TEKNOLOGI VR KINI MENGGUNAKAN CARDBOARD

by - November 20, 2019

Holla 👋,

Anda mesti teruja untuk merasai pengalaman baharu dengan teknologi terkini Virtual Reality (VR), bukan? Kini anda tidak perlu keluarkan ribuan ringgit untuk merasai pengalaman ini kerana Urban Nomads telah menghasilkan 3Sixty VR Cardboard yang ergonomik, murah dan yang paling best boleh customize design sendiri pada VR anda.

Visual Reality (VR) Technology

Bila bercakap mengenai VR, pasti anda rasa tertarik kerana ia sedang hangat dipasaran. VR merupakan teknologi terkini yang mampu memberikan gambaran sebenar sesuatu tempat, kawasan, produk dengan kuasa 360 degree. Jadi ia mampu menjimatkan tenaga dan masa anda untuk pergi ke tempat tersebut kerana anda dapat melihat semuanya hanya menggunakan VR. Tetapi kos untuk sebuah VR memakan belanja ratusan hingga ribuan ringgit.

3Sixty VR Cardboard

Oleh itu, wujudnya satu produk dari Urban Nomads bagi anda yang ingin membeli VR dengan banyak untuk event, giveaways atau hadiah dari jenama anda sendiri. Urban Nomads menghasilkan 3Sixty VR Cardboard yang boleh letak logo brand anda pada VR tersebut. Jadi, pelanggan, peminat anda akan sentiasa melihat logo branding anda dan mampu meningkatkan brand awareness produk dan syarikat anda.

Ciri-ciri 3Sixty VR Carboard:
1. Lebih mudah dihasilkan, murah dan pantas dalam menghasilkan dalam kuantiti yang banyak
2. Mudah untuk customize rekabentuk sendiri dan letak logo
3. Ringan dan ergonomik.

Urban Nomads

Urban Nomads menyaksikan potensi VR Cardboard pada awal dan mula mengumpulkan ahli pasukan dan rakan-rakan untuk menghasilkan VR Cardboard berjenama yang direka khas untuk syarikat.

Sepanjang tahun, Urban Nomads telah membantu banyak syarikat besar yang mereka bentuk VR Cardboard berjenama sendiri. Antara syarikat yang menggunakan khidmat mereka ialah Maybank, Maxis, Lembaga Pelancongan Singapura, Monash University Australia, dan banyak lagi.

Di samping itu, VR Cardboard juga sesuai dijadikan goodies semasa Majlis Perkahwinan. Bagi pengantin yang mahu mendokumentasikan perkahwinan mereka secara keseluruhan dalam 360 format video, supaya mereka boleh menghidupkan kembali masa itu pada masa akan datang. Urban Nomads membantu mereka merancang VR Cardboard dengan nama pengantin padanya untuk diberikan sebagai goodies pada majlis perkahwinan mereka

Yang paling menarik mengenai Urban Nomads adalah mereka mampu menghasilkan pengeluaran yang banyak dalam jangka masa yang singkat seawal 3 hari sahaja! Mereka memahami keperluan pelanggan dengan baik dan oleh itu meletakkan kelajuan sebagai keutamaan utama Urban Nomads terhadap perkara-perkara lain.

3Sixty VR Cardboard dibina menggunakan Cardboard E-flute yang berkualiti. Berbanding dengan jenis cardboard lain, Cardboard E-flute lebih nipis tetapi lebih tahan lama. Ini memudahkan proses mencetak pelbagai reka bentuk pada kadbod dengan menggunakan pelbagai teknik percetakan tanpa merosakkan ketahanan VR Cardboard.

Jika anda berminat untuk membeli secara pukal sebagai hadiah, giveaway atau brand awareness product, boleh lawat Facebook https://www.facebook.com/3sixtyVR/ atau Laman Web mereka http://360vrcardboard.com/



You May Also Like

10 comments

  1. Wah!!!!!!! Menarik sungguh product nie. Thank you for sharing ya. Have a good day and take care.

    ReplyDelete
  2. boleh la tengok video vr youtube guna cardboard ni.. kena beli satu nie

    ReplyDelete
  3. Menarik juga ni ..akan difikirkan untuk diketengahkan pada bos . Mana tau bos setuju order as a goodies untuk company

    ReplyDelete
  4. Kreatifnya! Buat goodies tu is a good idea. Mesti orang yg terima pun suka sebab lain daripada lain konsepnya. Nice info!

    ReplyDelete
  5. setahu iza VR cardboard ni dah lama. tapi macam tak ada orang amik peduli pun sampai wujudnya VR yg canggih tu. teringin giler nak tgk guna vr cardboard ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. exactly! benda lama dalam 2-3 tahun cumanya dulu tak banyak video yang support. sekarang bila dah ada applikasi dan video yang support 360 video baru hangat dipasaran kembali produk ni ^_^

      Delete
  6. sangat kreatif! bolehlah guna vr cardboard ni. selain menjimatkan kos dan murah. nice info :)

    ReplyDelete
  7. Wahhh i sebenarnya nak tahu macam mana benda tu kelihatan bila.pakai.. macam menarik ya .. nanti i bagitahu husband i kalau dia berminat dengan benda nii thanks for sharing

    ReplyDelete
  8. Wah hebatnya.. dr kadbod semata. Satu kemajuan dlm bidang sains dan teknologi yg cukup dibanggakan

    ReplyDelete
  9. Menarik. Qiss dah cuba VR ni. Kalau tengok cerita hantu memang nampak real tau. Terkejut je. Tapi memang best. Qiss nak beli nanti. Best tengok movie pakai ni

    ReplyDelete