Followers

www.vainzstory.blogspot.com. Powered by Blogger.
Instagram Facebook Twitter

vainz story


Hola beautiful people,

Pernahkah anda mendengar satu lagi hutan paya bakau yang terdapat di Pulau Langkawi ini? Hutan bakau Kubang Badak ini terletak berdekatan dengan Crocodile Adentureland Langkawi dan berada satu jalan untuk ke Skytrex Adventure Langkawi. Kubang Badak terdapat 10 tarikan pelancong yang mampu memukau anda dengan keindahan dan kecantikkan alam semula jadi di sini. Permukaan bumi hijau dan sungai disini tidak diganggu oleh tangan manusia malas dijaga dengan baik oleh orang setempat.

Antara 10 tarikan utama di Kubang Badak adalah:
📍 Pulau Kubang Badak
📍 Sungai Siam
📍 Kampung Siam
📍 Bukit Menora
📍 Titik Pandang Landskap
📍 Tanjung Mendidih
📍 Goetapak Gua Pinang
📍 Tanjung Buta
📍 Geotapak Fosil Kambria Pulau Jemuruk
📍 Beting Pasir 
📍 Eagle Watching

Bagi anda yang meminati untuk melihat sendiri tapak-tapak pembinaan zaman dahulu yang masih kekal di Pulau Langkawi ini, vainz sarankan untuk datang sendiri melihat Kebuk Arang yang masih utuh pembinaannya. Kebuk Arang ini merupakan aktivti utama bagi penduduk Siam zaman dahulu yang menetap di Kampung Siam ini. Berhampiran dengan Kebuk Arang ini juga terdapat Bukit Menora yang menjadi pusat kemasyarakat orang Siam semasa melakukan aktiviti kerohanian mereka. Bukit tunggal bercerun curam yang terbentuk oleh batu kapur, batu marmar dan batu dolomit ini merupakan tempat persembahan teater Menora yang berasal dari Selatan Thai.


Sepanjang berada di Kubang Badak ini, Vainz amat kagum dengan Geotapak Gua Pinang yang merupakan gua laut kuno yang terbentuk oleh proses ombak ketika paras laut berada sekitar 15 meter lebih tinggi dari sekarang. Longgokan cengkerang dan tikar dapat dilihat melekat pada dinding Gua Pinang ini serta pokok disekitarnya. Haiwan gua seperti kelawar mengalami pengubahsuaian untuk hidup di dalam gua termasuk hampir tiada organ penglihatan, pigmen badan yang berkurang, metabolisme yang rendah serta hanya bersembunyi di dalam gua kelam ini. Apa yang uniknya Gua Pinang ini adalah, populasi kelawar dan lapisan guano (tahi kelawar) yang semakin menebal sebenarnya boleh menampung rangkaian makanan hampir keseluruhan fauna gua lain seperti ikan, cengkerik, lipan, kumbang, siput dan lain-lain.

Semasa vainz menyusuri Sungai Siam di Kubang Badak ini, vainz dibawa ke satu kawasan penanaman dan penjagaan anak pokok bakau yang terletak di Beting Pasir ini. Kawasan ini sentiasa pasang dan surut membuatkan pelancong yang datang melawat dapat meluangkan masa sekejap sahaja untuk melihat secara dekat anak-anak pokok bakau ini.  Dataran rata ini akan ditumbuhi dengan pokok bakau yang akarnya berselirat mengikat dan memerangkap sedimen. Pembentukan beting pasir ditentukan oleh banyak faktir seperti saiz pasir, bentuk dan jenis pengangkutan yang membawa pasir tersebut, sama ada oleh ombak atau arus pasang-surut sekitarnya.

Jika di Kilim Geopark terdapat aktiviti memberi makan kepada helang, di sini juga ada lokasi untuk melihat helang merah yang berterbangan di sepanjang sungai dan kita dapat merasai pengalaman memberi makan kepada helang-helang ini. Bagi vainz, kawasan baharu Kubang Badak ini patut dikunjungi oleh ramai pelancong kerana permandanganya yang cantik dengan gunung ganang, paya bakau yang mencengkam pesesir sungai, serta kehijauan sungai ini dapat memberi pengalaman terindah buat anda yang datang.

Seleasai menyusuri Kubang Badak ini, anda boleh menikmati makanan tengah hari di Jeti Kubang Badak ini dengan menikmati makanan segar yang dihidangkan. Buat pertama kali dalam hidup vainz merasai kerabu bronok yang merupakan sejenis hidupan laut seakan gamat. Sudah lama rasanya vainz tidak dapat rasa keenakan gulai ikan temenung, masakan di Jeti Kubang Badak ini memang membuatkan vainz rindu masakan nenek di kampung. 

➰➰➰➰➰➰➰➰➰➰

Antara tempat baharu yang vainz sempat teroka di Langkawi ini adalah Ayun Ayun Swings yang terletak di sekitar Kampung Ayer Hangat. Ayun Ayun Swings ini baru sahaja dibina dan yang menjadi tarikan disini adalah permandangan hijau dan ruang tinjau untuk melayan matahari terbenam. Tidak lama lagi disini akan dipasang buaian untuk anda yang ingin merasai sendiri kegayatan dimana berada di tebing bukit.  Hanya mengambil masa 5 minit untuk mendaki ke kawasan ini, amat berbaloi untuk merasai sendiri permandangan indah Kampung Ayer Hangat ini.

Bagi anda yang ingin datang ke sini, boleh hubungi nombor tertera:

+6013-4323268 ( Puteri Kassandra )
+6018-2404505 ( Adam Daniel )

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 

Hola beautiful people,

Tak lengkap rasanya kalau datang Langkawi tapi tidak datang ke dua tempat paling menarik di sini. Kali ni vainz akan kongsikan kepada anda dua tempat aktiviti air untuk anda berehat, bermain dan menyegarkan diri. Bagi yang meminati sukan air anda wajib datang dan nikmati sendiri pengalaman bermain disini sambil melayan permandangan laut dan pulau sekitar Langkawi.

➰➰➰➰➰➰➰➰➰➰

        Tempat pertama yang vainz nak kongsikan ini terletak berdekatan dengan Pantai Kok dan untuk sampai ke sana perlu menaiki Boat Shuttle yang mengambil masa beberapa minit sahaja. Tempat aktiviti ini terletak di pulau persendirian yang anda dapat merasai ketenangan bermain tanpa gangguan orang ramai. Anda boleh santai di pulau ini serendah RM30/orang untuk sehari atau boleh dapatkan promosi aktiviti air seperti jetski, banana boat, parasailing, kayak, aqua park, Mangroove adventure dan renang. Untuk promosi sekarang anda boleh tempah di website rasmi Paradise 101 [di sini]. 



        Vainz datang kesini dengan menempak pakej 101 Syoq Gila yang berharga RM101 sahaja dan boleh pilih 3 aktiviti menarik disini. Vainz pilih untuk bermain aqua park, jetski dan banana boat tapi malangnya cuaca tidak mengizinkan, jadi vainz hanya dapat bermain Aqua Park serta bola tampat sahaja. Jika anda ingin bercuti di Langkawi, perlu semak dahulu keadaan semasa di pulau supaya setiap aktivti air tidak dibatalkan atas faktor keselamatan dan cuaca.


            Di pulau Paradise 101 ini terdapat banyak lokasi/port bergambar yang cantik untuk anda teroka sepenuh pulau. Terdapat juga cafe & bars serta relaxing bench di persisir pantai bagi yang ingin bersantai. Bagi yang ingin melakukan aktiviti air, anda akan menerima tuala dan tandas juga disediakan untuk keselesaan pengunjung. Vainz sangat berpuas hati untuk berkunjung disini walaupun tidak dapat melakukan aktiviti air tetapi dapat melakukan aktivti secara berkumpulan di daratan.



           Bagi anda yang ingin menganjurkan pesta, sambutan hari lahir, aktiviti kumpulan, vainz memang sarankan untuk datang kesini dan hubungi pihak Paradise 101 untuk mengaturkan rancangan anda disini. Makanan dan minuman yang dihidangkan disini memang berbaloi setiap sen yang dilaburkan. Sedap dan kawasan yang selesa untuk menikmati percutian anda.


➰➰➰➰➰➰➰➰➰➰

            Dari dulu vainz teringin nak naik yatch pusing-pusing dekat pulau, tapi tak kesampaian kerana fikir harganya yang mahal. Tapi lain pula cerita di Langkawi, harga untuk menaiki yatch ini serendah RM70/seorang jadi dapatlah merasai sendiri pengalaman seperti orang kayangan atas yatch. Harga yang dibayar termasuk berlayar merentasi sekitar Pulau Langkawi, salt water jacuzzi, makanan (lunch/dinner), freestyle swimming, kayak di tengah laut, bergambar dihadapan Dataran Lang serta sighseeing pulau-pulau kecil yang cantik.


            Vainz memilih untuk menaiki yatch dari Your Cruise Sensation yang boleh muatkan sekumpulan rakan-rakan vainz atas satu cruise yang sama. Hanya RM8,500 untuk 25 orang sangat berbaloi kerana vainz dapat bersantai dan beraktiviti bersama rakan-rakan dan yang paling penting vainz tahu status kesihatan mereka. Untuk pakej ini, termasuk sekali dengan insurance bagi keselamatan kami di atas laut cantik ini. Sangat berbaloi untuk menikmati keindahan alam atas yatch ini.


          Tempat berlabuh adalah di Royal Langkawi Yatch Club yang berada berdekatan dengan Datarang Lang. Di perlabuhan ini terdapat ratusan kapal layar mewah dari pelbagai bentuk, saiz dan warna. Fasiliti yang disediakan sangat memuaskan hati pelanggan dengan adanya ruang menunggu yang kondusif, kolam renang bagi penyewa pelabuh, elektrik dan air yang boleh diisi terus ke kapal semasa berlabuh menjadikan RLYC ini sebagai destinasi wajib bagi pelayar domestik dan antarabangsa sebagai tempat persinggahan.

        Bagi anda yang inginkan privasi dan pengalaman menaiki cruise mewah, boleh tempah sekarang di lawam web Your Cruise Sensation [di sini] atau boleh hubungi +6012-6313 147 atau email ke yourcruiseservices@gmail.com. 

        Makanan yang disediakan semasa merarau di atas kapal ini memang enak sekali. Lauk yang segar dan nasi yang masih panas buatkan vainz berpuas hati memilih pelayaran ini. Selain itu, cruise ini juga lengkap dengan bilik mandi, bilik persalinan pakaian, bilik rehat, ruang santai indoor dan outdoor, rooftop bersama captain, serta dapur yang selesa untuk anda satu kumpulan berlayar bersama.



            


Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 


Hola traveller,

        Sebut sahaja Pulau Langkawi sudah pasti anda mengetahui tentang kewujudan Cable Car yang gah menjadi tarikan utama di Gunung Machincang, Pulau Langkawi. Vainz ingin kongsikan kepada anda pengalaman bercuti di puncak gunung ini serta sejarah mengenai Pulau Langkawi yang tidak asing lagi mengenai Mahsuri. 

➰➰➰➰➰➰➰➰➰➰

SKYCAB CABLE CAR

        Sejujurnya ini pertama kali vainz datang ke Pulau Langkawi, ramai rakan-rakan beri cadangan untuk naik kesini sebab boleh melihat seluruh Pulau Langkawi. Untuk masuk ke sini, ada beberapa harga promosi yang disediakan dengan harga bermula RM43 untuk kanak-kanak dan RM53 untuk dewasa bagi warganegara Malaysia. Bagi anda yang ingin merasakan kelainan semasa menaiki Cable Car, anda boleh mendapatkan SkyCab Special Gondola yang terdiri daripada Glass Bottom Gondola, 360 View Gondola, Private Gondola, dan VIP Gondola denga harga serendah RM105 sahaja. Dengan satu harga ini anda dapat melawati tempat-tempat menarik iaitu Service SkyCab, SkyDome, SkyRex, 3D Art Langkawi (yang terletak berdekatan pintu masuk SkyCab), SkyBridge dan SelfieRia. 

         Semasa menaiki SkyCab ini, kita dapat melihat 2 air terjun yang terkenal iaitu air terjun Telaga 7 serta permandangan Langkawi yang tersergam indah dan kian maju. SkyCab ini juga ada 3 stesyen iaitu Bottom Station, Middle yang boleh menuju ke SkyBridge dan Top yang dapat melihat seluruh Langkawi dari Puncak Gunung. Sudah tentu vainz berhenti dahulu di Middle Station untuk mengambil gambar dan merasi sendiri pengalaman berada di The Longest Free Span and Corved Bridge in The World's Most Spectacular Pedestrian Bridge yang sudah terkenal dan mendapat anugerah dari serata dunia tentang keunikkan dan kehabatan jambatan gantung ini. Permandangan yang cantik dengan gunung-ganang, laut selat melaka, serta Bandar Langkawi yang kian maju memang menjadi tarikan dan anda perlu datang sendiri untuk merasai pengalaman berada di Puncak Gunung tanpa perlu penat lelah mendaki.

        Lihat sahaja Gunung Machincang yang tinggi dan menghujau melindungi Pulau Langkawi ini buatkan vainz rasa teruja, mungkin kerana cintanya pada alam. Pulau Langkawi yang terkenal dengan cerita-cerita hikayat ini juga menceritakan tentang sejarah Gunung Machincang dan Gunung Raya yang dahulunya mereka ada gergasi dan bersahat baik di pulau mutiara Kedah ini.

        Vainz menghabiskan masa lebih kurang 2 jam diatas untuk menikmati permandangan indah ini, dan seturusnya turun ke bawah untuk cuba merasai pengalaman berada dalam 3DArt Langkawi yang mempunyai lukisan 3D terbesar disini. Dalam studio ini terdapat beberapa tempat yang diasingkan mengikut jenis, antara yang ada disini adalah Lukisan terkenal, Kawasan Firaun, Dark Room, dan banyak lagi. Vainz ada kongsikan gambar dibawah untuk anda lihat. 



➰➰➰➰➰➰➰➰➰➰

KOTA MAHSURI

        Langkawi yang dahulunya terkenal dengan sumpahan Mahsuri iaitu seorang gadis yang difitnah kini telah menjadi tarikan utama. Ramai warga internet yang kongsikan mengenai cerita Mahsuri ini, tapi pernahkan anda berjumpa sendiri dengan Pak Ku yang menyimpan setiap cerita lagenda ini. Pak Ku menceritakan sendiri mengenai keperitan hidup Mahsuri yang dicemburui oleh kakak iparnya atas kecantikan yang dimiliki beliau. Mahsuri yang dihukum bunuh telah dibawa dari rumahnya di Kota Mahsuri sehingga ke Padang Matsirat untuk ditunjukkan kepada penduduk Langkawi. 

        Gadis jelita ini akhirnya dijadikan cerita teladan dan namanya telah digunakan bagi menamai satu kota di Pulau Langkawi ini iaitu Kota Mahsuri yang dahulunya terkenal dengan nama Makam Mahsuri. Kini Kota Mahsuri mempunyai banyak tarikan dalam penceritaan cerita hikayat ini. Semasa vainz mula memasuki Kota Mahsuri ini, kami disambut baik oleh pihak Kota dan Ketua Pengarah Ku Alif yang menceritakan sendiri mengenai susur galur Mahsuri dan persembahan gamelan & caklempong.


        Dalam muzium ini terdapat beberapa senjata yang diceritakan dalam hikayat Mahsuri iaitu keris yang hanya boleh menembus badan Mahsuri, senjata Pak Mayah (ayah Mahsuri yang merupakan pahlawan Kedah dahulu), serta senjata-senjata lain yang ditemui di Langkawi pada zaman dahulu, serta Panji Perang Panglima Ali. Selain itu ada juga pihak muzium yang komersialkan minyak gamat dan produk kecantikkan yang menggunakan nama Mahsuri.

        Kota Mahsuri ini juga terdapat Makam Mahsuri, Telaga Mahsuri, rumah Mahsuri yang dibina semula pada tapak asal, persembahan silat dan alunan muzik tradisional, Gerai Kuih Tradisional, Kedai Batik,  serta autitorium yang bakal dibuka untuk persembahan thetre.

        Bagi anda yang meminati mengenai sejarah dan hikayat, perlu datang disini untuk mengenali dengan lebih dekat mengenai cerita Mahsuri serta tempat peninggalan zaman dahulu serta tarikan tradisional disini.

➰➰➰➰➰➰➰➰➰➰

GAMAT GEMILANG

        Tidak jauh dari Kota Mahsuri ini terdapat satu Kedai Gamat Gemilang yang menjual beberapa jenis minyak gamat, produk kesihatan serta barangan lain. Anda boleh melawati Kedai ini untuk mendapatkan produk komersial Langkawi tanpa perlu bersesak ditempat yang ramai orang. Lebih selamat dan mudahkan urusan jual beli semasa endemik ini.


Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Hola traveller,

Sejak Malaysia kian pulih dari pandemik Covid-19 dengan kadar vaksinasi yang tinggi, sudah pasti ramai yang sudah merancang untuk bercuti mahupun pulang ke kampung. Pernahkah anda menaiki kapal terbang Firefly? Kali ni vainz nak kongsikan pengalaman pertama mencuba khidmat servis dari Firefly. Pada mulanya memilih Firefly kerana dekat dengan rumah, hanya 30 minit permanduan sudah tiba di lapangan terbang. Lagi berbaloi dari bergerak jauh ke KLIA dan bersesak dengan ramai orang disana.

Buat pertama kali vainz menaiki kapal terbang Firefly ini untuk pergi ke Pulau Langkawi, dan perjalanan yang mengambil masa 1 jam ini sangat selesa dengan servis yang disediakan. Vainz tiba di Lapangan Terbang Subang 1 jam sebelum perlepasan untuk 'check in baggage' dan proses yang dijalankan sangat pantas dan mudah. Hanya perlu beratur dalam beberapa minit untuk timbang bag dan ambil tiket penerbangan. Staf di kaunter Firefly sangat ramah dan bagus dalam melayan kerenah pelanggan. Ada beberapa soalan yang perlu dijawab di kaunter mengenai isu kesihatan kita.

Semasa menunggu waktu perlepasan, tempat menunggu yang disediakan memang selesa dan luas, jadi tidak perlu risau mengenai penularan virus ini kerana SOP ketat yang dijalankan disini sangat bagus. Ouh untuk pergi ke Pulau Langkawi, anda perlu scan qr code dari Jabatang Pertahanan Awam Malaysia dan isi maklumat peribadi. Maklumat ini sangat penting untuk mereka mengenal pasti perjalanan aktiviti kita disana nanti. Dalam keadaan cuaca yang baik, perlepasan berjalan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Semakan terakhir di kaunter perlu menunjukkan muka bagi pemeriksaan pengecaman muka oleh pegawai disitu. Seterusnya staf Firefly sangat effisyen dalam menunjuk arah ke kapal terbang, hal ini kerana di Lapangan Terbang ini tidak seperti KLIA yang kapalnya parkir bercantum dengan bangunan. Jadi hanya perlu berjalan sedikit dan kita perlu utamakan warga emas dan ibu bapa yang membawa bayi dahulu. 

Kapal terbang yang comel molek ini mampu menampung 68-74 penumpang dan setiap seorang boleh membawa 20kg berat bagasi serta tambahan hand carry. Untungnya pada pertama kali menaiki ini, tempat duduk vainz terletak sebelah sayap, jadi dapatlah vainz melihat engine turboprop sambil melihat permandangan dari tingkap. 



Untuk keselamatan bersama, kita perlu sentiasa memakai pelitup muka bagi mengelakkan penularan. Semasa dalam penerbangan, pihak Firefly ada menyediakan sedikit makanan ringan iaitu biskut, air mineral dan kacang. Nasihat dari vainz, semasa kita menjamah makanan ringan ni pastikan jaga kebersihan dan selepas selesai perlu cepat-cepat pakai pelitup muka demi kealamatan diri. 

Setibanya di Pulau Langkawi, penumpang diturunkan mengikut tempat duduk, jadi tidak perlu bersempit semasa berdiri dan berada dekat dengan orang lain. Waktu vainz ambil bag di tempat pungutan, vainz sangat berpuas hati kerana bag berada dalam keadaan yang baik tanpa rosak dan proses yang cepat. Keadaan bag yang elok ni buatkan vainz nak guna lagi perkhidmatan firefly selepas ini.

Apabila masuk dalam kawasan lapangan terbang, kita perlu melalui kaunter Jabatan Pertahanan Awam Malaysia untuk menunjukkan butiran peribadi yang telah diisi sebelum berlepas. Mereka sangat menitikberatkan keselamat semua pelancong. Hal ini membuatkan vainz rasa selamat untuk mengikut serus Kerajaan dalam menaikkan ekonomi semasa Gelumbung Perlancongan di Pulau Langkawi ini.

Jika anda berminat untuk merasai sendiri perkhidmatan pengankutan dari Firefly, tempah sekarang di website mereka ye.

➰➰➰➰➰➰➰➰➰➰ 


Booking Website: Firefly.com.my 


Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Older Posts

TOPIC

  • #VAINZINFO
  • #VAINZEVENT
  • #VAINZDIARY
  • #VAINZTRAVELOG
  • #VAINZFOOD
  • #VAINZTECH

xulhlmi azhar

xulhlmi azhar
A lifestyle blogger who loves to spread the story for every one.

SOCIAL MEDIA

  • Instagram
  • Facebook
  • Twitter
  • youtube

FEATURED ON MEDIA

FEATURED ON MEDIA
FB Live @ Astro Gempak

Sunway Lagoon Facebook Page

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Created with by ThemeXpose