MASA UNTUK BERCUTI BERSAMA ALAM SEMULA JADI DI TAMAN NEGERI KENABOI
Holla beautiful people ✌
Sudah lama rasanya Vainz tidak berkhemah di dalam hutan, selalunya berkhemah waktu program Pengakap sahaja. Tetapi kali ini, Vainz sertai program #Back2Nature anjuran Jabatan Hutan Negeri Sembilan untuk melihat keindahan alam semula jadi disini sambil meneroka khazanah hutan simpan di Daerah Jelebu ini. Bercuti sambil rehatkan diri di dalam hutan sangat memberi kesan positif kepada diri vainz, apabila dapat mengenal jenis-jenis tumbuhan, menyeberangi sungai, teroka air terjun, belajar ikhtiar hidup dan banyak lagi!
Malaysia terkenal dengan Hutan Hujan Tropika dan Jabatan Hutan Semenanjung Malaysia juga telah menjaga hutan-hutan simpan di semenanjung ini dalam keadaan baik dan terurus. Selamat untuk kita meneroka sendiri dan menimba pengalaman berada di dalam hutan dan tumbuhan juga dapat dijaga dengan baik tanpa lesap dibaham manusia. Dari dulu Vainz memang suka berkhemah dalam hutan dengan pasukan Pengakap, tapi kali ini pengalaman yang berbeza dan lebih seronok bila tujuan perkhemahan adalah untuk BERCUTI. Ini kali pertama Vainz berpengalaman memasuki hutan simpan Taman Negeri Kenaboi dan tak sangka tempat ini memang lengkap dengan fasiliti yang dijaga dengan rapi dan banyak juga aktiviti menarik!
Taman Negeri Kenaboi ini memang sesuai bagi anda yang ingin bercuti didalam hutan, ataupun pihak sekolah/universiti/syarikat yang ingin melakukan aktiviti 'team building' atau kem perkhemahan kerana terdapat fasiliti yang lengkap seperti:
⛺ Tapak perkhemahan
⛺ Dewan serbaguna
⛺ Dewan kuliah
⛺ Dorm
⛺ Kantin
⛺ Tandas yang bersih
⛺ Bilik mesyuarat
⛺ Ruang santai di tepi sungai
⛺ Ruang solat/surau
⛺ Peralatan aktiviti
Bagi pendapat Vainz, bercuti di dalam hutan ni seronok bila kita dapat teroka pokok/ tumbuhan yang tak pernah jumpa di bandar, mendaki gunung, junggle trekking dan mandi air terjun. Apa yang membuatkan Vainz ingin kembali bercuti disini adalah keindahan alam, keselesaan untuk menginap serta aktivti-aktiviti yang menarik seperti:
🌄 Menyusuri sungai ke Jeram Berungut
🌄 Memanjat pokok meranti
🌄 Trekking ke Air Terjun Lata Kijang
🌄 Trekking ke Lembah Jemaloi
🌄 Belajar survival skills
🌄 Melawati perkampungan orang Asli
🌄 Water-tubing
🌄 Water-confident
Selain itu, semasa Vainz menyusuri sungai Jeram Berungut, ada beberapa aktiviti yang dilakukan. Bagi memelihara dan menjaga hidupan sungai, Jabatan Perikanan bersama-sama Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan dan peserta #Back2Nature telah melepaskan lebih 2,000 ekor anak ikan lampam sungai dan terbol. Aktiviti ini adalah untuk menjaga dan memulihkan ekosistem sungai yang kekurangan ikan. Ini merupakan pengalaman pertama Vainz dalam memelihara ekosistem sungai.
Sudah selesai melepaskan anak ikan, kami meneruskan perjalanan menyusuri sungai Jeram Berungut hingga ke tempat yang cantik untuk melakukan aktiviti water-confident. Disini Vainz ada satu pengalaman yang tak dapat dilupakan dimana Vainz beranikan diri untuk pergi ke tempat yang sangat dalam bagi merasai sendiri kesejukkan air di Jeram Berungut ini. Semasa aktiviti ini dilakukan, peserta #Back2Nature dijaga rapi oleh sekumpulan ahli STORM/BOMBA dan PDRM. Sebelum memulakan perjalanan menyusuri sungai ini juga, para peserta diberi taklimat keselamatan dari pihak tersebut.
Sesudahnya aktiviti ini, kami kembali pulang ke tapak perkhemahan dan dalam perjalanan kami singgah di satu kawasan rehat bagi mempelajari ilmu ikhtiar hidup/ survival skill. Vainz dapat belajar cara untuk hidupkan api menggunakan bahan alam semula jadi di hutan, serta makan beberapa menu yang dimasak didalam buluh. Dulu selalu belajar ikhtiar hidup semasa perkhemahan Pengakap, tetapi kali ini dapat menimba ilmu dari Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan tentang ikhtiar hidup, tumbuhan yang boleh dimakan serta cara memasak didalam hutan.
Dah penat junggle trekking dan menyusuri sungai Jeram Berungut, kami pulang ke tapak perkhemahan untuk aktiviti riadah santai iaitu Water-Tubing. Bersebelahan dengan tapak perkhemahan ini terdapat sungai yang tenang dan berbatu. Memang seronok untuk "hanyutkan" diri atas pelampung sambil berlanggar dengan batu sungai. Vainz suka mandi sungai di sini sebab airnya bersih, tenang dan kedalaman yang selamat untuk rehatkan diri.
Vainz nak kongsikan juga kepada anda pengalaman memanjat pokok meranti yang tinggi. Di kawasan Taman Negeri Kenaboi terdapat banyak pokok meranti yang dijaga oleh Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan. Aktiviti memanjat pokok ini adalah untuk mengutip biji benih yang berkualiti di atas pokok. Ini juga salah satu inisiatif JPNS dalam memelihara dan memulihara hutan-hutan di Negeri Sembilan serta semenanjung Malaysia. Benih yang berkualiti ini akan disemai dan ditanam bagi menggantikan pokok yang telah ditebang. Vainz kagum dengan inisiatif JPNS dalam memulihara ekosistem hutan dan langkap yang diambil dalam setiap situasi yang berlaku di Malaysia. Ohh ye, Vainz tak lepaskan peluang memanjat pokok meranti ini menggunakan tali dan dan peralatan yang sesuai.
Di samping itu, tidak jauh dari tapak perkhemahan Taman Negeri Kenaboi ini terdapat Air Terjun Lata Kijang. Memang cantik dan sesuai untuk beriadah disini. tapi untuk sampai disini perlu trekking atau menaiki kereta pacuan 4 roda. Sebelum turun ke tempat air terjun, Vainz dapat melihat gunung ganang di sekitar sini dan terdapat sebuah pokok besar yang tidak terusik. Permandangan yang cantik bagi yang meminati alam semula jadi.
Jangan lepaskan peluang anda untuk bercuti dan menghargai alam semula jadi di Malaysia yang serba cantik dan dijaga ini. Ramai yang meminati melancong ke luar negara sebab cantik, tapi anda mungkin terlepas peluang untuk merasai dan melihat sendiri keindahan tempat perlancongan dan aktiviti yang terdapat di Malaysia. Kalau anda berminat untuk bercuti ataupun ingin melakukan aktiviti team-building boleh hubungi nombor yang akan Vainz sertakan dibawah.
Jom Bercuti di Taman Negeri Kenaboi!
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
Tingkat 4, Blok C Wisma Negeri,
Jalan Dato' Abdul Malek, 70503 Seremban
+06 765 9872
14 comments
br tau tmpt ni...tq for sharing...yg suka keidahan alam ,bole la berkhemah dan mcm2 aktivi bole dilakukan tu...rindunya nk tgk air terjun...sejukkk je kalo dpt berendam tu
ReplyDeleteTak pernah dengar tempat ni. Sis pun bukan sejenis yang adventure pun. Tapi satu for sure...kalau dapat tengok persekitaran yang hijau ni kan....rasa tenang je.
ReplyDeleterindunya nak masuk hutan. lepas pkp ni nak gi la. rindu sangat nak camping, mandi sungai
ReplyDeleteBestnya masuk hutan macam ni kan, jauh dari riuh kota...kalau tak pergi kita tak tau dalam hutan ada tempat menarik dan aktiviti macam-macam...sesekali tenangkan fikiran memang happening...
ReplyDeleteThis is so cool! I miss nature vacation. Thank you for sharing your review on this place.
ReplyDeleteSeronoknya aktiviti lasak gini. Aktiviti yg dekat dengan alam ni memang terapi yang best.
ReplyDeleteBestnya dapat mandi air terjun. Rindu nak buat aktiviti luar. Thanks share nnt bole buat list utk berrekreasi dgn family
ReplyDeleteBest gila tengok..dapat masuk hutan semua. rasai kehidupan alam semulajadi ni..rindu air terjun semua
ReplyDeletebestlah aktiviti macam nih, boleh hilang stress buat aktiviti macam nih, nak-nak dekat tempat air terjun tu hilang segala kekusutan di minda. Bilalah dapat join aktiviti macam ni lagi
ReplyDeleteDah lama betul tak buat aktiviti mcm ni. Last aritu berkelah kat sungai janda baik. Sonok ye masing2 main air.
ReplyDeleteWow seronoknya... I memang suka sgt bercamping. Dulu masa sekolah, masa kat university, memang active join camping. Ni nak camping semula tunggu anak besar sikit lah...
ReplyDeletebest nyer korang beraktiviti lasak gitu.
ReplyDeleteaida tak pernah join tu. takot!!! ha ha ha ha ha...
ngaku sendiri lah, is not lasak. but staying there, tepi sungai, bbq, khemah, tu i like. back to nature kan. sure mlm sejuk!!!
Confirm!
ReplyDeleteConfirm lepas habis PKP ni ramai la join aktiviti luar macan ni.
Balas dendam sebab lama sangat terperuk dalam rumah kan.
Hehhehe.syok dapat mandi air sungai.. .nak pulak sekarang cuaca pnas sangat.
Wah.. bextnya berkhemah mmg mencabar tau sbb kak pun pernah lakukan aktiviti mcm ni mmg kena kuatkan mental and fizikal
ReplyDelete