PUSAT JUALAN DARI NEGARA MATAHARI TERBIT - KURASI (LIFESTYLE)
Holla fashionista 👋
Haritu vainz baru je jalan-jalan dekat Quill City Mall yang bersebelahan dengan uniKL, banyak juga kedai yang dah tutup dan ada beberapa lot kedai yang sudah bertukar. Dulu selalu shopping barang sekolah dekat Aeon sini sebab waktu Christmas akan ada banyak promosi. Tapi Aeon pun dah takde, jadi vainz pun jalan-jalan 'window shopping' satu mall dan hati ni nak sangat masuk Kurasi Outlet, kedai yang baru buka September 2019 lepas.
Apa maksud Kurasi? Apa barang yang dijual? Kurasi adalah bahasa Jepun yang membawa maksud Gaya Hidup (lifestyle), kedai ini merupakan sebuah pusat jualan barang yang berasal dari Negara Matahari Terbit (Jepun). Ada pelbagai jenis barangan yag dijual seperti baju, seluar, perkakas rumah, mainan, kasut, bag, dan macam-macam lagi!
Vainz ada baca di website mengenai kedai ini, Kurasi mempunyai 3 bahagian iaitu Kurasi Outlet, Kurasi Select dan Kurasi Gallery. Kenapa ada 3 bahagian dalam satu premis? Kurasi membahagikan setiap bahaian mengikut jenis produk yang dijual.
1. Kurasi Outlet
Bahagian yang mempunya pelbagai jenis pakaian dan kelengkapan rumah yang mampu milik dan berkualiti. Ada tuala, bag, baju, kotak simpanan dan lain-lain lagi
2. Kurasi Select
Bahagian ini pula terletak di hadapan premis kerana Kurasi menghimpunkan pelbagai jenis pakaian dan fesyen terbaru, premium serta segar dari Jepun. Kalau anda suka mengikut trend terkini boleh cari pakaian baharu di bahagian ini dengan mudah.
3. Kurasi Gallery
Bahagian ini mempamerkan barang jualan seperti cenderamata, barangan bermusim yang mempamerkan budaya Jepun. Ada pelbagai jenis t-shirt bercorak lukisan Jepun, kipas tangan, bag kecil dan macam-macam lagi.
Bagi yang mencari pakaian dan barangan bayi, vainz nak cadangkan anda datang disini dan lihat sendiri barang yang dijual. Baju bayi yang pelbagai size, corak dan fesyen akan buat anda rambang mata.
Anda bawa anak kecil? Jangan risau sebab disini dilengkapi dengan sudut kanak-kanak berdekatan bilik persalinan. Anak-anak anda bolehlah bermain sambil menunggu anda memilih barang dan membeli belah. Sangat selesa untuk datang membeli belah disini kerasa semuanya dilengkapi dan pembantu jualan juga ceria dan sedia membantu anda.
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
LOT 1-30A, ARAS 1, QUILL CITY MALL
1018, JALAN SULTAN ISMAIL,
50250 KUALA LUMPUR
FACEBOOK: kurasimalaysia
INSTAGRAM: kurasi_malaysia
19 comments
thanks sharing, first time tahu pasal Kurasi ni. nanti nak terjah lah quill city mall. nampak banyak barang2 best kat sini
ReplyDeleteKurasi ni anak Sis laa yang selalu pergi keluar masuk..dia memang kata best tempat ni...dan pernah belikan Sis sesuatu dari Kurasi ni..tak silap stokin bulu hahahaha
ReplyDeletecomelnya nama kedai dia, Kurasi. First time kewujudan store ni. Suka tengok baju dia, banyak yang cantik-cantik
ReplyDeleteWow!!!!! Saya day nampai kedai Kurasi NIe. But x pernah masuk. Nampak menarik juga. Thank you for sharing your review.
ReplyDeletebelum pernah sampai ke quill city mall ni walau duduk area klang valley. first time juga dengar nama outlet kurasi, kalau singgah sini saya nak tuju ke bahagian kelengkapan rumah tu
ReplyDeleteBesar jugak outlet kurasi ni. Kira untuk parenting takdelah bosan nak masuk sebab semua ada all in one pakej.
ReplyDeletemenarik. baju - baju dia pun not bad
ReplyDeleteBaru tahu pasal Kurasi ni. Nampak banyak jugak ya baju2 dia. Nanti kalau lalu sana nak singgah lah
ReplyDeletewahh bolehlah terjah sini nanti. memang tengah cari tempat nak beli pakaian. :)
ReplyDeleteBanyak betul pilihan barangan kat sini. Jadi rambang mata nak pilih. Semua menarik
ReplyDeleteBaju dia cantik-cantik. Tapi jauhla pulak. Nanti pergi area sana bolehlah singgah kurasi ni
ReplyDeleteEh, AEON pun dah takde ekk kat Quill mall ni?? Aritu ada pi waktu malam, ingat nak tgk wayang, sekali wayang tutup rupanya. KAlau awal sikit datang leh la jenjalan kat KURASI ni.
ReplyDeletewah ada kedai baru dalam quill city mall. harga kat kurasi murah tak? macam best je kalu datang window shopping barang jepun ni
ReplyDeleteWow bersusun barang dia banyak betul choice! Senang la nak shopping sini nnti dengan adanya kids corner sekali!
ReplyDeleteKurasi. Baru kenal nama ni. Tapi jauh laaa dari Nur nak cuci mata. Mampu tengok dekat screen jela huhu
ReplyDeletesaya suka masuk kedai macam ni. semua barang nampak cute. kalau masuk mesti terbeli something. heheh
ReplyDeleteBanyaknya barang yang best. Tak sabar nak ajak kawan shopping kat sini. Nanti nak pi dalam masa terdekat.
ReplyDeletesaya paling gemar dengan produk-produk dari jepun. nak nak pakaian diorang. btw pakaian saya sendiri pon banyak 2nd hnd dr kedai pakaian jepun.
ReplyDeleteBaru 1st time dengaq psai kurasi ni.. Rasa mcm kt penang xda lgi.. Tgk byk pilihan menarik kt dlm tu
ReplyDelete