IKEA X SAN FRANCISCO COFFEE
Holla,
Harini vainz nak kongsi dengan anda semua makanan yang sedap dan sesuai untuk menu merarau 'lunch' dan makan malam 'dinner'. Hari ini, vainz nak kongsi menu yang vainz pilih di IKEA dan San Francisco Coffee.
IKEA Cheras
Vainz mulakan aktiviti pagi ni dengan mencari pakaian dan kasut baru untuk tahun hadapan di MyTown Mall sebelah IKEA Cheras. Tapi disebabkan vainz tak sempat sarapan, vainz terus brunch (breakfast + lunch) di IKEA Cheras. Apa menu yang sedap dekat IKEA ni? Vainz jarang datang melawat IKEA, jadi kene cuba menu yang banyak permintaan. Jom tengok apa vainz pilih untuk merarau hari ni.
Kalau sebut IKEA je, mesti semua tengah membayangkan bebola daging IKEA yang popular tu kan? Semestinya bebola daging IKEA menjadi pilihan vainz untuk mencuba. Rasa bebola daging yang padat, kering dan gelap ini memang serasi dengan lingonberry jam, sos gravy, kentang lenyek dan brokoli yang dihidang sekali. Brokoli yang segar direbus dan kentang lenyek yang empuk memang memikat selera vainz.
Next, vainz pilih Chicken Chop. Rasa ayam yang dimasak ni memang padu, dengan sos lada hitam yang cukup rasa, tambah pula dengan brokoli rebus dan kentang goreng. Untuk lebih enak kena makan dengan sos cili dan bijih sawi. Set ini berharga RM12.90 sahaja.
Vainz tak kenyang lagi, kene tutup merarau dengan pencuci mulut. Untuk menu seterusnya, vainz ambil almond cake, croissant, dan creme caramel. Harga almond cake adalah RM6.30 dan kacang badam memang banyak ye. Untuk croissant pula berharga RM3.70 manakal creme caramel RM2.00 sahaja
Dan kenyang makan semua ni, vainz pun teruskan misi membeli barang keperluan kerja untuk tahun hadapan. Habis pusing satu MyTown Mall nak cari baju cantik. Banyak kedai yang menawarkan harga murah sempena Perayaan Hari Natal. Vainz pun ambil peluang shopping banyak-banyak. Bila dah penat berjalan, kene lah tambah tenaga. Vainz pun singgah sebentar di IKEA Cafe. Jadi apa menu untuk tea time vainz pulak? Vainz pilih Chocolate Cupcake dan Danish Pastry, memang sedap dan gebu.
Dah selesai di IKEA, vainz pun bergegas naik MRT untuk pulang ke rumah. Sebelum sampai rumah, vainz singgah sebentar di NU Sentral untuk makan malam pula. Hehehe. Restoran apa jadi pilihan vainz?
San Francisco Coffee
SFC terletak di ground floor tapi kene keluar dari NU Sentral dan berhadapan dengan valet parking. Vainz memilih SFC sebab sekarang ada pertandingan SFC Wave 2 Win Contest. Alang-alang isi perut, vainz pun cuba nasib untuk memenangi hadiah yang ditawarkan SFC. Nak tahu apa vainz pilih untuk makan malam?
Vainz pilih Chicken Bolognese dan Croissant with sliced smoked Turkey, cheese and eggs. Rasa chicken blognese memang sedap dengan sos tomato yang cukup rasa dan ketulan ayam yang banyak. Sandwich vainz pula memang padu, gabungan hirisan ayam Belanda yang disalai, telur yang tebal direbus dan keju yang meleleh memang menambat selera vainz.
Itu sahaja perkongsian vainz untuk menu makanan di IKEA dan San Francisco Coffee. Nanti vainz akan bawakan menu dan restoran lain yang menawarkan makanan yang sedap, dan memikat selera vainz dan anda semua. Boleh beri cadangan kedai makan yang anda suka di ruangan comment dibawah.
1 comments
sedappnya tgk makanan tu.
ReplyDelete