Followers

www.vainzstory.blogspot.com. Powered by Blogger.
Instagram Facebook Twitter

vainz story


Hola beautiful people,

Pernahkah anda mendengar satu lagi hutan paya bakau yang terdapat di Pulau Langkawi ini? Hutan bakau Kubang Badak ini terletak berdekatan dengan Crocodile Adentureland Langkawi dan berada satu jalan untuk ke Skytrex Adventure Langkawi. Kubang Badak terdapat 10 tarikan pelancong yang mampu memukau anda dengan keindahan dan kecantikkan alam semula jadi di sini. Permukaan bumi hijau dan sungai disini tidak diganggu oleh tangan manusia malas dijaga dengan baik oleh orang setempat.

Antara 10 tarikan utama di Kubang Badak adalah:
📍 Pulau Kubang Badak
📍 Sungai Siam
📍 Kampung Siam
📍 Bukit Menora
📍 Titik Pandang Landskap
📍 Tanjung Mendidih
📍 Goetapak Gua Pinang
📍 Tanjung Buta
📍 Geotapak Fosil Kambria Pulau Jemuruk
📍 Beting Pasir 
📍 Eagle Watching

Bagi anda yang meminati untuk melihat sendiri tapak-tapak pembinaan zaman dahulu yang masih kekal di Pulau Langkawi ini, vainz sarankan untuk datang sendiri melihat Kebuk Arang yang masih utuh pembinaannya. Kebuk Arang ini merupakan aktivti utama bagi penduduk Siam zaman dahulu yang menetap di Kampung Siam ini. Berhampiran dengan Kebuk Arang ini juga terdapat Bukit Menora yang menjadi pusat kemasyarakat orang Siam semasa melakukan aktiviti kerohanian mereka. Bukit tunggal bercerun curam yang terbentuk oleh batu kapur, batu marmar dan batu dolomit ini merupakan tempat persembahan teater Menora yang berasal dari Selatan Thai.


Sepanjang berada di Kubang Badak ini, Vainz amat kagum dengan Geotapak Gua Pinang yang merupakan gua laut kuno yang terbentuk oleh proses ombak ketika paras laut berada sekitar 15 meter lebih tinggi dari sekarang. Longgokan cengkerang dan tikar dapat dilihat melekat pada dinding Gua Pinang ini serta pokok disekitarnya. Haiwan gua seperti kelawar mengalami pengubahsuaian untuk hidup di dalam gua termasuk hampir tiada organ penglihatan, pigmen badan yang berkurang, metabolisme yang rendah serta hanya bersembunyi di dalam gua kelam ini. Apa yang uniknya Gua Pinang ini adalah, populasi kelawar dan lapisan guano (tahi kelawar) yang semakin menebal sebenarnya boleh menampung rangkaian makanan hampir keseluruhan fauna gua lain seperti ikan, cengkerik, lipan, kumbang, siput dan lain-lain.

Semasa vainz menyusuri Sungai Siam di Kubang Badak ini, vainz dibawa ke satu kawasan penanaman dan penjagaan anak pokok bakau yang terletak di Beting Pasir ini. Kawasan ini sentiasa pasang dan surut membuatkan pelancong yang datang melawat dapat meluangkan masa sekejap sahaja untuk melihat secara dekat anak-anak pokok bakau ini.  Dataran rata ini akan ditumbuhi dengan pokok bakau yang akarnya berselirat mengikat dan memerangkap sedimen. Pembentukan beting pasir ditentukan oleh banyak faktir seperti saiz pasir, bentuk dan jenis pengangkutan yang membawa pasir tersebut, sama ada oleh ombak atau arus pasang-surut sekitarnya.

Jika di Kilim Geopark terdapat aktiviti memberi makan kepada helang, di sini juga ada lokasi untuk melihat helang merah yang berterbangan di sepanjang sungai dan kita dapat merasai pengalaman memberi makan kepada helang-helang ini. Bagi vainz, kawasan baharu Kubang Badak ini patut dikunjungi oleh ramai pelancong kerana permandanganya yang cantik dengan gunung ganang, paya bakau yang mencengkam pesesir sungai, serta kehijauan sungai ini dapat memberi pengalaman terindah buat anda yang datang.

Seleasai menyusuri Kubang Badak ini, anda boleh menikmati makanan tengah hari di Jeti Kubang Badak ini dengan menikmati makanan segar yang dihidangkan. Buat pertama kali dalam hidup vainz merasai kerabu bronok yang merupakan sejenis hidupan laut seakan gamat. Sudah lama rasanya vainz tidak dapat rasa keenakan gulai ikan temenung, masakan di Jeti Kubang Badak ini memang membuatkan vainz rindu masakan nenek di kampung. 

➰➰➰➰➰➰➰➰➰➰

Antara tempat baharu yang vainz sempat teroka di Langkawi ini adalah Ayun Ayun Swings yang terletak di sekitar Kampung Ayer Hangat. Ayun Ayun Swings ini baru sahaja dibina dan yang menjadi tarikan disini adalah permandangan hijau dan ruang tinjau untuk melayan matahari terbenam. Tidak lama lagi disini akan dipasang buaian untuk anda yang ingin merasai sendiri kegayatan dimana berada di tebing bukit.  Hanya mengambil masa 5 minit untuk mendaki ke kawasan ini, amat berbaloi untuk merasai sendiri permandangan indah Kampung Ayer Hangat ini.

Bagi anda yang ingin datang ke sini, boleh hubungi nombor tertera:

+6013-4323268 ( Puteri Kassandra )
+6018-2404505 ( Adam Daniel )

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 

Hola beautiful people,

Tak lengkap rasanya kalau datang Langkawi tapi tidak datang ke dua tempat paling menarik di sini. Kali ni vainz akan kongsikan kepada anda dua tempat aktiviti air untuk anda berehat, bermain dan menyegarkan diri. Bagi yang meminati sukan air anda wajib datang dan nikmati sendiri pengalaman bermain disini sambil melayan permandangan laut dan pulau sekitar Langkawi.

➰➰➰➰➰➰➰➰➰➰

        Tempat pertama yang vainz nak kongsikan ini terletak berdekatan dengan Pantai Kok dan untuk sampai ke sana perlu menaiki Boat Shuttle yang mengambil masa beberapa minit sahaja. Tempat aktiviti ini terletak di pulau persendirian yang anda dapat merasai ketenangan bermain tanpa gangguan orang ramai. Anda boleh santai di pulau ini serendah RM30/orang untuk sehari atau boleh dapatkan promosi aktiviti air seperti jetski, banana boat, parasailing, kayak, aqua park, Mangroove adventure dan renang. Untuk promosi sekarang anda boleh tempah di website rasmi Paradise 101 [di sini]. 



        Vainz datang kesini dengan menempak pakej 101 Syoq Gila yang berharga RM101 sahaja dan boleh pilih 3 aktiviti menarik disini. Vainz pilih untuk bermain aqua park, jetski dan banana boat tapi malangnya cuaca tidak mengizinkan, jadi vainz hanya dapat bermain Aqua Park serta bola tampat sahaja. Jika anda ingin bercuti di Langkawi, perlu semak dahulu keadaan semasa di pulau supaya setiap aktivti air tidak dibatalkan atas faktor keselamatan dan cuaca.


            Di pulau Paradise 101 ini terdapat banyak lokasi/port bergambar yang cantik untuk anda teroka sepenuh pulau. Terdapat juga cafe & bars serta relaxing bench di persisir pantai bagi yang ingin bersantai. Bagi yang ingin melakukan aktiviti air, anda akan menerima tuala dan tandas juga disediakan untuk keselesaan pengunjung. Vainz sangat berpuas hati untuk berkunjung disini walaupun tidak dapat melakukan aktiviti air tetapi dapat melakukan aktivti secara berkumpulan di daratan.



           Bagi anda yang ingin menganjurkan pesta, sambutan hari lahir, aktiviti kumpulan, vainz memang sarankan untuk datang kesini dan hubungi pihak Paradise 101 untuk mengaturkan rancangan anda disini. Makanan dan minuman yang dihidangkan disini memang berbaloi setiap sen yang dilaburkan. Sedap dan kawasan yang selesa untuk menikmati percutian anda.


➰➰➰➰➰➰➰➰➰➰

            Dari dulu vainz teringin nak naik yatch pusing-pusing dekat pulau, tapi tak kesampaian kerana fikir harganya yang mahal. Tapi lain pula cerita di Langkawi, harga untuk menaiki yatch ini serendah RM70/seorang jadi dapatlah merasai sendiri pengalaman seperti orang kayangan atas yatch. Harga yang dibayar termasuk berlayar merentasi sekitar Pulau Langkawi, salt water jacuzzi, makanan (lunch/dinner), freestyle swimming, kayak di tengah laut, bergambar dihadapan Dataran Lang serta sighseeing pulau-pulau kecil yang cantik.


            Vainz memilih untuk menaiki yatch dari Your Cruise Sensation yang boleh muatkan sekumpulan rakan-rakan vainz atas satu cruise yang sama. Hanya RM8,500 untuk 25 orang sangat berbaloi kerana vainz dapat bersantai dan beraktiviti bersama rakan-rakan dan yang paling penting vainz tahu status kesihatan mereka. Untuk pakej ini, termasuk sekali dengan insurance bagi keselamatan kami di atas laut cantik ini. Sangat berbaloi untuk menikmati keindahan alam atas yatch ini.


          Tempat berlabuh adalah di Royal Langkawi Yatch Club yang berada berdekatan dengan Datarang Lang. Di perlabuhan ini terdapat ratusan kapal layar mewah dari pelbagai bentuk, saiz dan warna. Fasiliti yang disediakan sangat memuaskan hati pelanggan dengan adanya ruang menunggu yang kondusif, kolam renang bagi penyewa pelabuh, elektrik dan air yang boleh diisi terus ke kapal semasa berlabuh menjadikan RLYC ini sebagai destinasi wajib bagi pelayar domestik dan antarabangsa sebagai tempat persinggahan.

        Bagi anda yang inginkan privasi dan pengalaman menaiki cruise mewah, boleh tempah sekarang di lawam web Your Cruise Sensation [di sini] atau boleh hubungi +6012-6313 147 atau email ke yourcruiseservices@gmail.com. 

        Makanan yang disediakan semasa merarau di atas kapal ini memang enak sekali. Lauk yang segar dan nasi yang masih panas buatkan vainz berpuas hati memilih pelayaran ini. Selain itu, cruise ini juga lengkap dengan bilik mandi, bilik persalinan pakaian, bilik rehat, ruang santai indoor dan outdoor, rooftop bersama captain, serta dapur yang selesa untuk anda satu kumpulan berlayar bersama.



            


Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Hola traveller,

        Bagaimana rancangan percutian anda bersama keluarga dan kawan-kawan untuk cuti panjang nanti? Dalam waktu pandemik begini, sudah tentu anda mencari tempat penginapan yang memberi ruang privasi kepada kumpulan anda, kan? Kali ini vainz nak kongsikan kepada anda 2 tempat yang patut dijadikan penginapan semasa a bercuti di Langkawi yang masing-masing mempunyai ciri-ciri tersendiri mengikut kehendak anda. 

➰➰➰➰➰➰➰➰➰➰

ROUHI RETREATS RESORT



        Bila sebut Langkawi, sudah ramai akan terfikir untuk menginap di Pantai Chenang, tetapi pernahkah anda terfikir untuk menginap di tengah-tengah Pulau Langkawi yang terletak berhampiran dengan Gunung Raya? Ayer Hangat yang terletak ditengah-tengah Langkawi ini merupakan satu kawasan yang akan memudahkan urusan anda untuk pergi merantau seluruh pulau dan pulang ke resort pada setiap malam.


        Rouhi Retreats Resort, Ayer Hangat merupakan resort baharu yang menggunakan konsep binaan villa yang mempunyai ruang rehat, dapur, ruang santai, kolam renang, dewan serbaguna, taman serta air sungai yang mengalir di belakang villa. Ruang penginapan ini selesa dengan penyediaan penghawa dingin, pemanas air di tandas serta dapur untuk anda masak. Tempat ini dikelilingi oleh hijauan pokok-pokok di tepi sungai dapat memberi anda 'morning view' yang indah.


        Sekiranya anda merancang untuk bergerak secara kumpulan/satu keluarga yang besar, vainz sarankan menginap disini untuk keselesaan dan keselamatan anda bersama semasa pandemik ini. Dengan ruang resort yang banyak hiasan tumbuhan, kolam renang yang sentiasa bersih dan ruang lepak di taman/dewan serbaguna untuk anda lakukan aktiviti bersama yang tersayang serta villa yang mempunyai kelengkapan lengkap.


                Di ruang sekitar kolam renang ini juga sesuai untuk dilakukan konsep berkelah dan santai sambil bermain air. Anda boleh maklumkan pada pihak pengurusan untuk menggunakan kelengkapan penginapan. Sekiranya anda ada sediakan makanan boleh bawa disini sambil santai, jika tiada jangan risau kerasa dihadapan Resort ini terdapat beberapa gerai sarapan pagi yang enak atau anda boleh request pada pihak penginapan di Rouhi Retreats Resort ini.



        Untuk pengetahuan anda, Rouhi Retreats Resort ini merupakan tempat penginapan baharu dan vainz sangat berbesar hati menjadi orang pertama yang merasai pengalaman percutian yang lengkap disini. Perasmian pembukaan resort ini telah dilaksanakan oleh Pegawai Daerah Langkawi sendiri iaitu Tuan Haji Saiful Anuar bin Azmi.


➰➰➰➰➰➰➰➰➰➰

PULAU DAYANG BUNTING CAMPSITE



        Tempat kedua yang vainz nak kongsikan ini lain sedikit, tempat yang menarik untuk anda menginap dan sukakan 'outdoor' privasi dan jauh dari orang ramai serta permandangan indah dari ruang khemah anda. Tempat ini terletak di Pulau Dayang Bunting Campsite yang tidak jauh dari Tasik Dayang Bunting yang terkenal itu.


        Pulau ini sudah dilengkapi dengan kelengkapan seperti dewan serbaguna, tandas asing mengikut jantina, kelengkapan BBQ dan kawasan lapang untuk anda beraktiviti disini serta mengutip kepah ditepi pantai. Pertama kali vainz datang kesini sudah mengukir senyuman apabila melihat kawasan yang bersih terjaga ini dijadikan tapak perkhemahan bagi yang meminati 'outdoor staycation'. Walaupun pada sebelah petang semasa disana hujan sekejap tapi diindahkan pula dengan warna pelangi dan pada malam hari kelihatan cahaya lampu-lampu dari seberang pulau sambil melayan angin di tepi pantai.





            Konsep yang berbeza dari tempat penginapan diatas tapi keduanya mampu memberi anda kepuasan untuk menginap dan bercuti di Langkawi. Untuk sampai ke Pulau Dayang Bunting Campsite ini hanya melalui bot dan perlu ditempah awal sebelum penuh. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 20-30 minit dari Jeti sambil melayan arus laut sambil melihat sendiri bentuk Bukit yang seakan menyerupai Wanita Hamil.

➰➰➰➰➰➰➰➰➰➰
Untuk menempah tempat penginapan yang vainz kongsikan ini, anda boleh hubungi nombor yang tertera:

+6013-4323268 ( Puteri Kassandra )
+6018-2404505 ( Adam Daniel )
        
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Hola handsome!

Anda pernah mengalami atau terbaca mengenai kanser prostat? Isu ini tidak asing lagi di negara kita jadi mari kenali penyakit radang ini untuk diri sendiri. Vainz akan terangkan serba sedikit mengenai kanser prostat ini dan akan mengesyorkan satu produk yang bagus untuk atasi masalah ini.

Bagi yang belum tahu, prostat adalah satu kelenjar yang menjadi sebahagian kepada sistem reproduktif lelaki. Kelenjar ini terdiri daripada dua lobar (lobes) yang diselaputi oleh satu lapisan tisu luar . Ia terletak di hadapan rektum dan di bawah pundi kencing yang menyimpan urin. Prostat juga mengelilingi uretra, satu saluran di mana urin dialirkan keluar daripada badan. Adalah menjadi kebiasaan untuk kelenjar prostat membengkak bila seseorang lelaki meningkat umur. Keadaan ini dikenali sebagai pembengkakan prostat yang bukan kanser.

PUNCA PEMBENGKAKAN PROSTAT TERJADI

Sebab berlaku pembengkakan prostat tidak difahami sepenuhnya tetapi ia biasanya berlaku kepada lelaki yang telah berumur. Disebabkan hal ini  tidak terjadi kepada lelaki yang dibuang testis sebelum baligh, sesetengah orang berpendapat faktor-faktor berkaitan dengan penuaan dan testis yang mendorong perkembangan pembengkakan prostat.

Sepanjang hidup, lelaki menghasilkan hormon testosteron. Adalah dipercayai hormon dihydrotes-tosterone (DHT), satu bahan yang berasal daripada testosteron di dalam kelenjar prostat yang menyebabkan ia membengkak. Dengan peningkatan umur, lelaki terus mengeluar dan mengumpul paras DHT yang tinggi dalam prostat. Pengumpulan DHT ini menggalakkan pertumbuhan sel prostat dan menyebabkan pembengkakan prostat.

TANDA DAN SIMPTOM

Simptom-simptom pembengkakan prostat berpunca daripada penyumbatan saluran kencing dan kehilangan fungsi pundi kencing secara beransur. Ini akhirnya menyebabkan pundi kencing tidak dapat dikosongkan sepenuhnya. Antara tanda bagi masalah ini adalah:

·        Aliran yang tidak lancar, tersekat-sekat dan perlahan

·        Tidak tertahan hendak kencing dan meleleh atau menitis

·        Kencing kerap terutama waktu malam


KOMPLIKASI

Pembengkakan prostat yang teruk boleh menyebabkan masalah yang serius seperti:

·        Ada pembengkakan prostat mungkin tidak mempunyai simptom sehingga dia mendapat retensi urin akut. Retensi urin akut adalah keadaan di mana urin langsung tidak boleh mengalir keluar, mungkin dicetuskan oleh pengambilan ubat selsema atau alergi.

·        Retensi urin dan tekanan pada pundi kencing boleh menyebabkan jangkitan saluran kencing, kerosakan pundi kencing atau buah pinggang, batu karang dan inkontinen.

·        Jika pundi kencing sudah rosak, rawatan pembengkakan prostat mungkin tidak berkesan.

Oleh sebab yang demikian, sekumpulan insan yang mempunyai impian setinggi gunung telah menubuhkan sebuah syarikat yang diberi nama VARF Healthcare Sdn Bhd bagi menyelesaikan masalah keradangan yang sering dihadapi oleh banyak orang terutama golongan lelaki.

 

Walaupun kita dipisahkan oleh dua jantina dalam diri manusia, semua manusia mempunyai masalah mereka tersendiri untuk dijaga. Oleh itu, keluarlah produk dari dua siri berbeza untuk menyelesaikan masalah berlainan dari jantina berbeza:

è ADAM Series

è EVE Series

CERITA VARF HEALTHCARE SDN BHD

Adam dan Hawa, adalah lelaki dan wanita pertama, sepasang manusia dan ibu bapa bagi manusia atas muka bumi. Adam adalah lelaki manakala Hawa (Eve) adalah wanita.

VARF Healthcare Sdn Bhd mencipta produk dengan bahan-bahan dari sumber semula jadi dan sumber alternatif yang kurang merbahaya kepada kesihatan. Dengan bahan semulajadi berkhasiat tinggi, kemudian digabungkan teknologi canggih, hasil penyelidikan seterusnya berkembang menjadi produk yang memenuhi keperluan lelaki dan wanita. Melalui produk pemakanan dan kecantikan yang terbukti secara saintifik bagi membantu orang ramai untuk hidup lebih cergas, sihat dan sentiasa proaktif.

ADAM Series Axtension diformulasikan secara saintifik dengan bahan utama ekstrak anggur, serta sumber alam lain dalam ramuan tradisional, seperti Serbuk Jus Anggur, Ekstrak Apple, Serbuk Saffron, Ekstrak Maca dan Ekstrak Guarana, yang telah terbukti berkesan dan sesuai untuk dimakan oleh kebanyakan lelaki. Berdasarkan kajian saintifik, produk ini dihasilkan dengan menggunakan teknologi terkini untuk mencapai tahap optimum kebolehpercayaan, keberkesanan dan dirumuskan di Perancis. Wah hebat bukan.

ADAM Series Axtension boleh membantu meningkatkan kesihatan lelaki, terutamanya kesihatan seksual. Sangat penting bagi lelaki memimpingaya hidup seksual yang sihat, tetapi ini sering dilanda masalah kerana kurang keingin seks, terutama hal prestasi dan kemampuan untuk memuaskan pasangan. Pengambilan ADAM Series Axtension secara berkala boleh membantu melindungi kesihatan prostat lelaki, seperti mencegah disfungsi ereksi, ejakulasi pramatang dan barah prostat. Bahan premium dan berkualiti tinggi digunakan dalam pembuatan produk ini memastikan keberkesanannya dalam masa 30 hari hari penggunaan. Ha, tak cuba tak tahu kan.

  


BAHAN ASAS DALAM MENGHASILKAN PRODUK INI:

Ekstrak Anggur

Proanthocyanidin (OPC) terkandung dalam ekstrak biji anggur adalah super antioksidan. Kesan antioksida 50 kali lebih banyak daripada Vitamin E dan 20 kali lebih tinggi daripada Vitamin C. Ia dapat menangkap radikal bebas dan menghilangkan atau mengurangkan radikal bebas yang membawa kepada kerosakan oksidatif. Ekstrak anggur dapat mengatur rembesan insulin, sehingga dapat mengawal kadar gula dalam darah dan meningkatkan peredaran darah.

Ekstrak Akar Maca

Tumbuhan pelik tumbuh di Andes Amerika Selatan, Maca. Maca adalah tanaman dataran tinggi sekitar Andes Peru dari Amerika Selatan, 4000 meter dari aras laut. Mengandungi macaamide dan macaene yang unik, ia mempunyai kesan yang signifikan terhadap keseimbangan badan. Oleh kerana buahnya kaya dengan nutrien, ia kemudian dikenal sebagai ginseng Peru atau Peru Viagra. Nenek moyang Inca kuno menemui maca ketika mereka dahaga dan tidak tertenaga. Mereka mengisi dan menghilangkan dahaga mereka dengannya. Tanpa disangka, mereka tidak hanya akan kuat secara fizikal setelah makan, tetapi juga kemampuannya bertambah baik, dan kemudian menjadi terkenal di dunia.


Serbuk Saffron

Saffron adalah ubat Cina paling berharga pada zaman kuno. Mempunyai fungsi menghilangkan stasis darah, meningkatkan peredaran darah, dan membersihkan dalaman badan. Kajian moden menunjukkan bahawa safron mempunyai kesan menurunkan darah lipid dan kolesterol serum, sehingga dapat digunakan untuk mencegah aterosklerosis, dan juga dapat digunakan sebagai antioksidan dan Penstabil vitamin A dan D.

Ekstrak Guarana

 Buah guarana berasal dari hutan hujan tropika Lembangan Amazon di Brazil. Salah satu tanaman perubatan yang terkenal di hutan hujan Brazil dan telah tercatat dalam sejarah. Orang asli memanggil sebagai "mata misteri". Nilai nutrisi sangat tinggi, kaya dengan asid amino, alkaloid, pelbagai mineral, tanin, pelbagai vitamin dan karbohidrat, dan lain-lain. Turut dikenali sebagai "minuman nasional" Brazil. Minuman "GUARANA" ditetapkan sebagai minuman khas untuk orang Brazil bagi pasukan bola sepak di Piala Dunia 2006 di Jerman. Pengambilan jangka panjang dapat menyegarkan otak, mengimbangkan yin, mengawal selera makan, melegakan sakit perut, memulihkan kekuatan fizikal, menambah tenaga, dan menguatkan badan.


KEBAIKAN MENGAMALKAN ADAM SERIES AXTENSION


Pertama : Meningkatkan Peredaran Darah

Melalui peningkatan peredaran darah, ADAM Series Axtension dapat membantu meningkatkan fungsi ereksi jika memungkinkan aliran darah yang lebih besar ke zakar. Aliran darah penting semasa rangsangan kerana mempengaruhi fungsi arteri dan urat yang membawa kepada ereksi yang betul.

 

Kedua : Mengatur Tahap Testosteron

Testosteron dianggap sebagai 'hormon lelaki' yang dihasilkan oleh testis. Bertanggungjawab membantuciri sekunder seks lelaki seperti pertumbuhan rambut dan suara garau. Selain itu, testosteronmenyumbang kepada libido yang sihat, membina jisim otot serta mengekalkan tahap tenaga. Untuk mengimbangkan tahap testosteron pada lelaki, ADAM Series Axtension boleh menolong meningkatan prestasi seksual, terutama dari segi stamina dan daya tahan seksual.

 

Ketiga : Mengurangkan Tekanan

Stress boleh menyebabkan kualiti sperma dan air mani merosot, ADAM Series Axtension membantu mengurangkan kesan tekanan dan adrenal keletihan dengan meningkatkan kualiti sperma dan air mani dari segi isipadu, kepekatan dan pergerakan. Oleh itu, memberi mempunyai peluang lebih tinggi untuk mengandung anak.


Keberkesanan

ADAM Series Axtension boleh membantu mengurangkan saiz prostat yang membesar. Selain melegakan masalah kencing tersumbat dalam saluran air kencing. Selain itu, produk ini mengandungi antioksidan yang membantu memerangi pertumbuhan barah serta menjadi makanan prostat semula jadi. Sumber Vitamin C dalam ADAM Seri Axtension ini salah satu makanan terbaik bagi kesihatan prostat, terutama dalam mengurangkan kencing dan mencegah bengkak. Malah ramuan terdapat dalam produk ini bertindak sebagai penghambat semula jadi prostat yang membesar.

 

PERHATIAN!!!

Produk ni adalah bentuk suplemen kesihatan berunsurkan bahan semulajadi, tanpa kesan sampingan secara mendadak. Namun produk ini tidak sesuai bagi mereka dengan gejala penyakit jantung seperti degupan jantung tidak teratur, tekanan darah tinggi atau sesiapa dengan sejarah perubatan atas sakit hati, stroke dan / atau penyakit berkaitan.


Bahan-Bahan Dalam Adam Series Axtension
Serbuk jus anggur
Ekstrak anggur
Ekstrak epal
Serbuk saffron
Ekstrak maca
Ekstrak guarana

Cara Pengambilan
Ambil terus 1 paket setiap 2 hari sebelum tidur 

Cara Simpan
Simpan di tempat sejuk & kering
Jangan dedah kepada cahaya matahari secara terus
Jauhkan dari kanak-kanak

Harga Istimewa Pakej Bundle
3G X 15 Sachet setiap kotak X 1 Kotak (Set 1 Bulan) - RM328.00
3G X 15 Sachet setiap kotak X 3 Kotak (Set 3 Bulan) - RM838.00
3G X 15 Sachet setiap kotak X 5 Kotak (Set 5 Bulan) - RM1230.00

Bagi lelaki yang ingin kekal bertenaga, kuat & cergas di atas ranjang mahu pun dalam melakukan aktiviti harian, vainz syorkan Adam Series Axtension sebagai makanan tambahan anda. Barulah padu!

➰ ➰ ➰ ➰ ➰ ➰ ➰ ➰ ➰ ➰

 

Varf Healthcare Sdn Bhd

104b, Jalan Sutera Tanjung 8/3, Taman Sutera Utama, 81300 Skudai, Johor
Phone: +607-5542685
Email: varfshop@gmail.com

Official Website: https://varfshop.com/
Facebook Page: https://www.facebook.com/VARF-Healthcare-Sdn-Bhd-601433347183435
Instagram: https://www.instagram.com/varf.healthcare/

Youtube: https://www.youtube.com/channel/UCczJoqm4h5Czgoxufm41l9Q

Share
Tweet
Pin
Share
20 comments

Hola beautiful people 👋

Sudah lama Vainz tak buat rawatan muka sebab sibuk dengan kerja dan PKP pula tak boleh keluar rumah. Kali ini Vainz nak kongsikan kepada anda mengenai Dr Chong Clinic yang mempunyai 4 outlet di sekitar Klang Valley dan Johor. Dr Chong Clinic merupakan salah satu Klinik Kecantikkan yang terbaik di sini dengan memberi rawatan estetik yang kita ingini secara selamat dan menggunakan teknologi terkini. Ramai yang memberi komen positif selepas menghadirkan diri ke sini untuk mendapatkan konsultasi dan rawatan bagi masalah yang mereka hadapi. 

Dengan minat untuk kesihatan kulit dan perawatan estetik, Dr Chong Clinic menawarkan pelbagai rawatan estetik yang komprehensif untuk wajah dan kulit yang mensasarkan kesan pilihan gaya hidup, penuaan, jerawat dan faktor lain yang menghalangi anda untuk mencapai kulit yang cantik, jernih dan sihat. Perkhidmatan yang disediakan merangkumi rawatan muka, rawatan pelangsingan, rawatan laser dan banyak lagi. Mereka meluangkan masa untuk memperibadikan rancangan rawatan yang paling optimum untuk anda berdasarkan analisis kulit anda dan perbincangan mengenai tujuan peribadi anda. Semua rawatan estetik yang dilakukan oleh pasukan doktor perubatan yang mahir dalam persekitaran yang direka untuk keselesaan anda.

Bercakap mengenai Dr Chong Clinic, Vainz bukan saja-saja nak kongsikan kepada anda mengenai Klinik ini, tetapi Vainz sendiri sudah merasai pengalaman mendapatkan rawatan CO2 Laser untuk menghilangkan kesan parut jerawat di muka. Seperti biasa, doktor yang terlatih akan examine muka dan memberi konsultasi dahulu supaya kita jelas dengan masalah kulit sendiri serta rawatan yang perlu diambil. Vainz telah datang ke sini dan berjumpa dengan Dr Brendon Chong, Aesthetic Physician MBBS (IMU), M.A.C. 

Dr Brendon Chong

Antara faktor yang meyakinkan Vainz untuk datang ke sini adalah kerana Aesthetic Physician di Dr Chong Clinic sendiri adalah Doktor terlatih dan mempunyai kepakaran dalam bidang ini. Selain itu, teknologi yang digunakan diiktiraf Dematologi dan Aesthetic medical Doctor disamping harga yang ditawarkan sangat berpatutan! Staf di sini juga sangat baik melayan pesakit. Ouh, Vainz nak bagitahu anda juga yang Dr Chong Clinic banyak memenangi anugerah tau!

PILIHAN RAWATAN:
💅 Acne Treatment
💅 Birthmark / Skin Tag / Warts / Oil Seeds / Milia Seeds Treatment
💅 Facial Scuplting / Conturing Treatment
💅 Fungal Infection Treatment
💅 Hair Loss Treatment
💅 Permanent Hair Removal
💅 Pigmentation / Age Spot / Melasma Treatment
💅 Scar / Pores Treatment
💅 Slimming Treatment
💅 Tattoo Removal Treatment
💅 Eyebag Treatment
💅 Wrinkles / Fine Line Treatment

Untuk masalah kulit muka Vainz yang banyak kesan dan parut jerawat, Vainz mendapatkan Scars Treatment iaitu dengan cara Laser CO2.  Laser CO2 secara amnya adalah laser ablatif yang digunakan untuk merawat parut, ketuat, kedutan dan kekurangan kulit yang lebih dalam. Laser Erbium boleh bersifat ablatif atau tidak ablatif. Mereka mempromosikan pembentukan semula kolagen, menjadikannya pilihan popular untuk merawat garis-garis halus, kedutan, kelembutan kulit, dan bintik-bintik usia.

Bagi mendapatkan kesan yang ketara, rawatan ini perlu dilakukan dalam 3/4 kali bergantung kepada keadaan kulit sendiri. Syukur kulit muka Vainz nampak perbezaan dari sebelum ini selepas mendapatkan rawatan di Dr Chong Clinic. Kalau anda nak dapatkan discount 5% guna promo code "ZulhilmiOff5"

➰ ➰ ➰ ➰ ➰ ➰ ➰ ➰ ➰ ➰

➤ Dr Chong Clinic HQ (Kepong)

03-6179 3157 / 018-473 8818

37G, Jalan Metro Perdana Barat 1, Taman Usahawan Kepong, 52100 Kuala Lumpur⁠

 

➤ Dr Chong Clinic (TTDI)

03-77336002 / 011-27288188

14 & 16, Jalan Wan Kadir, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur

 

➤ Dr Chong Clinic (Shah Alam)

03-5524 3083 / 018-471 0988

F-G-33, Jalan Ikthisas 14/1, Vista Alam, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor⁠

 

➤ Dr Chong Clinic (Johor Bahru)

07-559 6110 / 011-5636 6110

49, Jalan NB2 2/2, Taman Nusa Bestari 2, 79150 Iskandar Puteri, Johor Bahru⁠

 

General Customer Service Line (Appointment) : +6 018-2528088

Websites: https://www.drchongclinic.com/

Facebook: https://www.facebook.com/drchongclinickepong

Instagram: https://www.instagram.com/drchongclinic/

Youtube Channel: Dr Chong Clinic – Skin & Lasers Center

Email Address: enquiry@drchongclinic.com


Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Older Posts

TOPIC

  • #VAINZINFO
  • #VAINZEVENT
  • #VAINZDIARY
  • #VAINZTRAVELOG
  • #VAINZFOOD
  • #VAINZTECH

xulhlmi azhar

xulhlmi azhar
A lifestyle blogger who loves to spread the story for every one.

SOCIAL MEDIA

  • Instagram
  • Facebook
  • Twitter
  • youtube

FEATURED ON MEDIA

FEATURED ON MEDIA
FB Live @ Astro Gempak

Sunway Lagoon Facebook Page

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Created with by ThemeXpose