HOT SPOT ITALIAN DELIGHTS @MAINROAD AMPANG
Holla 👋
Naughty Italian memulakan perniagaan pada 1 April 2019, baru je beberapa bulan lepas. Nama kedai pun sudah menggambarkan juadah yang disediakan, Naughty Italian menyajikan handmade Italian Foods yang rasanya sama seperti restoran Itali. Vainz memang memilih sikit bab makan ni, so vainz pun bertanya dengan owner tentang penyediaan makanan mereka. Semua bahan yang digunakan adalah segar dan bersih, kita boleh tengok sendiri penyediaan makanan di kiosk Naughty Italian ye. Setiap sos pasta/spageti adalah hasil ramuan/resipi sendiri dan mereka menggunakan produk yang berkualiti untuk anda.
MAIN DISH @ NAUGHTY ITALIAN
Fungi Almond - Basil Pesto [RM19.50]
Pasta ini mempunyai rasa tersendiri yang menggabungkan antara cendawan, kacang badam, daun basil dan krim chantilly. Ini merupakan pasta pertama yang vainz suka sebab rasanya yang kene dengan tekak orang kampung macam vainz. hehe
Arrabiata Meatballs [RM19.50]
Jika anda penggemar bebola daging, anda perlu cuba Arrabiata Meatballs, bebola daging yang handmade dicampur dengan rasa sos tomato recipe sendiri yang enak dimakan bersama pastanya.
Virgin Lamb Brasato [RM24.50]
Pasta ini menggunakan lamb broth yag membuatkan rasa daging kambing itu sebati pada semua bahaian ditambah pula keju grana padano yang tidak akan rasa muak bila makan.
Shroom & Beef Lasagna [RM19.50]
Vainz memang suka lasagna, ni first time habiskan sepinggan lasagna tanpa rasa muak. Setiap lapisan bachamel dan daging itu dicampur dengan rasa cendawan dan torched cheese yang buatkan selera vainz bertambah untuk order lagi.
Naughty's Carbonara [RM19.50]
Carbonara ini gabungan rasa bawang putih dengan daging rangup ditambah dengan 3 jenis cendawan dan telur diatasnya.
Sicilian Aglio Olio [RM16.50]
Boleh ternganga makan Aglio Olio ni, rasa pedas yang sebati dengan bawang putih, cendawan, parsley dan pangritata akan buat anda terliur.
Mac & Blue Cheese [RM16.50]
Mana yangbetul-betul minat cheese, sangat recommended untuk cuba Mac & Blue Cheese ni, vainz tak mampu habiskan semangkuk ini walaupun rasanya yang enak dan cair dalam mulut sebab keknyangan dengan hidangan lain.
Italian Nachos [RM14.50]
SIni pun boleh order snacks untuk anda borak dengan kawan-kawan. Nachos yang penuh dengan cheese dan daging bersos tomato ini memang uat anda tidak berhenti untuk mengunyah.
Wild Mushroom Bruschetta [RM14.50]
Tempat ni sangat sesuai untuk dinner dengan tenang sambil mendengar buskers mengalunkan muzik dan suara merdu mereka. Jika anda ingin menonton pertandingan bola sepak bersama rakan, juga recommended kerana ada skrin besar untuk anda.
Jika anda ingin mencuba meu Itali yang enak dan berbaloi dengan harganya, vainz cadangkan datang je ke Naughty Italian. Vainz sertakan sekali details kiosk ini ye.
Jangan lupa ajak kawan dan keluarga anda untuk mencuba setiap menu Naughty Italian yang akan buatkan anda tidur lena selepas kekenyangan menghabiskan makanan disini. 😉
Facebook: @italinakal
Instagram: @my_naughtyitalian
Waze:
Lot 302, Jalan Ampang, Kampung Berembang, 50450 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
11 comments
fuh sedapnya makan western itali ni..tempting bila tengok gambar pasta tu. okay bookmark entri ini dulu
ReplyDeleteJom lepak kat Ampangggggg! Hajak Marou and Qis2 sekali. Hahaha. That day I nak pi also but I tak pergi time tu sbb apa ntah lupa. And now I'm jelly tengok banyak makanan sedap.
ReplyDeleteBestnyaa test makan2 kat Italian restaurant! Qeela suka Italian food, and waa nampak mcm sedap2 belaka semua menu2 yg ada kat sana tuu! Nnt if ada pergi area sana nk trylah restaurant nii hehee
ReplyDeleteOmg sedapnya nampak. I suka western kena try ni. Italian food lagi, mmg sedaplah😍😋
ReplyDeletePenah lalu tapi cam tak terasa nak singgah. Bila baca entry ni cam menarik je dan harga pun nampak berbaloi..buat gathering pun best gak
ReplyDeleteini kalau sesekali tukar selera okei jugak ni. and another port untuk meet and greet kawan kawan.
ReplyDeleteNampak sedap makanannya. Lama juga saya tak makan makanan western. Bolehlah try lepas ni. Harga pun mcm boleh tahan. Nk dtglah nnti dgn member.
ReplyDeleteYa Allah zul nampak sedap2 betul menu di sini ya. Kita nie dahlah peminat tegar spaghetti. First time dgr nama tmpt nie nanti kita nk cuba jugaklah. Nmpk best j
ReplyDeletefuh.. nampak semua sedap-sedap belaka tu.. dah la TB ni sejak akhir-akhir ni macam hantu western je dah rupanya.. bila tengok gambar dalam entri awak TB jadi gigil.. lapo weh!
ReplyDeleteSedapnya makanan italian nie.. Nnti xul ke sini Roger AM yea.. AM nak juga rasa masakan kat sini.. Suka makanan yg banyak cheese.. Skip one day utk cheat Day, AM nak ke sini
ReplyDeleteayo segera bergabung dengan kami hanya dengan minimal deposit 20.000
ReplyDeletedapatkan bonus rollingan dana refferal ditunggu apa lagi
segera bergabung dengan kami di i*o*n*n*q*q