KENIKIR X RAYA
Holla,
Kali ini vainz nak kongsikan dua spesis bunga yang cantik sebagai hiasan halaman rumah anda.
Bunga kuning ini diberi nama Kenikir atau Cosmos Sulphureus. Tumbuhan ini sangat mudah untuk ditanam dan dijaga. Bunga ini hanya memerlukan cahaya matahari dan air yang mencukupi. Bunga ini melalui proses hidupan yang sekejap iaitu beberapa bulan sahaja. Kenikir mampu tumbuh dengan cepat sekali dan berbiji. Kenikir mampu menghiasi halaman rumah dengan warna kuningnya yang pekat mampu menarik perhatian setiap orang yang melalui rumah anda. Di halaman kampung vainz iaitu di Sungai Petani, Kedah banyak menanam bunga kenikir ini untuk menghiasi halaman rumah agar nampak lebih ceria dan cantik. Tambahan pula, bunga ini tidak memerlukan penjagaan yang rapi untuk mekar cantik seperti ini.
Daun pohon ini yang hijau, lurus dan tirus dijadikan sayuran seperti sayur urap. Mekarnya bungai kenikir ini membuatkan hari-hari vainz lagi bersemangat untuk beraktiviti di halaman rumah. Nak tahu kenapa? Sebab warna kuning menimbulkan rasa bahagia dan hasrat untuk bermain. Daripada sudut lain kuning mengandungi maksud optimis, semangat dan ceria. Vainz penggemar warna kuning dari kecil lagi. Sifat vainz pula suka tonjolkan diri dan ingin diperhatikan oleh orang lain. Ini merupakan sifat-sifat penggemar warna kuning.
Bunga Raya Puutih
Putih seperti salju, bunga ini diberi nama Bunga Raya Putih oleh orang Malaysia dan merupakan bunga kebangsaan Malaysia. Bunga ini berasal dari China dan nama saintifiknya 'Hibiscus rosa-sinensis L'. Bunga raya putih sangat indah dijadikan salah satu bunga tanaman di halaman rumah. Warna putihnya seperti salju menampakkan kesucian dan kebebasan.
Vainz suka bunga raya putih ini atas kecantikannya dan khasiat bunga ini. Mungkin ramai yang tidak tahu, bunga ini digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional Cina dan India bagi merawat pelbagai penyakit. Bunga raya merupakan sejenis pokok renek berkayu dan mempunyai kulit berwarna kelabu cerah. Pokok bunga raya juga mudah untuk dijaga, tetapi perlu memilih kawasan yang lapang untuk meberi ruang yang cukup untuk pokok ini berkembang.
Gambar-gambar bunga yang dapat vainz kongsikan ini merupakan koleksi bunga yang ditanam di halaman rumah vainz di Kedah. Nanti vainz kongsikan pula bunga-bunga lain ye. Ada pelbagai jenis bunga yang cantik untuk dijadikan tanaman lanskap.
0 comments