MAKANAN WARISAN TOK KINI DI SISIK RESTORAN IKAN BAKAR

by - August 06, 2019


Holla 👋

Anda sedang lapar dan masih mencari restoran untuk singgah? Apa kata pergi ke Sisik Restoran Ikan Bakar sekarang. Kalau tak tahu jalan, tekan je link ini --> Google Maps

Kali ini vainz ingin kongsikan kepada anda semua mengenai satu restoran yang mengekalkan resepi masakan Melayu yang menyediakan juadah Warisan Tok pastinya memikat selera anda. Di Sisik Restoran Ikan Bakar, terdapat dua waktu operasi iaitu:
🍛 Masakan Melayu Asli 
      8:00 pagi - 4:30 petang
      Menu utama: Asam Pedas Telur Ikan Mayong, Telur Sotong & Siakap
🍤 Masakan Berasaskan Makanan Laut
      5:00 petang -12:30 malam
      Menu utama: Asam Pedas, Ikan Bakar, Daging Bakar & Sotong Bakar Madu

Bagi warga Lembah Klang, anda semestinya sudah mengenail restoran ini sebagai Restoran Resepi Warisan Tok yang telah ditubuhkan sejak 2013. Restoran ini kukuh berniaga kerana menegahkan masakan melayu asli yang menjadi rebutan ramai warga kota. Jika anda berkesempatan ke sini, anda akan dapat merasai makanan resepi asli campuran Pahang, Negeri Sembilan, Selangor dan Melaka.

Antara perkara lain yang memikat selera vainz untuk makan malam disini adalah kerana bahan mentah yang digunakan segar dan cara masakkannya juga bersih. Dah bersedia nak saksikan juadah yang disediakan disini? Scroll sampai habis ye!

JUADAH MASAKAN MELAYU ASLI


NASI LEMAK BULUH PERINDU
Nasi Lemak Buluh Perindu ini merupakan menu utama yang dihidangkan disini. Nasi lemak yang dimasak dalam batang buluh ini sangat wangi dan hijau nasi itu datangnya dari daun pandan.

SOTONG BAKAR MADU

SIAKAP MASAK BEREMPAH

SIPUT PEPAHAT MASAK BERLADA
Rasa pedas yang lekat pada siput ini betul-betul buatkan vainz tenganga kepedasan. Rasanya sangat enak kerana masak berladanya yang cukup rasa, cukup garam gula dan cukup pedasnya.

KUPANG BERLADA

SIAKAP STIM HIJAU

UDANG GORENG BEREMPAH

STEAMBOAT
Bagi peminat steamboat, anda juga boleh datang kesini untuk merasai kuah tomyam dan sup yang dihidangkan bersama bahan steamboat mampu buatkan anda kekenyangan. Sayur dan sotong yang disediakan juga segar ye.

Bagi pendapat vainz, Sisik Restoran Ikan Bakar ni sangat recommended! Dah penat shopping dekat GM Klang bolehlah terus singgah restoran ni untuk makan sebelum pulang ke rumah. Rasa makanan dekat sini semuanya sedap dan pedas seperti masakan orang Negeri Sembilan. Suasana restoran yang tenang dapat memberi kedamaian ketika vainz makan bersama rakan. Dan tidak lupa juga servis yang diberi sangat tiptop! Pelayan disini baik dan manis orangnya.

Jika anda ingin membawa keluarga untuk makan besar, boleh ambil set dan pakej yang ditawarkan dengan harga yang berpatutan.


SISIK RESTORAN IKAN BAKAR
Lokasi: Hadapan GM Klang
No 32 Jalan Kasuarina 1/KS7 


Bandar Botanic, 41200 Klang Selangor

WhatsApp: +60192263004 

You May Also Like

18 comments

  1. Aduiii... Sedapnya lauk2 dia... Adudu kakkkkk... Terliur tengok lauk2 dia kak😝

    ReplyDelete
  2. wah. terkenang nasi buluh di perak nun.
    suka! nice... hijau plak tu.
    sotong tu, aduh :) ngencesss...
    ada stimbot. perfect.
    pilihan makanan yg pelbagai. camni lah baru on, kan :)

    ReplyDelete
  3. paling suka asam pedas. sebelum ni nak cari asam pedas kena pergi kl. sekarang dah tahu port makan baru!

    ReplyDelete
  4. You make me hungry and I like your food photography

    ReplyDelete
  5. nampak sedap! tapi macam jauh lah pulak.. in shaa Allah kalau ada urusan nak ke Klang, akan singgah ke restoran ni sebab saya dan keluarga memang pencinta makanan laut. :) terima kasih share ya

    ReplyDelete
  6. Jauhnya zul pi makan. Tapi menunya nampak sedap. Next kalau emi ke GM Klang, nak singgah makan kat kedai ni la. Selalu jugak emi pi cari barang dekat GM Klang.

    ReplyDelete
  7. Aduh, bila tengok menunya. Rasa lapar. Hehe.

    Ramai blogger yang review pasal restoran ni. Mesti sedap sangat menu kat sana ni.

    InshaAlllah nak cuba juga 1 day. Tak lah jauh mana dari rumah Ruby.

    Sotong bakar madu tu look delicious . Yummy!

    ReplyDelete
  8. Lapar pulak rasanya, seafood dia semua fresh fresh, baru best makan ni.

    ReplyDelete
  9. Seafood die nampak fresh dan menarik minat kita la untuk mencubanya..aiseyy, nampak makanan je mula la terdetik rasa nak cuba..ok da boleh plan nak makan mana lepas nie..trma kash share lokasi makanan seafood yg fresh dan sedap nie..

    ReplyDelete
  10. Sotong bakar madu menarik perhatian ku pulak . Amacam taste dekat kedai ni? 5 star tak? Dekat je ni klang dari shah alam. Why not give a try kan

    ReplyDelete
  11. Semua makanan semua menyelerakan.. Kalau Naim ke sana, Insha Allah nak cuba semua makanan ini. Terima kasih berkongsi lokasi kedai ini.

    ReplyDelete
  12. terliur tengok sotong bakar tu haaa ,nanti nak dtg trylah ....pepahat tu pun suka jarang dapat ...biasanya restoran yg dekat ngan pantai jer ada hidang pepahat tu ..

    ReplyDelete
  13. Nasi lemak dia tu menarik perhatian sebab warna hijau. Tak pernah jumpa lagi nasi lemak warna hijau tu. Seafood pun nampak segar semua. Boleh nanti kalau teringin nak makan seafood makan kat sini je.

    ReplyDelete
  14. Lauk pauk dia sedap giler. Suka dengan masakan tradisi melayu. Plg win lauk asam pedas dan tempoyak.

    ReplyDelete
  15. omgggggggggggggg the Nasi Lemak Buluh Perindu and sotong madu look amazing. x sabar nk try, thank you so much for sharing these info!

    ReplyDelete
  16. sedapnya semua..makanan seafood semua..kita suka..wah dekat klang ye..bolehla cuba nnati..kalau balik klang..terliur tengok...

    ReplyDelete
  17. Haha dah pemes dah restoran ni kan dengan review dari blogger. Rasanya dah berapa ramai dah yang singgah buat review kat restoran ni. Confirm keyword sisik ikan bakar boleh naik :) terbaiklah review ni..

    ReplyDelete
  18. Aduihai tengok menu seafood & ikan memang fresh & sedapnya. Kalau pergi area GM Klang nanti boleh lah singgah makan kat sini.

    ReplyDelete