MISI CANTIKKAN KULIT MUKA DI DR CHONG CLINIC (KEPONG)
Hola beautiful people 👋
Sudah lama Vainz tak buat rawatan muka sebab sibuk dengan kerja dan PKP pula tak boleh keluar rumah. Kali ini Vainz nak kongsikan kepada anda mengenai Dr Chong Clinic yang mempunyai 4 outlet di sekitar Klang Valley dan Johor. Dr Chong Clinic merupakan salah satu Klinik Kecantikkan yang terbaik di sini dengan memberi rawatan estetik yang kita ingini secara selamat dan menggunakan teknologi terkini. Ramai yang memberi komen positif selepas menghadirkan diri ke sini untuk mendapatkan konsultasi dan rawatan bagi masalah yang mereka hadapi.
Dengan minat untuk kesihatan kulit dan perawatan estetik, Dr Chong Clinic menawarkan pelbagai rawatan estetik yang komprehensif untuk wajah dan kulit yang mensasarkan kesan pilihan gaya hidup, penuaan, jerawat dan faktor lain yang menghalangi anda untuk mencapai kulit yang cantik, jernih dan sihat. Perkhidmatan yang disediakan merangkumi rawatan muka, rawatan pelangsingan, rawatan laser dan banyak lagi. Mereka meluangkan masa untuk memperibadikan rancangan rawatan yang paling optimum untuk anda berdasarkan analisis kulit anda dan perbincangan mengenai tujuan peribadi anda. Semua rawatan estetik yang dilakukan oleh pasukan doktor perubatan yang mahir dalam persekitaran yang direka untuk keselesaan anda.
Bercakap mengenai Dr Chong Clinic, Vainz bukan saja-saja nak kongsikan kepada anda mengenai Klinik ini, tetapi Vainz sendiri sudah merasai pengalaman mendapatkan rawatan CO2 Laser untuk menghilangkan kesan parut jerawat di muka. Seperti biasa, doktor yang terlatih akan examine muka dan memberi konsultasi dahulu supaya kita jelas dengan masalah kulit sendiri serta rawatan yang perlu diambil. Vainz telah datang ke sini dan berjumpa dengan Dr Brendon Chong, Aesthetic Physician MBBS (IMU), M.A.C.
Antara faktor yang meyakinkan Vainz untuk datang ke sini adalah kerana Aesthetic Physician di Dr Chong Clinic sendiri adalah Doktor terlatih dan mempunyai kepakaran dalam bidang ini. Selain itu, teknologi yang digunakan diiktiraf Dematologi dan Aesthetic medical Doctor disamping harga yang ditawarkan sangat berpatutan! Staf di sini juga sangat baik melayan pesakit. Ouh, Vainz nak bagitahu anda juga yang Dr Chong Clinic banyak memenangi anugerah tau!
PILIHAN RAWATAN:
💅 Acne Treatment
💅 Birthmark / Skin Tag / Warts / Oil Seeds / Milia Seeds Treatment
💅 Facial Scuplting / Conturing Treatment
💅 Fungal Infection Treatment
💅 Hair Loss Treatment
💅 Permanent Hair Removal
💅 Pigmentation / Age Spot / Melasma Treatment
💅 Scar / Pores Treatment
💅 Slimming Treatment
💅 Tattoo Removal Treatment
💅 Eyebag Treatment
💅 Wrinkles / Fine Line Treatment
Untuk masalah kulit muka Vainz yang banyak kesan dan parut jerawat, Vainz mendapatkan Scars Treatment iaitu dengan cara Laser CO2. Laser CO2 secara amnya adalah laser ablatif yang digunakan untuk merawat parut, ketuat, kedutan dan kekurangan kulit yang lebih dalam. Laser Erbium boleh bersifat ablatif atau tidak ablatif. Mereka mempromosikan pembentukan semula kolagen, menjadikannya pilihan popular untuk merawat garis-garis halus, kedutan, kelembutan kulit, dan bintik-bintik usia.
Bagi mendapatkan kesan yang ketara, rawatan ini perlu dilakukan dalam 3/4 kali bergantung kepada keadaan kulit sendiri. Syukur kulit muka Vainz nampak perbezaan dari sebelum ini selepas mendapatkan rawatan di Dr Chong Clinic. Kalau anda nak dapatkan discount 5% guna promo code "ZulhilmiOff5"
➰ ➰ ➰ ➰ ➰ ➰ ➰ ➰ ➰ ➰
➤ Dr Chong Clinic HQ (Kepong)
03-6179 3157 / 018-473 8818
37G, Jalan Metro Perdana Barat 1, Taman Usahawan Kepong, 52100 Kuala Lumpur
➤ Dr Chong Clinic (TTDI)
03-77336002 / 011-27288188
14 & 16, Jalan Wan Kadir, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur
➤ Dr Chong Clinic (Shah Alam)
03-5524 3083 / 018-471 0988
F-G-33, Jalan Ikthisas 14/1, Vista Alam, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
➤ Dr Chong Clinic (Johor Bahru)
07-559 6110 / 011-5636 6110
49, Jalan NB2 2/2, Taman Nusa Bestari 2, 79150 Iskandar Puteri, Johor Bahru
General Customer Service Line (Appointment) : +6 018-2528088
Websites: https://www.drchongclinic.com/
Facebook: https://www.facebook.com/drchongclinickepong
Instagram: https://www.instagram.com/drchongclinic/
Youtube Channel: Dr Chong Clinic – Skin & Lasers Center
Email Address: enquiry@drchongclinic.com
0 comments