KETAHUI MASALAH KAKI ANDA | JENNORTTHO
Holla beautiful people 👋
Pernah tak anda rasa sakit di bahagian kaki dan pinggang? Bagi individu yang kerap memakai kasut dan berjalan jauh, kesakitan ini mungkin menyerang anda secara tiba-tiba. Jangan anggap sakit itu benda biasa bagi diri anda kerana selalu terjadi, anda perlu memeriksa keadaan kaki dan badan supaya tidak memberi kesan buruk dalam jangka masa yang panjang. Kebiasaan rasa sakit ini adalah berpunca daripada penggunaan kasut yang tidak sesuai dengan jenis kaki anda. Ya, kaki manusia mempunyai pelbagai jenis keadaan, oleh itu anda perlu mengetahui keadaan kaki supaya hal ini tidak memberi kesan kepada anda tanpa diduga.
Bercakap mengenai masalah/sakit kaki & pinggang ini, vainz nak kongsikan kepada anda Pusat Kesihatan Kaki JennOrtho yang menawarkan pemeriksaan kaki, konsultasi serta jualan barangan berkaitan kasut dan kaki. JennOrtho terletak di tingkat 2 Mid Valley Megamall dengan suasana Pusat Kesihatan Kaki yang luas, mengikut S.O.P, dan layanan yang bagus oleh staf serta Doktor Pakar Ortotik & Prostetik yang terkenal di Malaysia, iaitu Dato' Dr Edmund Lee.
Bagi anda yang tidak pernah mengetahui keadaan kaki anda, vainz sarankan untuk datang ke sini bagi memeriksa dan mendapatkan konsultasi dari pakar. Yang bagusnya disini adalah pemeriksaan pengimbasan kaki diberikan secara percuma dengan menggunakan teknologi 3D Custom Medical Orthotics. Perubatan ini direka khas bagi membantu kaki anda berfungsi pada kadar optimum dan dapat mengelakkan ketidakseimbangan pada badan yang berpunca dari tapak kaki.
Di JennOrtho juga terdapat ready-made insole yang mungkin sesuai bagi kaki anda untuk dibeli supaya dapat mengurakan kesakitkan pada bahagian kaki dan pinggang, tetapi perlulah dapatkan konsultasi dahulu supaya anda membeli produk yang betul dan berkesan pada diri anda.
Apa yang menarik sekarang ini adalah, JennOrtho menawarkan PROMOSI HEBAT sempena pembukaan outlet mereka pada 29 Jun lalu. Anda boleh dapatkan custom-made insole dengan harga menarik seperti dibawa:
Promosi Keluarga: Beli 2 Percuma 1
JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI UNTUK KAKI ANDA!
➰ ➰ ➰ ➰ ➰ ➰ ➰ ➰ ➰ ➰
S-011, 2nd Floor, Mid Valley Megamall
Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City
59200 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 10 pagi - 10 malam (Isnin-Ahad)
Website: JennOrtho.com.my | Facebook: https://www.facebook.com/jennortho/
Instagram: https://www.instagram.com/jennorthoworld/
13 comments
bestnya ada consultant tentang ni.kalau kat jb ni ada boleh try nanti.
ReplyDeleteSelalu main belasah je pakai kasut..hahah
kasut mmg takleh bantai beli,boleh effect tulang belakang kan .. bestnyaa ada consultant mcm ni kan.... good utk refer
ReplyDeletebagusnya ada tempat pemeriksaan kaki dekat midvalley. jharang2 ada tempat macam nie di shopping mall.okay nanti bolehlah singgah dan buat pemeriksaan
ReplyDeletebagus bila kita dapat tengok masalah kaki sendiri..dan boleh cari alternatif rawatannya
ReplyDeleteSeronok ada consultation sekali. Siap boleh custom made kasut ikut kesesuain kaki kita. Bagusnye
ReplyDeleteBagus ada servis camni. Bleh jaga postur tulang kaki dan cara jalan kita. Nanti nak pi cek jugalah. Hehe
ReplyDeleteYes betul ini sangat penting kerana dari kaki lah segala masalah boleh terjadi kita pun takut tengok tapi Alhamdulillah lepas buat check tu kaki kita ok normal lagi hehehehe..
ReplyDeleteYa inilah tempat terbaik untuk anda tuju jika ada masalah kaki...
ReplyDeleteWah baru tahu kaki pon kena jaga betul betul. Biasa beli kasut main tangkap muat je
ReplyDeleteBagus kan bila kita dapat custom made kasut . Ikut keselesaan dan kesesuaian kaki kita. Bagus sangat. Waima harga dia agak tinggi tapi ianya berbaloi ntk jangka masa panjang
ReplyDeleteSelalu jugak berdenyut kt tapak kaki ni. Teringin jugak nak tahu apa masalah dihadapi ni. Sebelum ni main pakai je kasut. Skrang ni pilih yg betol2 selesa je.
ReplyDeletemenarik ni..nak pergi lah nanti..kaki ni sakit sakit juga kadang bila jalan lama...maybe kasut tak sesuai kot
ReplyDeleteOh baru tahu... rupanya tapak kai yang tidak seimbang boleh effect pinggang juga ya.. . bagusnya konsultasi macam ni untuk mengetahui struktur kaki...
ReplyDeleteBlog Sofinahlamudindotcom