SEMARAKKAN MAAL HIJRAH & DAPATKAN TAQWIM HIJRAH PICOMS MAIWP | YBS DATUK DR ZULKIFLI
Assalamualaikum semua 👋
Bagaimana permulaan tahun baharu Hijrah anda yang sudah 9 hari melangkah ke tahun 1442H? Vainz ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah dan semoga tahun baharu ini menjadi lebih baik dari sebelumnya kepada anda pembaca setia.
Baru-baru ini, vainz berkesempatan menghadiri Majlis Pelancaran Taqwim Hijrah PICOMS MAIWP & Program Hijrah Merdeka yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Majlis ini telak memberi impak besar kepada organisasi PICOMS serta MAIWP sendiri kerana telah berjaya menghasilkan satu Taqwim Hijrah yang mempunyai ciri-ciri istimewa khusus kepada umat Islam sebagai panduan harian. Taqwim ini terhasil atas kerjasama antara PICOMS dan I Quest Training Consultancy.
Menurut YBS Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri - "Taqwim Hijrah PICOMS MAIWP ini adalah suatu usaha yang amat baik dalam memakmurkan kembali kalendar Hijrah agar hampir ke jiwa seluruh muslim. Kempen 1 Rumah 1 Taqwim ini seharusnya disambut baik oleh semua pihak kerana ciri-ciri istimewa yang ditonjolkan di dalam taqwim ini patut menjadi kompas kehidupan seorang Muslim dalam menjalani kehidupan sehariannya." Anda boleh dapatkan Taqwim Hijrah ini di BizShoppe PICOMS di Kampus Batu Muda dengan harga berpatutan.
Semasa majlis pelancaran ini, vainz sempat menyaksikan persembahan Hijrah Merdeka yang mengasyikkan dan menyentuh perasaan yang dipersembahkan oleh Dr Mir Hazil dan Daqmie. Persembahan yang penuh makna mengenai Seerah Nabi dalam mengimbau semula sejarah penghijrahan baginda Rasulullah SAW dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Signifikasi kisah hijrah ini yang menjadi titik permulaan taqwim hijrah dalam sejarah ketamadunan Islam.
"Terapi muzik merupakan salah satu bidang perubatan tradisional dan komplementari yang telah digunakan secara meluas sebagai rawatan di kebanyakkan hospital abad pertengahan tamadun Islam seperti Bimarastan al-Mansuri di Kaherah Mesir. Manakala di Malaysia, terapi muzik ini masih belum diadaptasi sepenuhnya di mana-mana institusi perubatan mahupun pendidikan dan PICOMS berharap untuk menjadi pencetus Muzik Terapi Islam pada masa akan datang" kata Prof. Dr. Wan Mohd Azizi Wan Sulaiman, Naib Cancelor PICOMS.
Dalam majlis yang indah ini, vainz sempat menyaksikan satu video dan sesi penyerahan Sumbangan Tabung Dana Wakalah Zakat PICOMS yang disempurnakan oleh YBS Datuk Menteri sebanyak RM1,000 kepada pelajar asnaf yang terpilih atas lulusan tahfiz yang berminat dalam bidang farmasi dan menyambung pelajaran di PICOMS. MAIWP juga menyediakan wang saku sebanyak RM300 setiap bulan kepada asnaf yang layak sepanjang tempoh pengajian mereka. Dana ini adalah daripada kutipan Zakat PICOMS yang akan diagihkan semula kepada penerima zakar mengikur kriteria yang ditetapkan.
Sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-63 ini, YBS Datuk Menteri juga telah mengibarkan Jalur Gemilang sebagai simbolik perasmian bulan kemerdekaan di PICOMS dan laungan Merdeka bergema di dataran Laman Hijau PICOMS. Oh ye, sepanjang tempoh majlis ini berlangsung, vainz amat tertarik dengan kerjasama semua warga PICOMS dan jemputan yang sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan MKN seperti penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka.
➰ ➰ ➰ ➰ ➰ ➰ ➰ ➰ ➰ ➰
9 comments
Boleh la beli satu letak kat meja office kalender hijrah ni..
ReplyDeleteAlhamdulillah.. usaha yang baik bagi mengelak orang kita lupa tarikh hijrah.. kalau ditanya rawak.. pasti ada yg tak tahu.. ingat ramadan dan syawal jer 😄
ReplyDeleteada typo bahaya dekat perenggan kedua last tu.... anyway semoga usaha ni membantu lebih ramai lagi generasi muda khususnya
ReplyDeleteBagus usaha membantu sebegini. Tahniah pada penganjur dan paling penting pada yang menyumbang.
ReplyDeleteAlhamdulillah moga tahun Hijrah bawa banyak perubahan kepada kita tahun baru Islam nak juga Taqwim ni boleh buat koleksi kat rumah cantik menarik....
ReplyDeleteSalam Maal Hijrah..
ReplyDeleteSis ada dah takwim islam ni, Suami bawa balik kawannya bagi..alhamdulilah...
A good initiative for all my Muslim friends
ReplyDeleteBagus inisiatif taqwim yg diperkenalkan. Dapat membantu kita umat islam dlm mengingatkan perkara penting
ReplyDeletesalam maal hijrah.. satu pengisian yang bagus untuk semua.
ReplyDelete