BERBELANJA DI JAKEL, PILIHAN RAKYAT MALAYSIA

by - May 06, 2019

Holla reader 👋

Vainz baru je selesai shopping di Jakel Shah Alam sabtu lalu (5 Mei 2019). Semestinya Jakel menjadi pilihan vainz dan keluarga untuk membeli kepengkapan raya seperti baju sedondon, langsir, karpet dan macam-macam lagi. Nak tahu apa yang menarik di Jakel Shah Alam? Teruskan membaca ye 💖

Jakel pada tahun ini mengadakan Kempen Jakel Barulah Raya dengan mempromosikan koleksi pakaian raya dengan rekaan terbaru serta kain yang berkualiti tinggi. Menurut Tuan Haji Mohamed Izani bin Mohamed Jakel, Pengarah Urusan Jakel Shah Alam "Kempen ini adalah salah satu aktiviti wajib dalam kalendar promosi Jakel bagi memasarkan produk pakaian raya diantara Duta Raya Jakel bersama para pelanggannya"

Bercakap mengenai Duta Raya Jakel, seperti tahun berikut, Jakel mengetengahkan rekaan Duta seperti Dato' Aaron Aziz, Aida Jebat, Nabil Ahmad dan Upin Ipin.
Istimewa tahun 2019, Jakel membawa seorang lagi Duta Raya Jakel dengan rekaan terbaru bagi golongan plus size, iaitu Abam dari kumpulan Bocey, Rekaan baju raya Abam sama seperti Dato' Aaron Aziz iaitu kontemporari dengan pasak di sisi baju tetapi size yang ditawarkan sehingga 7XL. 


Vainz berpeluang menhadirkan diri di Majlis Pelancaran Kempen Jakel Barulah Rasa Destinasi Ke-2 yang bertempat di Jakel Shah Alam, Majlis ini berkonsepkan sembang santai bersama Duta Raya Jakel dalam mempamerkan rekaan terbaru bagi setiap Duta.

Turut diselitkan dalam majlis ini adalah sesi lelongan jualan koleksi pakaian raya seperti Kurta, Baju Melayu, Baju Kurung dan banyak lagi. Duta Raya Jakel akan mempromosikan dan menjual koleksi rekaan mereka dengan harga runtuh kepada pelanggan Jakel. Turut menghangatkan suasana adalah dengan pemberian baucar Baju Raya Percuma kepada 100 pelanggan  yang membeli Baju Melayu bernilai RM150.

Jakel sentiasa memainkan peranan penting untuk memastikan kepuasan pelanggan terjaga. Ia juga merupakan pengimport sendiri bagi kemasukan fabrik tanpa melalui orang tengah yang membolehkan pelanggan Jakel mendapatkan fabrik pada harga yang cukup murah dan berpatutan.

Koleksi kain pada tahun 2019 lebih memfokuskan kepada corak dan warna yang lebih segar dan moden. Memahami keinginan pelanggan, Jakel sentiasa menampilkan koleksi kain baharu dan terkini untuk  penggemar fabrik.

Jakel mengamalkan konsep 1 jurujual 1 pelanggan dimana pelanggan akan dilayan dan diberi penerangan serta penjelasan yang lebih lengkap mengenai jenis dan kualiti koleksi yang dipilih. Hal ini menjadikan operasi perniagaan berjalan dengan lancar dan ingin memberi para pelanggan merasai "sense of beonging" semasa berbelanja di Jakel.

JAKELSTORE.MY
Tuan Haji Mohamed Izani juga mewar-warkan mengenai JakelStore.MY iaitu jualan secara atas talian dimana Jakel datang kepada pelanggan. Laman web ini telah mewujudkan kemudahan dan platform teknik jualan baharu Jakel dalam melengkapi keperluan pelanggannya untuk berbelanja.

Online Shopping   : jakelstore.my
Tarikh Operasi    : 10 May 2019



LELONG HINGGA MALAM RAYA
Ramadan kan dah bermula, sebulan lagi kita akan berjumpa Syawal, Jakel pula memeberikan tawaran istimewa kepada semua pelanggan untuk menikmati HARGA RUNTUH dan DISKAUN sehingga 85% untuk koleksi raya 2019. Jualan hebat ini dianjurkan bermatlamat menarik minat penggemar fesyen khususnya golongan remaja dan wanita untuk melihat dengan lebih dekat keluaran koleksi baharu Jakel.

Ada satu benda menarik minat vainz untuk beli koleksi Raya 2019 di Jakel, iaitu set baju raya bernilai RM99 sahaja dan vainz dapat SAMPING  & BUTANG secara percuma! Tak menang tangan vainz cekau semua koleksi Raya 2019 Jakel. Tidak dilupakan baju kurung wanita dijual serendah RM100 sepasang! Murahnyaaaaa 💝 Manakala baju kanak-kanak koleksi Lara Alana & Yusof Iskandar dijual bermula harga RM39 SAHAJA.


KOLEKSI BAJU MELAYU
Koleksi Baju Melayu Aaron Aziz direka khas untuk memberikan kekemasan dan keselesaan. Rekaan kontemporari yang digunakan serta warna yang dipilih memberikan keistimewaan kepada pelanggan yang membelinya. Segak sungguh lelaki yang memakai koleksi rekaan Aaron Aziz ini.

Lebih istimewa buat lelaki remaja diluar sana yang inginkan baju melayu moden dengan potongan slim fit, boleh dapatkan koleksi Nabil Ahmad. Lagi istimewa, rekaan ini telah diubah suai untuk memberikan keselesaan kepada anda dimana perincian zip disisi baju (bahagian pesak) dan dipergelangan tangan. Mudah lah kita nak berwudhuk tanpa lipat lengan baju sikit demi sikit kan. Vainz memang pilih cutting Nabil Ahmad sebab ikut body yang kurus. Heheh. 😎

Kacak sungguh lihat Awal Ashaari peragakankan koleksi Raya Jakel ini. Awal telah menajdi Duta Jakel selama 4 tahun berturut-turut. Rekaan koleksi ini memfokuskan kepada potongan, warna dan kualiti fabrik untuk membantu para jejak Malaya beraya dengan penuh keyakinan dan bergaya seperti Awal.

KOLEKSI KURTA
Nak kurta? Jangan risau, Jakel ada koleksi Kurta dengan Dutanya Hairul Azreen. Istimewanya kurta ini terdapat dua jenis kolar iaitu cekak musang dan teluk belanga sama seperti baju melayu. Baju lelaki sado diluar sana yang inginkan nampak tegap dengan koleksi ini, boleh padankan dengan seluar slack hitam atau jeans blue black. 💪

KOLEKSI BAJU KURUNG
Cantik dan ayu sungguh Ayda Jebat memakai baju kurung koleksi Jakel ni kan. Dari gambar boleh terserlah kecantikkan beliau dengan fabrik yang berkualiti dari Jakel. Selain Ayda, ada juga koleksi Baju Kurung Scha ALyahya dan Hanis Zalikha yang membawa konsep baju kurung moden, rekaan ini sesuai dengan citarasa wanita zaman sekarang dengan menampilkan keciaraan moden dan 'instagramable'.

KOLEKSI KANAK-KANAK
Si Cilik pun nak bergaya juga di Hari Raya AIdilfitri ini dengan koleksi Jakel kan. Jadi, Jakel membawakan kepada anda koleksi Raya Jakel dengan Dutanya, Upin Ipin, Lara Alana & Yusof Iskandar. Koleksi Upin Ipin memang laku keras selepas kegemilangan mereka dalam Cerita Upin Ipin Keris Siamang Tunggal baru-baru ini. Ramai kanak-kanak inginkan baju koleksi mereka dimana ada logo Upin Ipin pada poket atas baju tersebut.

Banyakkan koleksi yang dibawa oleh Jakel untuk Raya 2019 ini. Tak rugi berbelanja di Jakel kerana mereka menjaminkan kualiti fabrik yang tinggi serta rekaan yang serba moden yang menepati cita rasa orang sekarang. Tunggu apa lagi? Cepat dapatkan baju anda sekarang di Jakel berdekatan anda. Jangan lepaskan peluang semasa harga runtuh Happy Hour tau!

JAKEL Malaysia
#JakelBarulahRaya2019
Laman web Jakel.MY
Instagram : Jakel Textiles
Facebook : Jakel Textiles

You May Also Like

16 comments

  1. Boleh cari baju suami dekat Jakel. Hairul Azreen punya baju macam nice je.

    ReplyDelete
  2. Suka slim fit koleksi
    Nabil. Memang cantek. Suka shopping kat jakel sbb banyak rekaan cantik dan menarik

    ReplyDelete
  3. Semua baju sini nampak sangat cantik. Will go there to check it out and hopefully can get a nice family clothes.

    ReplyDelete
  4. ewah shopping baju raya kat jakel ke tahun nie? warna apa tuk raya 2019 ni. untung sangat siapa pergi time happy hour dapat beli baju harga murah-murah. senang shopping kat jakel semua ada bawah satu bumbung

    ReplyDelete
  5. Cantik cantik koleksi baju raya di jakel. Samping pun nice je tapi tuhlah rakde rezeki nak shopping dekat jakel tahun ni sebab baju raya semua dah siap beli

    ReplyDelete
  6. Tahun ni bergaya sakan la semua kan dengan koleksi pakaian artis pilihan.
    Baju yang artis gayakan kini kita pun boleh gayakan sama.
    Apa apa pun pilihan di tgn anda.
    Shopping sementara stok masih ada.

    ReplyDelete
  7. Seronoknya dok shopim sakan dekat jakel. Dahlah semua baju² dia lawa². Rambang mata dibuatnya. Cx pon tahun ni dok beli kain pasang dkt jakel. Ada offer time tu htu hehe. So berbaloi la juga.

    ReplyDelete
  8. Kak selalu beli baju melayu utk family di jakel sbb murah dan byk pilihan

    ReplyDelete
  9. Ramai duta Jakel Tahun ni kan. Pilihan baju raya pun meriah sangat2 dengan harga mampu milik. Jakel memang sentiasa menjadi pilihan bila beli baju raya yang cun

    ReplyDelete
  10. Banyak yg koleksi dari Jakel yg menarik n meletop tahun nie.. Dah ada design yg AM berkenan d hati.. Leh la AM terjah nak beli baju raya utk anak2 AM juga..

    ReplyDelete
  11. Jakel banyak pilihan baju..semua cantik-cantik.kadang pening nak pilih..hahaa..sesuai beli situ sebab satu family lengkap baju dekat situ..kalau time lelong lagi best..tapi mesti ramai orang..bila ada online ni bagus

    ReplyDelete
  12. Koleksi baju raya Kanak2 pun lawa dan selesa nak pakai. Kanak2 paling gembira menyambut Hari Raya Aidilfitri!

    ReplyDelete
  13. ok, now I know where to go to get my baju raya. tq for the info :)

    ReplyDelete
  14. Tu ari Nina pi Jakel Shah Alam ,
    Ya Ampun... Ramainya orang. Havoc!
    Patutlaaa ramai, design cantik dan kualiti material kat Jakel memang bagus .
    Harga pun berpatutan. Tak lama lagi ada ONLINE bagus sangat. Memudahkan pelanggan beli. Terbaik laaa

    ReplyDelete
  15. wah, saiz sebesar Abam pon dah ada. makin ramai la peminat baju melayu Jakel nanti..kurta utk saiz Abam ada tak?

    ReplyDelete