JOM TINGKAT EKONOMI DIRI DENGAN BERNIAGA | RICHWORKS INTERNATIONAL SDN BHD

by - April 16, 2021

Holla usahawan Malaysia,

Tahun 2020 sehingga 2021 merupakan tahun paling mencabar bagi kita semua, ramai yang kehilangan pekerjaan dan ramai yang baru memulakan perniagaan menjual pelbagai jenis produk secara online dan offline kan. Tapi mampukah kita bertahan dengan perniagaan itu? Bagi yang berminat nak majukan perniagaan anda, meh baca cerita vainz kali ini mengenai satu program yang sudah tidak asing lagi dalam dunia perniagaan dan berjaya memimpin ribuan anak murid sehingga berjaya - Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya bagi Edisi Khas Nak Mula Berniaga daripada RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks).

Semua orang boleh mula berniaga dan menjana pendapatan bagi tingkatkan ekonomi diri sama ada melakukannya secara sepenuh masa atau sampingan walaupun dalam tempoh pandemik ini. Banyak produk yang boleh anda fikirkan dan hasilkan semudah ABC dan kemahiran yang betul, yang pasti anda perlu ada ilmu perniagaan supaya perniagaan yang anda lakukan tidak merugikan kewangan anda. Seperti yang dikatakan oleh En Radz Mohd selaku Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) - "sebenarnya banyak peluang yang ada untuk jana pendapatan dalam era digitalisasi ini dengan ramai orang meluangkan banyak masa secara online seperti media sosial bagaimanapun sebahagian usahawan juga tidak tahu cara untuk mula berniaga dengan betul menyebabkan tak mendapat hasil seperti diharapkan.

RichWorks juga membawakan secara langsung pelancaran ini menerusi Facebook Page, YouTube dan Instagram Azizan Osman dengan pelbagai aktiviti dan perkongsian usahawan selama 8 jam secara terus-menerus. Pelancaran ini juga bersempena dengan Inner Circle Meeting (ICM) dihadiri lebih 300 ahli Titanium berada di bawah program permentoran RichWorks bersama Mentor Keusahawanan dan Pakar Pemasaran No 1 Asia, Datuk Wira Dr Azizan Osman yang diadakan dengan kebenaran pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

APA ITU RICHWORKS?

RichWorks sebagai syarikat penganjur acara dan seminar terbesar dalam keusahawanan dan pemasaran di negara yang diasaskan Datuk Wira Dr Azizan Osman sejak 2008 telah melatih dan membimbing lebih 1.1 juta orang dalam pelbagai industri didalam dan luar negara yang mana pada tahun lalu saja, 777 usahawan PKS yang dibimbing dalam program mentoring Spire dan Titanium berjaya menjana jualan melebihi RM2 bilion. Jelas sekali program dan ilmu yang diberikan oleh Datuk Azizan sangat memberangsangkan sehingga mampu melahirkan ramai usahawan berjaya.

RichWorks juga ingin melatih dan membimbing lebih ramai orang untuk dapat membina bisnes yang berjaya di mana pun tahap mereka berada, baru bermula, berkembang dan nak meluaskan lagi bisnes berdasarkan pengalaman dan ilmu yang terbukti berhasil melahirkan ramai usahawan berjaya sejak ditubuhkan hampir 13 tahun lalu. “Semua orang sebenarnya boleh berjaya dalam bisnes jika adanya formula MESTI. MESTI ini bermaksud mentor, ‘elmu’, sistem, tindakan dan impian. “MESTI ini jika diikuti sepenuhnya boleh elakkan usahawan itu daripada melakukan kesilapan-kesilapan yang boleh melambatkan kejayaan malah lebih teruk menyebabkan bisnes mereka melingkup,” jelas En Radz Mohd. 

JOM JOIN KELAS PERCUMA!

Yang lebih menarik semasa temuramah ini adalah, En Radz Mohd mengumumkan bahawa Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Mula Berniaga yang akan berlangsung pada 23 hingga 25 April nanti ditaja sepenuhnya oleh RichWorks tanpa sebarang pembayaran perlu dibuat oleh para peserta. "Bakal peserta cuma perlu membuat pendaftaran menerusi laman web di www.BinaBisnesBerjaya.com untuk menempahkan tiket untuk hadir program virtual online ini. “Mari kita beri peluang kepada diri sendiri, sertai dan dapatkan sebanyak ilmu terbukti berjaya yang dikongsikan nanti bagi bantu anda mula dalam bisnes. 

Bagi anda yang betul-betul ingin memajukan perniagaan, apa kata jom sertai vainz dan kawan-kawan dalam Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya ini untuk kita kutip sebanyak ilmu yang boleh. Baru lah seronok berniaga bila ada ilmu dan memberi keuntungan kepada kita kan? Lagipula, program ni percuma dan tidak perlu berkumpul ramai-ramai pun, buka je laptop dan join. 

JOM BERJAYA BERSAMA-SAMA!

Siapa DATUK WIRA DR AZIZAN OSMAN


Accredited Business, Marketing & Leadership Coach, Mentor & Strategist, Serial 
Entrepreneur & Best Selling Author Azizan, seorang World Class Business Educator dan Asia's No.1 Business, Marketing & Leadership Coach terkenal dengan keupayaan uniknya untuk membimbing anak muridnya sehingga mendapat peningkatan luar biasa dalam perniagaan dan beribu-ribu pemilik perniagaan dan usahawan telah berjaya menerusi strategi dan metodologi kejayaannya yang telah terbukti untuk meningkatkan pertumbuhan perniagaan mereka dari sifar hingga mencecah jualan berjuta-juta ringgit.

➰➰➰➰➰➰➰➰➰➰➰➰➰➰➰


RichWorks International Sdn Bhd
RichQ, No. 77, Jalan Badminton 13/29, Seksyen 13
40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Instagram     |     Facebook    |     Twitter     |     TikTok     |     YouTube

You May Also Like

1 comments

  1. Program Richworks memang bagus!! Yang ini percuma, rugi tak join!

    ReplyDelete