AWESOME HOLIDAYS WITH BARBIE & HOT WHEELS

by - November 21, 2019

Holla 👋,

Haaa cuti hujung tahun dah bermula esok! Ibu bapa dah bersedia dan rancang ke nak bawa anak-anak anda ke mana? Kalau belum, meh sini vainz kongsikan satu tempat menarik yang boleh menghiburkan anak-anak anda lelaki dan perempuan. Kira one stop centre untuk bercuti di sini. Di mana? Tentulah di Sunway Lostworld of Tambun!

Sunway Lostworld of Tambun ni dah terkenal dari dulu lagi, bagi sekolah-sekolah di kawasan utara Malaysia pasti akan buat kunjungan disini kerana tempat ini memang seronok dan selamat. Yang paling menariknya, tahun ini Sunway Lostworld of Tambun dengan kerjasama  Mattel akan membawa dua ikon kanak-kanak iaitu Barbie dan Hot Wheels. Awesome Holidays di sini akan bermula 23 November sehingga 31 Disember 2019 iaitu sepanjang cuti sekolah hujung tahun. Jadi ibu bapa boleh mula merancang percutian anda disini.



You Can Be Anything!

Jelajah Barbie 'You Can Be Anything' sempena 60 tahun ini diumumkan oleh Mattel yang memberikan banyak inspirasi tanpa batasan kepada setiap gadis disini. Sebut saja Barbie, pasti anak anda mengenali beliau dengan pelbagai jenis watak yang dibawakan. 

Di Sunway Lostworld of Tambun, anak-anak anda boleh menjadi seperti Barbie dengan meneroka pelbagai jenis aktiviti menarik yang disediakan disini. Yang paling menarik adalah, Barbie Alive juga ada disini, jadi anak anda boleh Meet and Greet serta bergambar bersama Barbie yang cantik disini. Vainz pasti ramai gadis diluar sana yang ingin menjadi seperti Barbie! Jadi cuti sekolah ini adalah peluang keemasan untuk merealisasikan impian anak-anak anda dengan mengunjungi Lostworld of Tambun dan menerokai zon Barbie You Can Be Anything! 

Antara aktiviti menarik yang bakal merealisasikan anak anda adalah:
💖 Meet and Greet
💖 Hi Tea with Barbie
💖 Mendandan rambut
💖 Menghias patung Barbie
💖 Bermain koleksi terbaru
.... dan banyak lagi!


Barbie yang sudah wujud selama 60 tahun dan memberikan inspirasi kepada gadis-gadis kini mampu meningkatkan imaginasi dan memberi contoh terbaik kepada semua kanak-kanak. Lisa McKngiht iaitu Pengurus Besar Barbie pernah berkata "Selama 60 tahun, Barbie merupakan gadis yang berjaya, memberi inspirasi kepada pelbagai generasi untuk mempercayai dan memberikan mereka pelbagai pilihan kerjaya. Barbie akan terus berkembang menjadi contoh moden serta relevan untuk semua peringkat umur."


Challenge Accepted!

Anak lelaki anda merupakan peminat lumba kereta dan Hot Wheels? Kini mereka boleh mencabar diri dengan melawati trek perlumbaan di Sunway Lostworld of Tambun! Vainz nak kongsikan kepada anda aktiviti menarik yang sesuai untuk kanak-kanak lelaki, iaitu lumba basikal oleh Hot Wheels  jam 4 petang setiap hari dan berpeluang memenangi hadiah premium dari Hot Wheels!

"Hot Wheels telah menyemarakkan semangat pencabar dalam generasi kanak-kanak selama lebih dari 50 tahun dan kini memperjuang belia dalam pelbagai suka yang menguji kemampuan ke tahap maksimum dan memperbaiki kemahiran mereka" kata Ricardo Briceno, Pengarah Kanan Hot Wheels

Sambil menguji kehebatan anak anda berlumba, mereka juga bakal memenangi hadiah yang menarik dari Hot Wheels! Pakej Awesome Holiday, Time to Play yang direalisasikan di Sunway Lostworld of Tambun dibawa khas oleh Mattel iaitu sebuah syarikat global hiburan kanak-kanak yang terkemuka dalam mengeluarkan reka bentuk dan mainan yang berkualiti kepada pengguna.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Lost World of Tambun boleh klik sini 


You May Also Like

10 comments

  1. Wah. Meriahnya percutian kat LWOT. Rawlins paling suka mainan Barbie tu semua - all the baju dan juga kelengkapan rumah dia buat Rawlins teruja.

    ReplyDelete
  2. Memang meriah hari tu dekat LWOT. Seronok tengok budak2 happy bila nampak barbie ngn hotwheels tu

    ReplyDelete
  3. Bagus event Dan program mcm no. Masa yang sangat tepat. Anak anak Mat Drat mesti bertambah suka ke Tambun Lost World ni bila ada hotwheel n Barbie ni

    ReplyDelete
  4. Kalau tgk dari segi gambar, cantik jgk tmpt lost world of tambun ni. Byk tumbuh2an. Takdelah panas mcm yg dkt johor tu. Nanti free nk join jgk la

    ReplyDelete
  5. Bestnya..bukan budak2 je suka, mak pak budak pun sure teruja kan..:). Sis kalau ajak anak ke sini walau dia dah besar..sure dia pun melompat suka ni..hehrhe

    ReplyDelete
  6. Nasib baik lost world of tambun ni jauh. Kalay dekat hari hati akak datang bawa anak anak. Dorang minat dengan barbie ni. Kalau tengok depan mata diorang lagilah dorang suka

    ReplyDelete
  7. mesti meriah sangat lost world of tanbun cuti sekolah tahun ni dengan family dan budak budak. sape tak minat barbie dan hit wheels kan.

    ReplyDelete
  8. HAppy tengok muka budak-budak tu dapat jumpa karektor Barbie dan juga Hot Wheels. Mesti cuti sekolah nanti lagi ramai budak-budak yang datang kan. Tapi berbaloi sebab alang-alang dah sampai LWOT tu boleh explore attraction kat dalam tu skali kan

    ReplyDelete
  9. Bestnya dapat jumpa barbie..aktiviti pun best..siap ade hotwheel, mainan untuk anak-naak..kene pergi ni..tak pernah bercuti dekat sana lagi

    ReplyDelete
  10. Wow ad barbie dan hot wheel. Meriahnya LWOT ni. Nak join nanti. hehehe

    ReplyDelete