SHOPPING SAKAN DI SUPERSTORE JALAN-JALAN JAPAN
Holla reader👋
Pernah shopping barang preloved dari Jepun tak? Kalau belum, meh vainz nak cerita pasal satu Superstore Preloved iaitu JalanJalanJapan.Malaysia. Dalam ni korang boleh dapatkan pelbagai jenis barangan yang masih berkualiti dengan harga yang murah gilerr.
Superstore Jalan Jalan Japan sudah beroperasi beberapa tahun dan mempunyai 3 Supersotre di Malaysia, Kali ini ia akan membuka Superstore yang ke-4 di M3 Mall, Taman Melati, Gombak. Akan dibuka pada 18 Mei 2019. Lagi beberapa hari je lagi, korang jangan lepaskan peluang shopping disini ye.
Banyak kan vainz beli barang, nak tahu tak barang apa yang banyak sangat tu sampai 4 plastik besar? Untuk pengetahuan korang, Jalan-Jalan Japan merupakan satu Superstore pertama di Malaysia yang menjual barangan import dari Jepun dan semuanya berkualiti seperti baru. Di negara Jepun sudah menjadi kebiasaan bagi mereka untuk menjual semula barang mereka "preloved" bukan untuk duit, tetapi untuk kosongkan almari dengan baju lama dan akan digantti baju season baharu.
BAJU
Baju dekat sini semuanya cantik belaka, walaupun barang preloved tapi kualiti masih boek macam baru. Zul sempat beli denim, sweatshirt dan kemeja. Mana yang ada event tema Jepun sangat disarankan datang ke sini ye. Banyak kimono yang cantik-cantik, Murah je, yang labuh RM70 yang pendek RM40 je.
KASUT
Pusing-pusing terjumpa bahagian kasut, dah lama teringin nak beli kasut design tropika, finally jumpa juga. Korang kene datang usha sini, mana tahu ada kasut yang korang idamkan ada dekat sini. Harga pun murah, bermula daripada RM10 je.
MAINAN & FIGURA
Ibu bapa yang ingin hadiahkan anak-anak mainan, atau couple yang nak hadiahkan pasangan anda figura, wajib datang Superstore Jalan Jalan Japan sebab dekat sini korang akan jumpa pelbagai jenis mainan dan figura dari semua cerita di televisyen. Harga jangan cakaplah memang murah habis. vainz sempat borong mainan nak hadiah dekat sepupu, hehe.
HIASAN DAN KEPERLUAN RUMAH
Korang baru pindah rumah? why not datang sini dan penuhkan rumah korang dengan hiasan yang lawa dan murah. Hiasan rumah seperti bakul, wallpaper, gelas dan macam-macam lagi ditawarkan bermula dengan harga RM1. Vainz beli periuk dan bekas tapis pinggan RM40 & RM9 je, tengok gambar dekat bawah, cantik kan?
Jom ikut vainz shopping di Jalan Jalan Japan
Jalan Jalan Japan M3 Mall
WILL OPEN SOON
18th May 2019
🌎Jalan Madrasah, Jalan 1/22A, Taman Melati, 53100 Kuala Lumpur
16 comments
this place never fail me, I like to go there to shop. I like check out the preloved item but sometimes I feel nothing much to see at One City, mayb I need try out other outlets too.
ReplyDeleteAmboi.
ReplyDeleteSakan dia memborong ye.
Macam mana balik angkut barang tu semua?
haha.
Rawlins rasa macam nak pergi lagi sebab ada barang lagi yang dikehendaki hati ini.
Wah! Waima preloved tapi semua barang nampak baru dan masih baik terjaga. Bagus org Jepun ni kan? Tak sangka sampai buka mall ntk jual semula brg² preloved. Teebaiklah. Harga pon berbaloi
ReplyDeleteDah pergi jugak. Serius memang murah murah harga dia. Hari tu ada target la creuset punye cookware tapi terlebih bajet. Tapi memang harga die lebih 50% off
ReplyDeleteSatu perkongsian yg menarik kpd sesiapa yang belum pernah menjejakkan kaki ke sana untuk membeli belah. Barang2 yg dijual pun nampak menarik.
ReplyDeleteBelum pernah pegi, teruja tengok semua barang² yang ada masih elok cantik. Harga plak sangat mampu beli. Mau ku borong sakan ada kay sana, dan confirm dari pagi sampai ke petang dok dalam tu aje. HAhaaa
ReplyDeleteKalau pergi sini memang tak ingat dunia nak shopping .Akak pun jadi rambang mata nak beli apa kat sini. Rasa semua nak beli. Tapi akak banyak beli barang barang anak anak
ReplyDeleteSeronoknya dia berbelanja kat sini. Macam2 eh membeli. Jalan jalan japan mmg best terutama kalau kita mencari barangan rare
ReplyDeleteWahh banyak nampak shopping? Memang best shopping kat JJJ ni..dah lah murah banyak pilihan pulak tu. Sis ada jugak le ke jjj kat cheras. Nanti nk gi lagi lah
ReplyDeletenever been hoping here.. one day ajak my kid go shopping around there on weekend. sure will get some ideal barang ..hehe
ReplyDeletememang akan shopping sakan ye dekat Jalan2 japan ni..nad dah pernah pergi..masa event tapausab..gile meroyan tengok semua barang murah dan masih elok..mau tak beli banyak..hahaa
ReplyDeleteBestnya dapat shopping banyak dengan harga murah. Bila lah dapat gi sana. Geram tengok org lain gi shopping macam2
ReplyDeleteFirst time dgr Jalan Jalan Japan. Dkt dah dgn office suamin lepas ni nak heret dia dtg. Hahaha.
ReplyDeletepernah tengok kat tv pasal tempat ni..tapi tak berkesempatan lagi nak pegi...insyaallah minggu depan akan pegi kat cawangan ni. mainan tu yang menarik perhatian
ReplyDeleteUish makin bertambah lah tempat aii nak bershopping hehe. Mmg best Jalan Jalan Japan, walaupun preloved tapi masih elok & baju bajunya tak berbau mcm kat sesetengah kedai preloved lain.
ReplyDeleteZul, cantik la gambar dalam ni. Rasa nak pi je JJJ sekarang! Akak nak mencari barang untuk deko rumah. Hehehe. Cawangan ni paling dekat dengan rumah akak. Hehehe
ReplyDelete