah serendah RM90 untuk 3 jam manakala servis disinfeksi pula hanya RM258 untuk satu sesi.

Selain menyantuni Masjid Al-Hidayah, KOPETRO juga prihatin dengan kebajikan ahli-ahli Persatuan Seniman Malaysia yang banyak terkesan dengan pandemik Covid-19. Oleh kerana itu, hari ini KOPETRO ingin berkongsi rezeki bersama ahli-ahli Seniman semoga Ramadan kali ini akan lebih ceria buat insan-insan seni yang banyak menyumbangkan bakat dan keringat mereka dalam menghiburkan hati masyarakat. 

Sumbangan daripada KOPETRO telah disampaikan oleh Datuk Haji Abdul Razak Hussain kepada En. Zed Zaidi, selaku Presiden Persatuan Seniman Malaysia dalam sebuah majlis ringkas mengikut tatacara norma baharu yang diadakan di Masjid Al-Hidayah hari ini. KOPETRO juga menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai dan juga makanan sejuk beku jenama LengQuas keluaran KOPETRO kepada 50 ahli Persatuan Seniman Malaysia.

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~


KOPERASI KAKITANGAN PETRONAS BERHAD
Facebook     |     Website     |     Instagram


Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Older Posts

TOPIC

  • #VAINZINFO
  • #VAINZEVENT
  • #VAINZDIARY
  • #VAINZTRAVELOG
  • #VAINZFOOD
  • #VAINZTECH

xulhlmi azhar

xulhlmi azhar
A lifestyle blogger who loves to spread the story for every one.

SOCIAL MEDIA

  • Instagram
  • Facebook
  • Twitter
  • youtube

FEATURED ON MEDIA

FEATURED ON MEDIA
FB Live @ Astro Gempak

Sunway Lagoon Facebook Page

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Created with by ThemeXpose