FG WALET by FOUZIAH GOUS MEMBUKA BRANCH PERTAMA DI JOHOR BAHRU!

by - December 09, 2019

Holla Warga Johor Bahru! 👋



Vainz nak kongsikan kepada anda semua mengenai produk dari selebriti terkenal Datin Fouziah Gous yang suka dipasarkan seluruh Malaysia, Singapura dan Vietnam. Kini FG Walet dengan berani membuka cawangan pertama mereka di Johor Bahru yang terletak di lokasi strategik No. 8 Jalan Molek 1/5B, Taman Molek, Johor. Cawangan ini beroperasi seawal 9:00 pagi sehingga 5:00 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat. Vainz sempat menghadirkan diri di majlis pembukaan rasmi cawangan pertama FG Walet ini pada 12 Disember 2019 (Sabtu) lalu dan alhamdulillah Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran Anak-anak Tahfiz untuk bacaan doa selamat.


"Terlebih dahulu, saya ucapkan syukur alhamdulilah dengan pembukaan FG Walet Johor.  Tahniah kepada team FG Walet Johor terutama Encik Rejab yang telah berjaya membuktikan bahawa FG Walet antara produk terlaris di negeri ini.  

"Ini juga membuktikan bahawa FG Walet berkembang dengan cukup cepat.  Jujur saya akui yang saya sendiri turut terkejut dengan pencapaian yang begitu memberangsangkan terhadap FG Walet yang baru berusia lima tahun ini.  

"Impian saya seterusnya adalah untuk melihat agar FG Walet dapat membuka banyak lagi cawangan di negeri lain pula.  InsyaALLAH," kata Datin Fouziah Gous, Fouder FG Walet 


Vainz baru tahu yang jualan FG Walet di kawasan selatan Malaysia merupakan "Top Selling" yang diterajui oleh Datin Fouziah Gous, Dato' Zhafran dan En Rejab sehingga mereka mampu membuka cawangan pertama satu unit kedai di kawasan Johor Bahru ini. Hal ini merupakan satu pencapaian yang sangat bagus bagi Team FG Walet selama 5 tahun dalam menerajui pasaran di Malaysia, Singapura dan Vietnam. Pembukaan cawangan ini sudah pasti dibantu oleh Dato' Zhafran dan Datin Fouziah dalam pembentukan, idea, sehingga mereka mampu mencipta 'business partner' yang berjaya membuka cawangan seperti En Rejab. Niat murni Dato' dan Datin adalah mencipta lebih ramai usahawan berjaya yang bermula dari 'agent' sehingga mampu menjadi 'business partner' yang mempunyai haluan dan niat kejayaan bersama.

Buat pengetahuan anda, minuman sarang burung walet FG Walet ini merupakan buatan tangan yang mempunyai sijil halal Malaysia dan diperakui oleh banyak agensi di Malaysia antaranya JAKIM, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Petronas. Anda boleh mendapatkan minuman dan pati sarang burung walet ini di Kedai terpilih seperti KK Mart, Aeon, Mesra by Petronas dan juga Healthy Machine dengan harga yang sangat berpatutan bagi kesihatan anda.

Dengan bermodalkan RM35,000.00 sahaja anda juga boleh menjadi usahawan dibawah Team FG Waket dengan mendapatkan Healthy Machine. Mesin ini akan memudahkan urusan perniagaan anda yang kekangan dari segi masa, dan segan untuk berhadapan dengan pelanggan. mesin ini merupakan Helathy Machine pertama yang boleh membuat pembayaran menggunakan e-Wallet dan payWave. 

Kelebihan FG Walet Healthy Machine:
👉 Percuma 300 botol 
👉 Pendapatan pasif & untung maksima
👉 Lokasi disediakan
👉 Berisiko rendah
👉 Modal Minima
👉 Tidak perlu pekerja dan pengalaman
👉 Beroperasi 24 jam
👉 Teknikal & Sales support
👉 Waranti di Malaysia

Jika anda berminat untuk mendapatkan Healthy Machine, boleh hubungi Admin FG Walet di:
Facebook: FGWalet Healthy Vending Machine - Birdnest Drink by Fouziah Gous
Instagram: FGWalet_Healthy_Machine
WhatsApp: +6010-368 4845 / 03-5885 6023

Datin Fouziah Gous & Dato' Zhafran juga kongsikan kejayaan mereka dalam merangkul Halal Brand Awards yang meletakkan produk FG Walet dikenali ramai dengan kejayaan mereka dalam menghasilkan produk kesihatan yang halal. Kejayaan ini juga menaikkan nama FG Walet dimata industri produk untuk berdiri sam tinggi dengan produk luar negara.

Datin Fouziah juga berhasrat untuk mengembangkan lagi perniagaan produk sarang burung ini ke Indonesia dan Timur Tengah pada masa akan datang. Hasrat ini selari dengan misi mereka untuk membuka lebih ramai peluang kepada usahawan diluar sana yang ingin berjaya bersama FG Walet dalam menjadi 'business partner' serta agent mereka.


Semasa hari pembukaan cawangan baru FG Walet di Johor Bahru, vainz tergamam melihat begitu ramai pembeli yang beratur panjang untuk mendapatkan Minuman dan Pati Sarang Burut Walet dari FG Walet, anda boleh melihat ada yang sampai borong berkotak-kotak pada hari kejadian. 


💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖
‘Stay Young, Feel Young’ bersama FG Walet

FG Walet 1st Branch
No. 8 Jalan Molek 1/5B, Taman Molek, Johor Bahru


You May Also Like

19 comments

  1. Oh hebat business dia. Banyak artis buka bisnes sekarang ni. Nak juga try produk dia ni.

    ReplyDelete
  2. bagus betul fouziah ghous ni.. memang otak bisnes. tak pernah berkesempatan nak cuba produk dia nih.. insyallah akan cuba cari juga nnt

    ReplyDelete
  3. wahh.. dah semakin maju pernigaan Fouziah Gous ni.. FG Walet ni memang dah lama TB tahu.. dari semasa ke semasa nak beli tapi tak beli pun lagi.. aish.. tapi memang teringin nak rasa pun

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah rezeki dia makin mencurah curah dalam bisnes . Moga terus maju dan berjaya di masa masa akan datang.

    ReplyDelete
  5. Tahniah pada FG walet... patut la dah lama tak nampak Fauziah Ghouse berlakon... bisnes lagi baik pulangannya kan? Tak penat berlakon.

    ReplyDelete
  6. Tahniah diucapkan buat FG Wallet. Semoga perniagaan makin maju dan lebih banyak cawangan dapat dibuka.

    ReplyDelete
  7. Lepas ni orang jb mudah la nk dapatlan fg walet. Sarang burung ni, berkhasiat dan baik utk kesihatan

    ReplyDelete
  8. Kalau dah ada modal selayaknya memang berbisnes lah. Tahniah buat Fouziah Gous dengan pembukaan 1st oulet dia. Next harus sis cuba bird nest dia tu.

    ReplyDelete
  9. Suka la minum air sarang burung sebab sukakan tekstur tu. Kalau rs manis sgt boleh tambah air. Alhamdulillah dah ada outlet ye di JB.. mudahnorg JB nak dptkan air FG tu

    ReplyDelete
  10. Semakin berkembang maju business beliau kan. Saya pun suka minum air sarang burung ni tapi tuhlah jena stop sementara.

    ReplyDelete
  11. Kat area manjung memang ramai orang bela burung walet ni. Tapi kebanyakan pengusahanya adalah orang cina. So, agak ragu-ragu juga la nak minum kan. Tapi mujur la Datin Fouziah ambil insiatif nak buat bisnes air bird nest ni. Siap ada sijil Halal lagi. Tahniahhhh

    ReplyDelete
  12. Wow!!!!!!!! Congratulations Fouziah Gous krn business makin maju. Btw, Lokasi yg dipilih adalah sgt baik. Semoga success.

    ReplyDelete
  13. Wah makin berkembang betul bisnes FG ni rasa nak Cuba la selalu nampak kat petronas tapi belum rasa nak beli lagi... nanti lah I pergi beli heee

    ReplyDelete
  14. Ada kat KK Mart? Ok. Balik nie nak try gak la. Tahniah di atas expansion dan recognition yang diterima. Moga makin jauh melebarkan sayap.

    ReplyDelete
  15. Wah tak sangka.makin berkembang produk ini di pasaran. Mmg best rasanya. Bagus utk kesihatan juga

    ReplyDelete
  16. Wah. Ada peluang utk bisnes jenis vending machines tu ya? Nice info. Produk tgh naik ni, jgn tinggal kapal kalau lmbt2 join

    ReplyDelete
  17. Owhhh ni produk dia lah ekk..baru tahu. Moga berjaya dlm bidang perniagaan. Sis mampu beli rasa minum je..buat busines oncoz tak ada..hehehe

    ReplyDelete
  18. Tak pernah rasa lagi minuman sarang burung FG ni tapi ada dengar bisnesnya makin besar dan berjaya. Alhamdulillah dan tahniah diucapkan.

    ReplyDelete
  19. Congrats to the owner for her first opening. May her business keep growing.

    ReplyDelete