Pertunjukan Robot Artificial Intelligence (AI) Pertama di Hotel Grand Ion Delemen

by - March 25, 2019

Holla reader, 👋


Hari ni vainz berpeluang menyaksikan Robot AI yang pandai menari di Hotel Grand Ion Delemen, Genting Highlands. Hotel Grand Ion Delemen pernah dinobatkan Highest Altitude Full-Fledged Service Apartment in Malaysia dalam Malaysia Book of Record. Hotel Grand Ion ini dimiliki oleh NCT Group of Componies dan terletak setinggi 1,828m dari paras laut.

Pada 2019, Robot AI tidak asing lagi buat rakyat Malaysia, tetapi apa yang membuatkan Robot ini istimewa adalah Robot AI ini menari di dalam Hotel tertinggi di Malaysia. Ini merupakan salah satu tarikan pelancong untuk inap dan menikmati persembahan Robot cilik ini sewaktu makan. Pertunjukan ini juga bertujuan menjadi perintis dalam mewujudkan kesedaran mengenai peruncitan baru o2o(luar talian) yang membolehkan perniaggan sederhana kecil di Malaysia dapat mengadaptasi penggunaan AI. Acara ini dianjurkan oleh Malaysia Jiangsu Chamber of Commerce dan Kelab AI Malaysia.


Robot humanoid yang vainz pegang ni mampu melakukan perlbagai aktiviti seperti menari, menyanyi dan aksi seni mempertahankan diri. Robot AI ini diberi nama Dobi dan berukuran 48cm tingginya. DI Hotel Grand Ion Delemen terdapat 20 unit Dobi Robot AI untuk dipamerkan dan mempersembahkan bakat mereka. Menariknya Dobi adalah senang dikawal dengan satu controller, dan mempunyai fungsi bangun sendiri sekiranya ia terbaring atau jatuh. Dobi juga merupakan robot AI pertama yang tangkas dan fleksibel geraknya.


Dobi
Robot Artificial Intelligence







Ucapan Dato' Sri Yap Ngan Choy
Pengarah Urusan Kumpulan NCT



“NCT sentiasa mempercayai kepelbagaian. Mengorak langkah dari pembinaan ke pembangunan hartanah ke pengurusan hotel, NCT tidak pernah berhenti meneroka kepelbagaian dan perubahan. Melihat keperluan dan kepentingan teknologi, NCT juga akan menceburi bidang pembangunan teknologi. Ini adalah sehaluan dengan misi NCT untuk menerajui innovasi dan menjadi salah satu jenama terkemuka,” 


“Terdapat keperluan untuk mendidik dan berkongsi perkembangan teknologi dengan orang lain, terutamanya generasi muda. Saya percaya mereka ingin tahu dan berminat untuk mempelajari bagaimana teknologi, terutamanya bagaimana AI telah mengubah dunia. Oleh itu, NCT berharap untuk menyediakan satu platform yang membolehkan orang ramai mendekati dan mengenali teknologi dengan lebih dalam,” tambah Dato’ Sri Yap Ngan Choy. 

Mr Li Ce

Pengasas Robot Dobi


Mr Li Ce merupakan Pengasas Robot Dobi dan beliau juga merupakan pemimpin industri robot di China. Beliau memiliki beberapa paten inovasi dalam industri robot dan Dobi merupakan kerjasama pertama beliau dengan NCT Group.

Dobi Rangkul Guinness World Records


Robot AI Dobi pernah merangkul Guiness World Record dengan persembahan mereka selama 60 saat. Terdapat 1,100 unit Dobi melakukan persembahan  secara serentak.

Persembahan Robot Dobi di Hotel Grand Ion Delemen

Robot AI, Dobi yang menjadi tarikan utama di Hotel Grand Ion Delemen akan membuat persembahan dari Isnin hingga Ahad mengikut masa yang ditetapkan berikut:

Tengah Hari
Petang
Malam
12.30 pm
3.30 pm
6.30 pm
1.30 pm
5.30 pm
7.30 pm
2.30 pm

8.30 pm

Jom saksikan persembahan Dobi bersama keluarga dan rakan anda!
Maklumat lanjut boleh dapatkan di laman web NCT Group of Componies 


You May Also Like

19 comments

  1. Pernah nampak robot besar berjalan kat Airport Korea. Katanya dia boleh membantu kita. Bagus la sekarang ni dunia memperbanyakkan penciptaan robot untuk memudahkan kerja manusia.

    ReplyDelete
  2. Wow cute gila robot robot tu. Macam best je kalau dapat satu robot ni nak letak kat rumah. Hehee

    ReplyDelete
  3. wow !!! robot-robot nie bijak betul ya. berfikiran seperti manusia. macam2 dia boleh buat. bagus betul lah sape yg cipta robot nie. macam nak beli satu buat simpan dalam rumah. hihi.

    ReplyDelete
  4. comel dan scary! haha tiba2 terbayang robot-robot ni ambil alih tugas manusia. apa2pun mcm nak beli satu letak kt rumah haha.

    ReplyDelete
  5. Comelnya la tarian dia. Rawlins rasa macam nak ajar dia menari zapin dan joget - baru la Malaysia gitu. Haha. Mau pitam programmer dia kalau Rawlins minta dia programkan Dobi menari zapin.

    ReplyDelete
  6. Pertunjukan robot ? bestnya dapat tengok depan mata robot-robot ni beraksi. Kalau anak-anak buah nampak ni confirm nak ajak pergi juga.

    ReplyDelete
  7. Comelnya pulak tengok robot ni. Nasib baik tak minat robot, kalau tidak jenuh nak membeli. Menarik pertunjukan ini. Pandai menari hehe

    ReplyDelete
  8. amboi comel sangat robot ni menari. budak-budak mesti suka tengok. sesuai sangat time cuti sekolah sekarang bawa anak-anak datang bercuti kat genting higland

    ReplyDelete
  9. Comel nyaà. Rasa nak buat balik satu simpan kat rumah, hahah. comel sangattt. berjoet2 gitu.

    ReplyDelete
  10. Suka sangat tengok teletah Robot-robot ni menari kita pun rasa nak menari sama hehehe budak-budak suka lah macam ni kan hehehe bestnya dapat satu robot ni bawa pulang huhuhu...

    ReplyDelete
  11. Suka tengok robot ni nampak comel dann cute .Bagus diorang buat pertunjukan macam ni nak attract orang ramai datang .

    ReplyDelete
  12. Mesti comel
    Jer robot2 ni
    Menari hehehhe. Jadi daya tarikan juga utk org turun genting sebenarnya

    ReplyDelete
  13. Bestnya tengok robot tu. Comel je. .Bgus genting buat pertunjukan mcm ni. .Menarik orang untik dtaang ni. .Suka tengok aksi robot ni

    ReplyDelete
  14. comelnya semua robot artificial ni. rasa nak pergi grand ion delemen sekarang nak tengok show tu. Kalau gi genting kena singgah ni

    ReplyDelete
  15. Comel je ye robot boleh menari ni. Dulu2 selalu dengar cerita je tentang in future ada robot yang boleh buat macam2, now memang dah wujud

    ReplyDelete
  16. Comel je size Robot tu. Ni kalau budak budak nampak ni, mesti ingat permainan ni. Hehe

    ReplyDelete
  17. Menarikk, nanti kalauke genting boleh la p tengok robot-robot ni menari ya. Fuh dah lama tak naik genting. teringin plak nak kesana bila cuaca panas2 macam ni.

    ReplyDelete
  18. Alahai comey sungguh..kalau dapat seketoi robot ni mesti kena buli teruk dengan anak2 akak..silap2 takdan seminggu dah relai..

    ReplyDelete
  19. Wow! i have watch it once and was mesmerized by the synchronization of all the robots. Memang best and hope to watch it again soon.

    ReplyDelete