NAK KAHWIN? JOM SERBU MAGICA EVENTS & FUNCTIONS HALL

by - June 24, 2019

Holla 👋,

Vainz baru je menghadiri prebiu Eksklusif Dewan Acara Terbesar di Subang. Jadi vainz nak kongsikan pada anda semua apa yang menariknya untuk adakan majlis terindah anda di sini.

MAGICA EVENTS & FUNCTIONS HALL @ SUBANG

          Dewan acara terbaru dan terbesar di sekitar kawasan Subang dengan menawarkan 3 dewan utama yang tersergam indah bertahtahkan konsep hiasan dalaman Eropah moden serta dilengkapi dengan fasiliti yang memudahkan anda untuk mengadakan acara dan majlis. Dengar saja perkataan Magica terus memberi persepsi tinggi dan menarik dalam fikiran vainz. Semestinya dewan-dewan Magica ini dihiasi dengan indah sekali.

          Magica Events Sdn Bhd beroperasi sejak 1965 dan merupakan syarikat pilihan ramai warga Utara bagi majlis perkahwinan Melayu dan Cina. Syarikat ini yang bermula di Penang telah mengembangkan sayap perniagaan mereka dalam industri ini ke Lembah Klang dengan memnampilkan dewan yang seluas 36,000 kaki persegi serta mampu memuatkan 7,000 orang tetamu pada satu masa.

          Vainz berpeluang menyaksikan 3 dewan agam MAGICA iaitu Magical Hall, Classic Hall dan Garden Hall. Ketiga-tiga dewan ini mampu berfungsi secara berasingan dengan rekaan dalaman yang indah dan dilengkapi fasiliti serta kakitangan yang mesra dan profesional. Semua dewan MAGICA memukau vainz dengan keindahan konsep Eropah moden, bunga-bunga yang menghiasi dewan, serta lampu-lampu yang mengikut rentak muzik.

MAGICAL HALL

         Magical Hall merupakan dewan utama yang menampilkan rekaan dalaman ekstravaganza dimana dekorasinya dipenuhi dengan juntaian kepolak kaca serta kristal yang bergemerlapan. Hiasan ini akan berubah mengikut warna lampu yang ditetapkan mengikut tema majlis. Nampak tak lantai kaca tu? Haa yang itu merupakan laluan peragaan yang selalunya dijadikan walkway fashion show, ia juga memberikan kesan kemewahan apabila pengantin melaluinya untuk pergi ke pelamin. Lantai kaca berukuran 22 meter ini bercantum dengan pentas yang dihiasi bunga-bungaan serta pelamin yang tersergam indah disana.


          Konsep magical ini terserlah indah dengan dekorasi yang menakjubkan serta sistem penataan cahaya canggih yang syncronize dengan rentak muzik yang dimainkan. Semasa prebiu ini, vainz dapat saksikan pengubahan cahaya yang cantik, indah dan tepat mengikut rentak muzik. Fasiliti canggih ini mampu memukau seluruh tetamu yang hadir.

Magical Hall
➰3,000 - buffet style
➰700 - dome style

CLASSIC HALL

         Classic Hall yang berkeluasan 12,000 kaki persegi dihiasi dengan pentas, pintu masuk yang ditatarias serta bunga-bungaan yang indah dan hamparan karpet merah. Dewan ini dilengkapi dengan sistem penataan cahaya dan AV mampu memberikan kesan dramatik serta mampu memberi kesan prestij kepada majlis anda.

Classic Hall
➰3,000 - buffet style
➰700 - dome style

GARDEN HALL

         Garden Hall merupakan dewan bersaiz sederhana , sesuai untuk mengadakan majlis akad nikah atas persandingan secara kecil-kecilan. Dewan ini menampilkan konsep ala hutan hijau persis taman nan damai dengan sebuah pohon redang di tengahnya serta juntaian daun-daun menghiasi langit dewan. Kicauan burung dan deruan air terjun menghiasi irama dewan ini seperti berada di taman.

Garden Hall
➰700 - buffet style
➰250 - dome style

VIP SUITE ROOM

         VIP SUITE ROOM merupakan ruang yang sesuai bagi pelanggan yang ingin mengadakan mesyuarat atau menganjurkan majlis kecil-kecilan. Ruang ini mampu mmenampung 40 sehingga 80 orang pada satu masa. Terdapat 2 bilik suite VIP yang fleksibel bersama ruang legar luas bagi memenuhi keperluan majlis.

FASHION SHOW




          Sambil menikmati hidangan yang disediakan, vainz disajikan dengan pertunjukan fesyen yang menampilkan koleksi baju pengantin daripada Putree Bridal dan KYBC. Cantik sekali setiap koleksi yang dipamerkan, begitu indah jika dipakai semasa majlis resepsi anda.

MAGICA PERTNERSHIP








         MAGICA EVENTS SDN BHD mempunyai ramai katerer, wedding planner dan wedding service yang akan mencantikkan dan memeriahkan suasana majlis raja sehari anda. Kerjasama ini akan membuatkan anda lebih mudah untuk menguruskan majlis anda, hanya one stop centre anda akan mendapat segala yang diperlukan untuk menjayakan Majlis Perkahwinan anda.

KATERER RASMI

🍛Felda D'Saji
🍛TEAFFANI CATERING
🍛SEGI SERI
🍛ZAI SRI GEMILANG
🍛KENCANA CATERING ROSE CATERING

PENGURUS PERKAHWINAN RASMI

👰SANGGUL EVENT
👰SASES EVENT
👰NR WEDDING & EVENTS
👰GREAT CREATION EVENT CREATIVE PLANNER

RAKAN KHIDMAT PERKAHWINAN RASMI

💅KAD KAHWIN MU
💅ATELIER PORTO
💅MIEZIPRO
💅KLWGF
💅PRETTY DOLLS

MAGICA @ Star Avenue Lifestyle Mall
Level 4, No.3, Jalan Zuhal U5/179, Pusat Komersial Arena Bintang
Seksyen U5, 40150 Shah Alam, Selangor, Malaysia
📱 012-678 7795          Facebook MAGICA SUBANG          Instagram MAGICA AT SUBANG  

You May Also Like

14 comments

  1. Cantik sungguh la dewannya terutamanya yang banyak bunga-bunga tu. terpegun kejap tengoknya. Ala ala kahwin kat dalam taman inggeris gitewww. Kalau katerer D'Saji dah boleh makan tanpa was was dah ni.

    ReplyDelete
  2. wah, cantik sangat2 dekorasi semua hall yang ditawarkan oleh Magica Halls ni. nak feeling2 wedding dalam garden pun ado. best yer.. nasib dah lama kawin.hehe. boleh la berangan untuk wedding anak-anak nak buat kat sini

    ReplyDelete
  3. Cantik gila! Suka betul tema bunga kepuk kepuk banyak macam ni. Nampak cantik sedap mata memandang. Dulu kahwin nasib sempat pelamin bunga kepuk haha

    ReplyDelete
  4. ala ingat Zul nak kahwin dah tadi hehehe buat jemputan besar-besaran kat dewan mewah macam ni.. Kita suka tengok dekorasi dewan ini sangat cantik dan meriah mewah giler....

    ReplyDelete
  5. Wahhh nampak cantik betul dewan2 yang disediakan Magica nie. Kalau nak khwin tu, better pilih dewan dari Magica nie. Nampak eksklusif dan boleh muatkan ramai tetamu dalam satu masa. Plus, siap tawar dlm bentuk pakej, lengkap semuanya.

    ReplyDelete
  6. Suka sangat decoration @ Magica Hall tu. Memang nampak sangat magical. Kalau kahwin situ, memang konsep fairy tale sangat-sangat sesuai

    ReplyDelete
  7. Wowww memang magical sangak Magica ni! Terasa macam dalam cerita princess fairy tale. Nasib dah kahwin kalau tak mesti demand nak kahwin kat sini gak hahaha

    ReplyDelete
  8. Magica Halls ye
    Best nyer.. Mujur I dah lama kawin. Hahaha kalau tak I nak jugak fefeeling garden gittew. Tapi takpe la, aet goal untuk held majlin kawin anak pulak la kot.

    ReplyDelete
  9. fuh.. cantik dan elegan je kalau buat majlis kahwing dekat Magica Halls ni.. dewannya besar dan luas.. nak pulak dihiasi dengan dekorasi ala garden gitu.. lawaa

    ReplyDelete
  10. Fuhhh terbeliak mata tengok decoration magica ni... Yelahh gah sangat kalah artis punya.. Huhu... Cukup duit pe smua dptla merasa suasana cmni kan.... Hihi..

    ReplyDelete
  11. nak imagine sendiri alami kemeriahan dan kemewahan bersanding tu.. memang tak terjangkau lah buat masa ni. huhu. but very nice bila dah ada konsep macam ni ready for any bridal. wedding designer pun tak pening nak deco ke apa, semua dah ada dan siap tersedia.

    ReplyDelete
  12. eh segi seri katering tu collaborate dengan laman kayangan jugak, no doubt sedap lah katering magica ni. Dah la cantik tema wedding dekat sini. Berbaloi siapa yang buat wedding event dekat sini.

    ReplyDelete
  13. omg cantiknya decor dia mmg part stage kaca n bunga2 tu plg lehtop!! serius cantik sgt sukee ahhaha pompuan2 btw catering pun ada dsaji hehe ni mmg sedap!! thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  14. Numpang promo ya Admin^^
    ingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat
    ayo segera bergabung dengan kami di ionqq^^com
    add Whatshapp : +85515373217 || ditunggu ya^^

    ReplyDelete