10 KELEBIHAN PAKEJ HAJI RAYHAN DARI FELDA TRAVEL

by - March 22, 2020

Holla rakyat Malaysia 👋


Pejam celik pejam celik dah pertengahan Mac sekarang ni dan tak lama lagi kita nak sambut Ramadan pula, rasa sekejap kan masa berlalu sekarang ni, mungkin kerana kita terlalumenanti waktu-waktu yang kita impikan. Macam Vainz teringin sangat nak menziarahi tanah suci Mekah dan Madinah untuk menunaikan rukun Islam yang ke-5.

Perangai Vainz ni kalau nak ambil satu-satu pakej yang ditawarkan, mesti akan buat background check dahlu, tengok pengalaman peserta-peserta sebelum ini, supaya Vainz tidak tersilap langkah dalam membuat keputusan. Sama juga kalau nak ambil pakej menunaikan Haji dan Umrah ni, Vainz akan recee semua agensi untuk lihat pakej yang ditawarkan serta komen orang ramai.

Kali ni Vainz nak kongsikan kepada anda mengenai Pakej Haji Rayhan dari Felda Travel. Apa yang menarik sangat dengan pakej ni kan? Vainz akan nyatakan 10 kelebihan jika anada mengambil pakej Haji ini.

10 Kelebihan Pakej Haji Rayhan

1. Jarak hotel dengan Masjidil Haram
Mesti ramai yang ingin bawa ibu bapak menunaikan haji dan umrah kan, jadi kita kene ambil hotel yang berhampiran dengan Masjidil Haram supaya tidak memberi beban kepada orang tua kita untuk bergerak ke sana. Dengan Pakej Rayhan ini, jarak hotel dengan Masjidil Haram cuma 250m sahaja! dekat sangat kan? memang dekat dan memudahkan orang tua untuk ulang alik menunaikan ibadah.


2. Transit hotel
Untuk pakej Rayhan ini, Felda Travel akan membawa anda terus ke hotel di Mekah, jadi anda tidak perlu mengambil transit di Azizah yang jarak dari Mekah sekitar 4.5km. Sangat memudahkan urusan anda disana dan bolehlah fikir ibadah tanpa rasa penat berjalan.

3. Pembimbing Haji Wanita (Ustazah)
Bagi wanita yang ingin menunaikan haji tetapi takut tiada pembimbing wanita, jangan risau kerana dalam Pakej Rayhan ini sudah dimasukkan sekali dengan seorang Ustazah yang akan membinbing anda dan menjawab segala permasalahan wanita dalam ibadah haji.


4. Makanan 
Mungkin ada yang tertanya apakah makanan yang akan dihidangkan semasa berada di tanah suci kan? Ada orang memang hanya makan makanan selera Melayu jadi dengan Pakej Rayhan ini, Felda Travel menyediakan buffet makanan sepanjang 30 hari dengan makanan selera Melayu supaya anda akan kekal kenyang dan bertenaga untuk beribadah. 

5. Saiz kumpulan
Sekarang kita lihat ramai yang tercicir dari kumpulan semasa beribadah kerana saiz yang besar dan ini boleh buatkan anda serta ibu bapa tidak dapat fokus semasa beribadah kerana takut tercicir. Tetapi dengan Pakej Rayhan ini, Felda Travel telah menetapkan had maksimum supaya kumpulan jemaah yang dibawa dalam kumpulan kecil.


6. Qurban
Bagi menunaikan ibadah Qurban pula, ada promosi yang sangat menarik dimana Felda Travel memberi Qurban percuma seekor kambing untuk setiap jemaah berstatus terpilih awal. (first come first serve)

7. Hari Tarwiyah
Mengikut sunnah Nabi Muhammad S.A.W akan bermalam di Mina pada 8 Zulhijah, bagi anda yang ingin mengikut sunnah Rasulullah sangat beruntung kerana Felda Travel melalui Pakej Rayhan ini mempunyai slot bermalam di Mina.


8. Pengalaman
Felda Travel Agency sudah mempunyai pengalaman selama 14 tahun dalam mengendalikan pakej haji dan umrah. Mereka juga agensi yang diberi lesen dari Tabung Haji Malaysia, jadi tidak perlu was-was lagi untuk ambil pakej dengan Felda Travel.

9. Hadiah
Bagi semua jemaah haji yang mengambil pakej Rayhan akan menerima 11 Hadiah menarik bagi memudahkan persiapan anda menyempurnakan rukun haji ke-5.


10. Pembimbing Berpengalaman
Felda Travel merupakan agensi yang sangat mementingkan kualiti dalam servis mereka, bagi pakej haji Rayhan ini sendiri akan disiapkan dengan 2 orang Ustaz dan seorang Ustazah dalam membimbing jemaah haji di tanah suci bagi membantu jemaah dalam melaksanakan haji yang mabrur.



➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖

FELDA TRAVEL SDN BHD
📱 019-201 0843   [Puan Shidah]  |    📱  019-263 7028  [ Tuan Hj Rizal]
email: salam@feldatravel.com.my

Website         Facebook     |     Instagram



















You May Also Like

0 comments