Followers

www.vainzstory.blogspot.com. Powered by Blogger.
Instagram Facebook Twitter

vainz story


Hola beautiful people,

Pernahkah anda mendengar satu lagi hutan paya bakau yang terdapat di Pulau Langkawi ini? Hutan bakau Kubang Badak ini terletak berdekatan dengan Crocodile Adentureland Langkawi dan berada satu jalan untuk ke Skytrex Adventure Langkawi. Kubang Badak terdapat 10 tarikan pelancong yang mampu memukau anda dengan keindahan dan kecantikkan alam semula jadi di sini. Permukaan bumi hijau dan sungai disini tidak diganggu oleh tangan manusia malas dijaga dengan baik oleh orang setempat.

Antara 10 tarikan utama di Kubang Badak adalah:
📍 Pulau Kubang Badak
📍 Sungai Siam
📍 Kampung Siam
📍 Bukit Menora
📍 Titik Pandang Landskap
📍 Tanjung Mendidih
📍 Goetapak Gua Pinang
📍 Tanjung Buta
📍 Geotapak Fosil Kambria Pulau Jemuruk
📍 Beting Pasir 
📍 Eagle Watching

Bagi anda yang meminati untuk melihat sendiri tapak-tapak pembinaan zaman dahulu yang masih kekal di Pulau Langkawi ini, vainz sarankan untuk datang sendiri melihat Kebuk Arang yang masih utuh pembinaannya. Kebuk Arang ini merupakan aktivti utama bagi penduduk Siam zaman dahulu yang menetap di Kampung Siam ini. Berhampiran dengan Kebuk Arang ini juga terdapat Bukit Menora yang menjadi pusat kemasyarakat orang Siam semasa melakukan aktiviti kerohanian mereka. Bukit tunggal bercerun curam yang terbentuk oleh batu kapur, batu marmar dan batu dolomit ini merupakan tempat persembahan teater Menora yang berasal dari Selatan Thai.


Sepanjang berada di Kubang Badak ini, Vainz amat kagum dengan Geotapak Gua Pinang yang merupakan gua laut kuno yang terbentuk oleh proses ombak ketika paras laut berada sekitar 15 meter lebih tinggi dari sekarang. Longgokan cengkerang dan tikar dapat dilihat melekat pada dinding Gua Pinang ini serta pokok disekitarnya. Haiwan gua seperti kelawar mengalami pengubahsuaian untuk hidup di dalam gua termasuk hampir tiada organ penglihatan, pigmen badan yang berkurang, metabolisme yang rendah serta hanya bersembunyi di dalam gua kelam ini. Apa yang uniknya Gua Pinang ini adalah, populasi kelawar dan lapisan guano (tahi kelawar) yang semakin menebal sebenarnya boleh menampung rangkaian makanan hampir keseluruhan fauna gua lain seperti ikan, cengkerik, lipan, kumbang, siput dan lain-lain.

Semasa vainz menyusuri Sungai Siam di Kubang Badak ini, vainz dibawa ke satu kawasan penanaman dan penjagaan anak pokok bakau yang terletak di Beting Pasir ini. Kawasan ini sentiasa pasang dan surut membuatkan pelancong yang datang melawat dapat meluangkan masa sekejap sahaja untuk melihat secara dekat anak-anak pokok bakau ini.  Dataran rata ini akan ditumbuhi dengan pokok bakau yang akarnya berselirat mengikat dan memerangkap sedimen. Pembentukan beting pasir ditentukan oleh banyak faktir seperti saiz pasir, bentuk dan jenis pengangkutan yang membawa pasir tersebut, sama ada oleh ombak atau arus pasang-surut sekitarnya.

Jika di Kilim Geopark terdapat aktiviti memberi makan kepada helang, di sini juga ada lokasi untuk melihat helang merah yang berterbangan di sepanjang sungai dan kita dapat merasai pengalaman memberi makan kepada helang-helang ini. Bagi vainz, kawasan baharu Kubang Badak ini patut dikunjungi oleh ramai pelancong kerana permandanganya yang cantik dengan gunung ganang, paya bakau yang mencengkam pesesir sungai, serta kehijauan sungai ini dapat memberi pengalaman terindah buat anda yang datang.

Seleasai menyusuri Kubang Badak ini, anda boleh menikmati makanan tengah hari di Jeti Kubang Badak ini dengan menikmati makanan segar yang dihidangkan. Buat pertama kali dalam hidup vainz merasai kerabu bronok yang merupakan sejenis hidupan laut seakan gamat. Sudah lama rasanya vainz tidak dapat rasa keenakan gulai ikan temenung, masakan di Jeti Kubang Badak ini memang membuatkan vainz rindu masakan nenek di kampung. 

➰➰➰➰➰➰➰➰➰➰

Antara tempat baharu yang vainz sempat teroka di Langkawi ini adalah Ayun Ayun Swings yang terletak di sekitar Kampung Ayer Hangat. Ayun Ayun Swings ini baru sahaja dibina dan yang menjadi tarikan disini adalah permandangan hijau dan ruang tinjau untuk melayan matahari terbenam. Tidak lama lagi disini akan dipasang buaian untuk anda yang ingin merasai sendiri kegayatan dimana berada di tebing bukit.  Hanya mengambil masa 5 minit untuk mendaki ke kawasan ini, amat berbaloi untuk merasai sendiri permandangan indah Kampung Ayer Hangat ini.

Bagi anda yang ingin datang ke sini, boleh hubungi nombor tertera:

+6013-4323268 ( Puteri Kassandra )
+6018-2404505 ( Adam Daniel )

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 

Holla beautiful people,

Macam mana puasa harini? Sudah ada yang terciduk ke untuk puasa 2021 ni atau anda masih kuat menghadapinya? Ramadan 2021 kunjung tiba, sudah pasti banyak aktiviti menarik yang akan dijalankan di masjid dan surau kan. Kali ini vainz nak kongsikan kepada anda satu aktiviti murni dari Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) bersama Persatuan Seniman Malaysia dalam menjayakan Program Cuci Masjid bagi meyambut Ramadan 2021. 

Program sosial korporat ini bertujuaan memberi impak dan keselesaan kepada masyarakat setempat di Masjid Al-Hidayah, Sentul, Kuala Lumpur dalam menyediakan ruang ibadat yang bersih dan selesa kepada para qariah masjid yang bakal menunaikan solat sunat terawih sempena bulan Ramadan yang bermula pada 13 April 2021 ini. Menawarkan khidmat pembersihan dan disinfeksi KVCLEAN, servis daripada KOPETRO ini dijamin berkesan dan mampu untuk menghapuskan 99% virus dengan menggunakan bahan bukan toksik yang selamat dan bebas alkohol. Sempena Ramadan dan Syawal yang bakal tiba, KVCLEAN menawarkan servis pembersihan rumah serendah RM90 untuk 3 jam manakala servis disinfeksi pula hanya RM258 untuk satu sesi.

Selain menyantuni Masjid Al-Hidayah, KOPETRO juga prihatin dengan kebajikan ahli-ahli Persatuan Seniman Malaysia yang banyak terkesan dengan pandemik Covid-19. Oleh kerana itu, hari ini KOPETRO ingin berkongsi rezeki bersama ahli-ahli Seniman semoga Ramadan kali ini akan lebih ceria buat insan-insan seni yang banyak menyumbangkan bakat dan keringat mereka dalam menghiburkan hati masyarakat. 

Sumbangan daripada KOPETRO telah disampaikan oleh Datuk Haji Abdul Razak Hussain kepada En. Zed Zaidi, selaku Presiden Persatuan Seniman Malaysia dalam sebuah majlis ringkas mengikut tatacara norma baharu yang diadakan di Masjid Al-Hidayah hari ini. KOPETRO juga menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai dan juga makanan sejuk beku jenama LengQuas keluaran KOPETRO kepada 50 ahli Persatuan Seniman Malaysia.

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~


KOPERASI KAKITANGAN PETRONAS BERHAD
Facebook     |     Website     |     Instagram


Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Holla Rakyat Malaysia 👋

Macam mana perkembangan anda semasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan ini? Mesti rasa susah bila tak boleh nak keluar rumah sesuka hati seperti biasa. Yang mana selalu makan dekat luar dan jarang masak macam Vainz pun terkesan sangat bila dapat perintah sebegini. Ye lah perut tengah lapar, tapi tak pandai nak masak dekat rumah. Nak order makanan tapi tak tahu yang mana sedap? Jangan risau lagi, teruskan baca cerita Vainz kali ini.

Untuk cerita disaat gentir ni, Vainz nak kongsikan satu restoran yang terkenal di kawasan Kuala Lumpur/Klang Valley ni. Restoran D'Salai by Felda D'Saji terkenal dengan masakannya yang sedap dan murah! Yang paling ramai pesan untuk merarau (lunch) dan makan malam adalah Set Daging Salai yang rasa lemak dia mampu buat anda tersenyum lebar.


Untuk tempoh PKP ini, D'Salai juga mengikut arahan dari pihak kerajaan untuk menyediakan makanan secara bungkus samaada "take away" atau "home delivery" anda boleh membuat pesanan menu yang diminati ke aplikasi WhatsApp 019-662 2525.  Caranya mudah saja, sini Vainz ajarkan:
          
          1. Simpan dan mesej nombor ini ; 019 - 662 2525
          2. Berikan maklumat berikut:
              Nama :
                No tel :
                Tarikh :
                Masa :
                Menu :
          3. Tunggu pesanan anda sampai ke pintu rumah/ ambil di kaunter "take away"

Bagi cas penghantaran dikira mengikut jarak (km)
🏍 0 km - 5 km = RM6
🏍 5.1km - 10 km = RM9
🏍 10.1km - 15km = RM12
🏍 15.1km - 20km = RM15
*Cas penghantaran dikenakan sekali sahaja bagi setiap penghantaran dibuat (nak jimat, kongsi caj penghantaran dengan rakan serumah)

Jika anda mempunya aplikasi FoodPanda atau BungkusIt, lagi mudah sebab D'Saji merupakan restoran berdaftar dengan aplikasi ini. 

MENU  SARAPAN D'SAJI




MENU MERARAU & MAKAN MALAM D'SAJI





➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
D'Salai by Felda D'Saji
019-662 2525
Facebook           |          Instagram

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments
Holla👋,

Hidup di Malaysia ini sangat berbeza dan indah kan? Kita dapat rasa pelbagai jenis juadah tradisional setiap kaum serta dapat mempelajari budaya dan kesenian setiap budaya dan etnik di Malaysia. Cakap mengenai diversiti di Malaysia, vainz nak kongsikan kepada anda satu lagi keindahan hidup di Malaysia iaitu Xinnature Dim Sum Halal Chinese Food & Muslim Friendly.

Vainz baru je merasai keenakkan makanan tradisional Cina iaitu Dim Sum. Xinnature Dim Sum merupakan sebuah syarikat pengeluar/penjual halal dim sum. Kini mereka sedang bekerja kuat untuk membuka 100 unit restoran Dim Sum dalam tempoh 5 tahun di kawasan Klang Valley. 

Vainz akan kongsikan kepada anda beberapa gambar Halal Dim Sum yang mungkin buat anda terliur! Jangan lepaskan peluang untuk mencubanya nanti ye. 😉

Dim Sum & Stuffed Scallops


Pau
Custard - Petai - Vege 

Salted Egg Mini Pau



Golden Money Coin & Treassure Bag


Egg Ice Cream

Durian Filled Icy Cake

Fried Dim Sum & Treasure Bag

Sedapkan semua menu dari Xinnature Dim Sum ni? Kalau anda nak saksikan lebih banyak info terkini dari mereka, boleh klik media social Xinnature Dim Sum di Facebook & Instagram

Jika anda ingin menyertai perniagaan Xinnature Dim Sum, boleh hubungi nombor tertera:

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Holla 👋
Masih mencari tempat makan yang sedap di Ampang? Haa apa kata singgah di Mainroad Ampang je. Kali ni vainz nak kongsikan pada anda satu kedai masakan itali yang mampu memikat selera anda sambil jimat duit. Nak tahu kenapa? Menu yang disajikan disini semuanya murah belaka dan dari segi rasa vainz bagi 4.5/5.


Naughty Italian memulakan perniagaan pada 1 April 2019, baru je beberapa bulan lepas. Nama kedai pun sudah menggambarkan juadah yang disediakan, Naughty Italian menyajikan handmade Italian Foods yang rasanya sama seperti restoran Itali. Vainz memang memilih sikit bab makan ni, so vainz pun bertanya dengan owner tentang penyediaan makanan mereka. Semua bahan yang digunakan adalah segar dan bersih, kita boleh tengok sendiri penyediaan makanan di kiosk Naughty Italian ye. Setiap sos pasta/spageti adalah hasil ramuan/resipi sendiri dan mereka menggunakan produk yang berkualiti untuk anda.

MAIN DISH @ NAUGHTY ITALIAN
Fungi Almond - Basil Pesto [RM19.50]
Pasta ini mempunyai rasa tersendiri yang menggabungkan antara cendawan, kacang badam, daun basil dan krim chantilly. Ini merupakan pasta pertama yang vainz suka sebab rasanya yang kene dengan tekak orang kampung macam vainz. hehe

Arrabiata Meatballs [RM19.50]
Jika anda penggemar bebola daging, anda perlu cuba Arrabiata Meatballs, bebola daging yang handmade dicampur dengan rasa sos tomato recipe sendiri yang enak dimakan bersama pastanya.

Virgin Lamb Brasato [RM24.50]
Pasta ini menggunakan lamb broth yag membuatkan rasa daging kambing itu sebati pada semua bahaian ditambah pula keju grana padano yang tidak akan rasa muak bila makan.

Shroom & Beef Lasagna [RM19.50]
Vainz memang suka lasagna, ni first time habiskan sepinggan lasagna tanpa rasa muak. Setiap lapisan bachamel dan daging itu dicampur dengan rasa cendawan dan torched cheese yang buatkan selera vainz bertambah untuk order lagi.

Naughty's Carbonara [RM19.50]
Carbonara ini gabungan rasa bawang putih dengan daging rangup ditambah dengan 3 jenis cendawan dan telur diatasnya.

Sicilian Aglio Olio [RM16.50]
Boleh ternganga makan Aglio Olio ni, rasa pedas yang sebati dengan bawang putih, cendawan, parsley dan pangritata akan buat anda terliur.

Mac & Blue Cheese [RM16.50]
Mana yangbetul-betul minat cheese, sangat recommended untuk cuba Mac & Blue Cheese ni, vainz tak mampu habiskan semangkuk ini walaupun rasanya yang enak dan cair dalam mulut sebab keknyangan dengan hidangan lain.

Italian Nachos [RM14.50]
SIni pun boleh order snacks untuk anda borak dengan kawan-kawan. Nachos yang penuh dengan cheese dan daging bersos tomato ini memang uat anda tidak berhenti untuk mengunyah.

Wild Mushroom Bruschetta [RM14.50]

Tempat ni sangat sesuai untuk dinner dengan tenang sambil mendengar buskers mengalunkan muzik dan suara merdu mereka. Jika anda ingin menonton pertandingan bola sepak bersama rakan, juga recommended kerana ada skrin besar untuk anda.



Jika anda ingin mencuba meu Itali yang enak dan berbaloi dengan harganya, vainz cadangkan datang je ke Naughty Italian. Vainz sertakan sekali details kiosk ini ye.

Jangan lupa ajak kawan dan keluarga anda untuk mencuba setiap menu Naughty Italian yang akan buatkan anda tidur lena selepas kekenyangan menghabiskan makanan disini. 😉

Facebook: @italinakal
Instagram: @my_naughtyitalian
Waze: 
Lot 302, Jalan Ampang, Kampung Berembang, 50450 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur



Share
Tweet
Pin
Share
11 comments
Older Posts

TOPIC

  • #VAINZINFO
  • #VAINZEVENT
  • #VAINZDIARY
  • #VAINZTRAVELOG
  • #VAINZFOOD
  • #VAINZTECH

xulhlmi azhar

xulhlmi azhar
A lifestyle blogger who loves to spread the story for every one.

SOCIAL MEDIA

  • Instagram
  • Facebook
  • Twitter
  • youtube

FEATURED ON MEDIA

FEATURED ON MEDIA
FB Live @ Astro Gempak

Sunway Lagoon Facebook Page

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Created with by ThemeXpose