INDAHNYA RAMADAN BERSAMA KOPETRO | PROGRAM CUCI MASJID KERJASAMA KVCLEAN

by - April 14, 2021

 

Holla beautiful people,

Macam mana puasa harini? Sudah ada yang terciduk ke untuk puasa 2021 ni atau anda masih kuat menghadapinya? Ramadan 2021 kunjung tiba, sudah pasti banyak aktiviti menarik yang akan dijalankan di masjid dan surau kan. Kali ini vainz nak kongsikan kepada anda satu aktiviti murni dari Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) bersama Persatuan Seniman Malaysia dalam menjayakan Program Cuci Masjid bagi meyambut Ramadan 2021. 

Program sosial korporat ini bertujuaan memberi impak dan keselesaan kepada masyarakat setempat di Masjid Al-Hidayah, Sentul, Kuala Lumpur dalam menyediakan ruang ibadat yang bersih dan selesa kepada para qariah masjid yang bakal menunaikan solat sunat terawih sempena bulan Ramadan yang bermula pada 13 April 2021 ini. Menawarkan khidmat pembersihan dan disinfeksi KVCLEAN, servis daripada KOPETRO ini dijamin berkesan dan mampu untuk menghapuskan 99% virus dengan menggunakan bahan bukan toksik yang selamat dan bebas alkohol. Sempena Ramadan dan Syawal yang bakal tiba, KVCLEAN menawarkan servis pembersihan rumah serendah RM90 untuk 3 jam manakala servis disinfeksi pula hanya RM258 untuk satu sesi.

Selain menyantuni Masjid Al-Hidayah, KOPETRO juga prihatin dengan kebajikan ahli-ahli Persatuan Seniman Malaysia yang banyak terkesan dengan pandemik Covid-19. Oleh kerana itu, hari ini KOPETRO ingin berkongsi rezeki bersama ahli-ahli Seniman semoga Ramadan kali ini akan lebih ceria buat insan-insan seni yang banyak menyumbangkan bakat dan keringat mereka dalam menghiburkan hati masyarakat. 

Sumbangan daripada KOPETRO telah disampaikan oleh Datuk Haji Abdul Razak Hussain kepada En. Zed Zaidi, selaku Presiden Persatuan Seniman Malaysia dalam sebuah majlis ringkas mengikut tatacara norma baharu yang diadakan di Masjid Al-Hidayah hari ini. KOPETRO juga menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai dan juga makanan sejuk beku jenama LengQuas keluaran KOPETRO kepada 50 ahli Persatuan Seniman Malaysia.

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~


KOPERASI KAKITANGAN PETRONAS BERHAD
Facebook     |     Website     |     Instagram


You May Also Like

0 comments