LOOK AT ME X MISS QUEEN UNIVERSE INTERNATIONAL 2019

by - December 28, 2018

Holla beautiful, 

Harini vainz nak war-warkan satu pertandingan antarabangsa yang bakal dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, YB Datuk Mohammadin bin Ketapi iaitu pertandingan Miss Queen Universe International 2019. Nak tahu apa yang menarik dalam pertandingan ini? Jom ikuti cerita vainz di Berjaya Times Square Kuala Lumpur.


MISS QUEEN UNIVERSE INTERNATIONAL 2019

Pertandingan ini semestinya lain daripada lain dimana setiap peserta akan melalui proses pembelajaran oleh jurulatih dari Filipina. Buat julung kalinya, Pertandingan MSUI'19 akan dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia. Dengan ini, pertandingan ini dapat menaikkan nama Malaysia malah Syarikat Look At Me Group sendiri di persada dunia.


Miss Queen Universe 2019 akan disertai oleh jelitawan dari Malaysia, Indonesia, Filipina, dan India. Semua peserta ini bukan sahaja akan mempamerkan kecantikkan meraka, tetapi akan mempamerkan bakat, kepandaian, kepelbagaian dan keindahan masing-masing. 

Antara faedah pertandingan MQUI'19 ini adalah untuk meningkatkan keyakinan, harga diri serta menimbulkan ikatan perpaduan dalam diri peserta. MQUI'19 merupakan platform yang bagus untuk membuktikan kepada masyarakat tentang kepentingan wanita serta kepandaian mereka. 

Pertandingan Miss Queen Universe International 2019 Grand Final akan diadakan di Manhattan Ballroom, Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur pada 26 Januari 2019 bermula jam 7 petang (1900).  Anda akan menyaksikan para peserta menmpamerkan baju kebangsaan masing-masing dan menjawab soalan yang diajukan.Majlis perasmian bagi MQUI'19 ini juga menjemput semua orang untuk menhadirkan diri bagi memeriahkan lagi majlis. Kalau anda perlukan maklumat lanjut, boleh hubungi Zahim (013 2035667) dan Erna (019 3613624). 

Bagi bakal Miss Queen Universe International 2019 akan membawa pulang trofi, mahkota (crown), wang tunai bernilai RM5,000 dan 6 bulan keistimewaan dari Look At Me. Banyak kan hadiah untuk peserta? tapi anda jangan lepas peluang sebab ada cabutan bertuah untuk tetamu. Jadi apa tunggu lagi, jom hadiri Pertandingan Miss Queen Universe International 2019 pada 26 Januari nanti.

Jumpa di sana ye semua.

Miss Queen Universe International 2019 mendapat sponsor daripada Look At Me Group Sdn Bhd dan Jamu Seri Queen. Boleh click link ini untuk check page Jamu Seri Queen.

    




You May Also Like

0 comments