2 TEMPAT MENARIK UNTUK STAYCATION DI LANGKAWI

by - October 30, 2021

Hola traveller,

        Bagaimana rancangan percutian anda bersama keluarga dan kawan-kawan untuk cuti panjang nanti? Dalam waktu pandemik begini, sudah tentu anda mencari tempat penginapan yang memberi ruang privasi kepada kumpulan anda, kan? Kali ini vainz nak kongsikan kepada anda 2 tempat yang patut dijadikan penginapan semasa a bercuti di Langkawi yang masing-masing mempunyai ciri-ciri tersendiri mengikut kehendak anda. 

➰➰➰➰➰➰➰➰➰➰

ROUHI RETREATS RESORT



        Bila sebut Langkawi, sudah ramai akan terfikir untuk menginap di Pantai Chenang, tetapi pernahkah anda terfikir untuk menginap di tengah-tengah Pulau Langkawi yang terletak berhampiran dengan Gunung Raya? Ayer Hangat yang terletak ditengah-tengah Langkawi ini merupakan satu kawasan yang akan memudahkan urusan anda untuk pergi merantau seluruh pulau dan pulang ke resort pada setiap malam.


        Rouhi Retreats Resort, Ayer Hangat merupakan resort baharu yang menggunakan konsep binaan villa yang mempunyai ruang rehat, dapur, ruang santai, kolam renang, dewan serbaguna, taman serta air sungai yang mengalir di belakang villa. Ruang penginapan ini selesa dengan penyediaan penghawa dingin, pemanas air di tandas serta dapur untuk anda masak. Tempat ini dikelilingi oleh hijauan pokok-pokok di tepi sungai dapat memberi anda 'morning view' yang indah.


        Sekiranya anda merancang untuk bergerak secara kumpulan/satu keluarga yang besar, vainz sarankan menginap disini untuk keselesaan dan keselamatan anda bersama semasa pandemik ini. Dengan ruang resort yang banyak hiasan tumbuhan, kolam renang yang sentiasa bersih dan ruang lepak di taman/dewan serbaguna untuk anda lakukan aktiviti bersama yang tersayang serta villa yang mempunyai kelengkapan lengkap.


                Di ruang sekitar kolam renang ini juga sesuai untuk dilakukan konsep berkelah dan santai sambil bermain air. Anda boleh maklumkan pada pihak pengurusan untuk menggunakan kelengkapan penginapan. Sekiranya anda ada sediakan makanan boleh bawa disini sambil santai, jika tiada jangan risau kerasa dihadapan Resort ini terdapat beberapa gerai sarapan pagi yang enak atau anda boleh request pada pihak penginapan di Rouhi Retreats Resort ini.



        Untuk pengetahuan anda, Rouhi Retreats Resort ini merupakan tempat penginapan baharu dan vainz sangat berbesar hati menjadi orang pertama yang merasai pengalaman percutian yang lengkap disini. Perasmian pembukaan resort ini telah dilaksanakan oleh Pegawai Daerah Langkawi sendiri iaitu Tuan Haji Saiful Anuar bin Azmi.


➰➰➰➰➰➰➰➰➰➰

PULAU DAYANG BUNTING CAMPSITE



        Tempat kedua yang vainz nak kongsikan ini lain sedikit, tempat yang menarik untuk anda menginap dan sukakan 'outdoor' privasi dan jauh dari orang ramai serta permandangan indah dari ruang khemah anda. Tempat ini terletak di Pulau Dayang Bunting Campsite yang tidak jauh dari Tasik Dayang Bunting yang terkenal itu.


        Pulau ini sudah dilengkapi dengan kelengkapan seperti dewan serbaguna, tandas asing mengikut jantina, kelengkapan BBQ dan kawasan lapang untuk anda beraktiviti disini serta mengutip kepah ditepi pantai. Pertama kali vainz datang kesini sudah mengukir senyuman apabila melihat kawasan yang bersih terjaga ini dijadikan tapak perkhemahan bagi yang meminati 'outdoor staycation'. Walaupun pada sebelah petang semasa disana hujan sekejap tapi diindahkan pula dengan warna pelangi dan pada malam hari kelihatan cahaya lampu-lampu dari seberang pulau sambil melayan angin di tepi pantai.





            Konsep yang berbeza dari tempat penginapan diatas tapi keduanya mampu memberi anda kepuasan untuk menginap dan bercuti di Langkawi. Untuk sampai ke Pulau Dayang Bunting Campsite ini hanya melalui bot dan perlu ditempah awal sebelum penuh. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 20-30 minit dari Jeti sambil melayan arus laut sambil melihat sendiri bentuk Bukit yang seakan menyerupai Wanita Hamil.

➰➰➰➰➰➰➰➰➰➰
Untuk menempah tempat penginapan yang vainz kongsikan ini, anda boleh hubungi nombor yang tertera:

+6013-4323268 ( Puteri Kassandra )
+6018-2404505 ( Adam Daniel )
        

You May Also Like

0 comments