MENU DIWAKTU PERINTAH KAWALAN PERGERAKKAN MALAYSIA - FELDA D'SAJI
Holla Rakyat Malaysia 👋
Macam mana perkembangan anda semasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan ini? Mesti rasa susah bila tak boleh nak keluar rumah sesuka hati seperti biasa. Yang mana selalu makan dekat luar dan jarang masak macam Vainz pun terkesan sangat bila dapat perintah sebegini. Ye lah perut tengah lapar, tapi tak pandai nak masak dekat rumah. Nak order makanan tapi tak tahu yang mana sedap? Jangan risau lagi, teruskan baca cerita Vainz kali ini.
Untuk cerita disaat gentir ni, Vainz nak kongsikan satu restoran yang terkenal di kawasan Kuala Lumpur/Klang Valley ni. Restoran D'Salai by Felda D'Saji terkenal dengan masakannya yang sedap dan murah! Yang paling ramai pesan untuk merarau (lunch) dan makan malam adalah Set Daging Salai yang rasa lemak dia mampu buat anda tersenyum lebar.
Untuk tempoh PKP ini, D'Salai juga mengikut arahan dari pihak kerajaan untuk menyediakan makanan secara bungkus samaada "take away" atau "home delivery" anda boleh membuat pesanan menu yang diminati ke aplikasi WhatsApp 019-662 2525. Caranya mudah saja, sini Vainz ajarkan:
1. Simpan dan mesej nombor ini ; 019 - 662 2525
2. Berikan maklumat berikut:
Nama :
No tel :
Tarikh :
Masa :
Menu :
3. Tunggu pesanan anda sampai ke pintu rumah/ ambil di kaunter "take away"
Bagi cas penghantaran dikira mengikut jarak (km)
🏍 0 km - 5 km = RM6
🏍 5.1km - 10 km = RM9
🏍 10.1km - 15km = RM12
🏍 15.1km - 20km = RM15
*Cas penghantaran dikenakan sekali sahaja bagi setiap penghantaran dibuat (nak jimat, kongsi caj penghantaran dengan rakan serumah)
Jika anda mempunya aplikasi FoodPanda atau BungkusIt, lagi mudah sebab D'Saji merupakan restoran berdaftar dengan aplikasi ini.
MENU SARAPAN D'SAJI
MENU MERARAU & MAKAN MALAM D'SAJI
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
D'Salai by Felda D'Saji
019-662 2525
14 comments
Murah dan banyak pilihan...Pilihan menu dia pun semua yang Sus suka, adeii kalau ada di Johor, dah ku order dah ..
ReplyDeleteBestnya! Tapi tak deliver to my area~ sedihnya!
ReplyDeleteSemua menu yang ada kat sini nampak menyelerakan. Untung la mereka yang tinggal berdekatan. Order.....terus sampai makanannya.
ReplyDeleteBravo to FELDA D'SAJI. The menu seems not bad. best part is the price is really affordable. lets stay at home and eat FELDA D'SAJI
ReplyDeletesedapnya menu-menu dia terliur tengok gambar but sadly tak cover my area huhu
ReplyDeleteThanks for sharing. Kalau dekat dah order dah menu2 ni. Tapi nak buat macam mana, jauh pulak areanya :)
ReplyDeleteSedapkan semua menu-menu yang ada kat sini kita dah cuba mereka punya daging salai dan juga ayam masak bumbu memang sedap kuah pekat dan rasa salainya best korang kena cuba memang rasa nak lagi makan lauk ni set tu termasuk dengan nasi dan kuahkan..
ReplyDeleteD'Saji buffet Ramadan pun dah sedap. Inikan pula nak makan tapau masa musim PKP. Kenapa mereka tak join grabfood eh. Senang akak nak order. Atau luar liputan kawasan? Hurmmm
ReplyDeleteNow you make me want to order from them, their set itik salai seems interesting and sedap.
ReplyDeleteuntung la bila kawasan rumah ada coverage delivery ohsem gini.
ReplyDeleterumah aida, kampung, luar bandar, xde pun delivery.
kena masak :) hi hi hi...
masak lemak. aduhai craving nyer di saat PKP ni.
sedapnya la lauk2 dsaji nih... itik salai ...untung siapa duduk area coverage delivery nih... boleh makan sedap2 tak payah susah2 masak
ReplyDeleteAlamakk..
ReplyDeleteSinggah sini waktu pagi belum breakfast apa pun lagi ni.
Terus berlagu perut ni haa..
Hehehe
Semua nampak sedap sedap ni..
Bagus ada inisiatif mcm nie zaman tgh MCO nie. Susah nak dpt makanan, barang dapur pon banyak hbis. Yg bujang2 pon dpt manfaatnya dri servis mcm nie
ReplyDeletemesti best ni kan. nanti bolehlah order. kadang tu boring juga masak sendiri
ReplyDelete