MASA UNTUK UBAH HIDUP BERSAMA DR AZIZAN OSMAN - #NUH2020

by - February 03, 2020

Holla Usahawan 👋


Vainz baru je sertai program Nak Ubah Hidup (NUH) 2020 selama 3 hari berturut-turut. Program ini adalah bertujuan untuk membantu usahawan atau bakal usahawan untuk tingkatkan tahap potensi diri, tahap kehidupan dan tahap kewangan melalui bisnes yang berjaya dan menguntungkan. Dalam 3 hari program ini, seramai 13,000 peserta dari seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura telah membanjiri Setia City Convention Center (SCCC) dari pagi hingga ke malam.

RichWorks International telah menganjurkan program ini selama 12 tahun bermula 2008 dengan tujuan yang sama, dari sini dapat lihat semakin ramai orang tahu dan faham bahawa hanya dengan perniagaan ia dapat membantu mereka meningkatkan tahap pendapatan mereka. Namun, masih terdapat juga yang memulakan dan menjalankan perniagaan tanpa ilmu yang betul di dada. Mereka tidak tahu hala tuju sebenar untuk berniaga. Akibat daripada kegagalan itu, ramai usahawan tidak mampu bertahan sehingga 3 tahun pertama dalam perniagaan. Ada ramai yang gulung tikar, mengalami kerugian dan ramai juga yang terpaksa menanggung beban muflis akibat perniagaan tidak berjalan lancar seperti yang diinginkan.


RichWorks International bersama pengasas Dr Azizan Osman sedar bahawa ramai yang memerlukan bantuan. Ini kerana Dr Azizan sendiri pernah melalui liku-liku kehidupan yang sukar dalam membangunkan perniagaan dan pernah bermula dengan hanya menjual sabun dan kelapa serta gagal dalam perniagaan dan ini merupakan satu peluang untuk beliau cuba bantu lebih ramai orang betapa pentingnya ilmu untuk mengubah hidup ke arah yang lebih baik. Hasil daripada bimbingan beliau, ribuan usahawan yang pernah dibimbingnya berjaya mendapatkan hasil jualan di luar jangkaan. Dengan misi untuk membantu dan membangkitkan usahawan Melayu, bangsa usahawan (BANGSAWAN), ramai pelajarnya datang dari beberapa pelusuk negeri. Hal ini juga membuktikan yang usahawan dari luar bandar juga boleh dibantu dan dibina. 


Antara peserta yang Dr Azizan Osman bantu dan berkongsi kisah kejayaanmereka dalam satu sesi forum adalah Eriyca Baiduri dari Noir Health & Beauty. Beliau memulakan bisnes pada tahun 2017 pada ketika FB Live sedang menjadi trending. Beliau mula sharing tips-tips kecantikan walaupun ketika itu beliau tidak tahu apa-apa tentang FB Live. Tapi dalam masa sebulan Followers beliau terus naik dari 10 orang ke 8,000 orang. Beliau mula menuntut ilmu marketing dalam program RichWorks iaitu Millionaire Marketing Mastery (MMM) dan seterusnya menjadi salah seorang ahli Titanium (sebuah program Menthorship, bimbingan secara dekat dengan Dr Azizan Osman). Hasilnya dari sales RM3.2 juta pada 2018 naik kepada RM18.3 juta pada 2019. Selain itu, beliau juga mempunyai seramai 3,000 ejen dan 120 stokis di seluruh Malaysia. Apa yang paling menarik, beliau turut menghadiahkan sebuah kereta Mercedes-Benz kepada stokis beliau yang berjaya capai hasil jualan yang wow!

Seterusnya, Siti Noor Sabrina Mamasab Bakery yang menjalankan perniagaan membuat kek sahaja telah mencapai hasil jualan luar biasa pada tahun 2019, RM15.4 juta berbanding 2018, RM5.1 juta. Bisnes beliau yang hanya bermula dari rumah atas dasar ‘suka-suka’ ini rupanya menjadi punca rezeki untuk beliau capai sales jutaan ringgit. Kini beliau mempunyai ejen seramai 3,000 orang. Hasil bimbingan Dr Azizan Osman juga, perniagaannya lebih terurus dan segala selok-belok perniagaannya dipimpin dan dipantau oleh MenThor mereka. Bekas radiographer di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) ini juga berjaya dalam masa 2 tahun dah ada 7 cawangan. Malah beliau turut menerima award Nona Best Growing F&B Business Award dan 100 Top Young CEO 2019.

Rosli Ismail dari Oli Collection ini hanya menjual cadar sahaja. Beliau telah menjalankan perniagaan selama 20 tahun, namun stuck dalam bisnes dan bisnes beliau tak boleh pergi jauh. Pada tahun 2016 sehingga 2018 sales beliau menurun. Bukan itu sahaja, beliau juga turut mengalami pelbagai cabaran dalam perniagaan. Sebelum beliau menjadi ahli Titanium, sales beliau hanya RM4 juta sahaja dalam masa 20 tahun berbisnes. Sejak mendapat bimbingan dari Dr Azizan Osman, pada 2019 sales beliau telah mencapai RM13.3 juta dan mempunyai 300 orang stokis. Beliau juga berjaya membina semula sebuah Maahad Tahfiz Sains Oli yang telah hampir tutup sebelum ini.

Dari ketiga-tiga kisah inspirasi dan sukses ini, apa yang dapat disimpulkan adalah dengan adanya MenThor, Ilmu dan juga Tindakan dari usahawan ini, mereka berjaya capai hasil jualan yang tinggi. Program yang dianjurkan oleh RichWorks ini juga akan membantu usahawan-usahawan untuk tidak hanya mencapai hasil jualan yang biasa-biasa malah yang lebih luar biasa. Ini juga membuktikan usahawan Melayu turut boleh berjaya dalam perniagaan.

TENTANG AZIZAN OSMAN

Accredited Business, Marketing & Leadership Coach, Mentor & Strategist, Serial Entrepreneur & Best-Selling Author

Azizan, seorang World Class Business Educator dan Asia's No.1 Business, Marketing & Leadership Coach terkenal dengan keupayaan uniknya untuk membimbing anak muridnya sehingga mendapat results dan beribu-ribu pemilik perniagaan dan usahawan telah berjaya menerusi strategi dan metodologi kejayaannya yang telah terbukti untuk meningkatkan pertumbuhan perniagaan mereka dari sifar hingga berjuta-juta.

Visi Dr Azizan Osman
▪ Untuk mengurangkan kadar kemiskinan di dunia
▪ Meningkatkan pendapatan setiap isi rumah kepada lebih RM200 ribu setahun
▪ Mewujudkan legasi 100,000 jutawan pada tahun 2030

TENTANG RICHWORKS INTERNATIONAL
RichWorks International adalah penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran. Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia. Sepanjang 12 tahun sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman, yang menarik lebih daripada 650,000 peserta dan pelanggan dalam lebih daripada 1,500 acara dan seminar dan RichWorks berjaya melahirkan lebih 700 Small Medium Enterprises (SMEs) menerusi program mentoring RichWorks - Titanium dan SPIRE.

Antara topik dan pengisian program #NakUbahHidup adalah:
1. Pengurusan Bisnes
2. Pemasaran
3. Jualan
4. Pematuhan Undang-Undang
5. Perakaunan & Percukaian
6. Operasi
7. Kepimpinan
8. Pembangunan Diri
9. Pelaburan


Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring yang berimpak, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya hanya dalam tempoh 6 - 24 bulan.

Titanium RichWorks

Program High Net Worth Coaching adalah Program “Mentoring Membership” setahun untuk membimbing bisnes melangkah dengan lebih cepat dan berkesan dengan menunjukkan cara, jalan dan kaedah terkini untuk kembangkan bisnes 10X ganda secara luar biasa. Antara kriteria pemilihan untuk program mentoring ini adalah bisnes yang telah mencecah jualan bulanan RM100,000 sebulan.
Sejak 2015, menerusi program Mentoring Titanium RichWorks, Dr Azizan Osman telah memberi bimbingan kepada lebih 700 usahawan cekal dalam perkembangan dan pertumbuhan perniagaan mereka yang luar biasa dan jumlah anggaran jualan tahunan untuk kumpulan ini mencecah lebih RM800 juta setiap tahun.

Antara perniagaan yang berkembang luar biasa menerusi program ini dengan bimbingan Dr Azizan Osman termasuk Nurraysa Beauty, Das Abdul Global (DAG), Momentum Internet, Noir, Hasnuri, Sabella, Mamasab, Sambal Che Nor, Jamumall, Eskayvie, Rempah Mak Siti, Unlimited Dreams Sdn Bhd dan banyak lagi.

SPIRE RichWorks

SPIRE adalah Program “Mentoring Membership” setahun yang membantu usahawan yang berniaga dengan jualan minima RM30,000 sebulan untuk terus tambah ilmu dari segi Sales & Marketing, Compliance, Operations dan Leadership. Program ini juga membantu bisnes usahawan untuk berada di landasan yang betul dalam membaik pulih sistem bisnes supaya mereka lebih cepat berkembang.
Misi dalam SPIRE juga adalah untuk mengubah cara usahawan dan syarikat membina bisnes dengan menawarkan pembelajaran melalui bimbingan secara online dan untuk usahawan menyusun jadual secara efektif dengan menonton ilmu terkini “At anywhere & At anytime.”

Antara industri yang dipelopori oleh Anak Didik Dr Azizan Osman termasuk:
1. Fesyen dan pakaian
2. Kesihatan dan kecantikan
3. Makanan dan minuman
4. Pendidikan dan latihan
5. Perkhidmatan profesional (doktor / peguam / akauntan / dan lain-lain lagi)
6. Perkhidmatan kewangan, insurans atau takaful
7. Pembinaan / kejuruteraan / telekomunikasi / pembekalan
8. Perladangan dan pertanian

Anda boleh juga tonton video program ini di Facebook Azizan Osman:
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖


RichWorks International Sdn Bhd
RichQ, No. 77, Jalan Badminton 13/29, Seksyen 13
40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Website: www.nakubahhidup.com
Facebook: https://www.facebook.com/azizanosmanofficial/






You May Also Like

0 comments