PENGALAMAN PERTAMA BERSAMA FIREFLY 🛫
Hola traveller,
Sejak Malaysia kian pulih dari pandemik Covid-19 dengan kadar vaksinasi yang tinggi, sudah pasti ramai yang sudah merancang untuk bercuti mahupun pulang ke kampung. Pernahkah anda menaiki kapal terbang Firefly? Kali ni vainz nak kongsikan pengalaman pertama mencuba khidmat servis dari Firefly. Pada mulanya memilih Firefly kerana dekat dengan rumah, hanya 30 minit permanduan sudah tiba di lapangan terbang. Lagi berbaloi dari bergerak jauh ke KLIA dan bersesak dengan ramai orang disana.
Buat pertama kali vainz menaiki kapal terbang Firefly ini untuk pergi ke Pulau Langkawi, dan perjalanan yang mengambil masa 1 jam ini sangat selesa dengan servis yang disediakan. Vainz tiba di Lapangan Terbang Subang 1 jam sebelum perlepasan untuk 'check in baggage' dan proses yang dijalankan sangat pantas dan mudah. Hanya perlu beratur dalam beberapa minit untuk timbang bag dan ambil tiket penerbangan. Staf di kaunter Firefly sangat ramah dan bagus dalam melayan kerenah pelanggan. Ada beberapa soalan yang perlu dijawab di kaunter mengenai isu kesihatan kita.
Semasa menunggu waktu perlepasan, tempat menunggu yang disediakan memang selesa dan luas, jadi tidak perlu risau mengenai penularan virus ini kerana SOP ketat yang dijalankan disini sangat bagus. Ouh untuk pergi ke Pulau Langkawi, anda perlu scan qr code dari Jabatang Pertahanan Awam Malaysia dan isi maklumat peribadi. Maklumat ini sangat penting untuk mereka mengenal pasti perjalanan aktiviti kita disana nanti. Dalam keadaan cuaca yang baik, perlepasan berjalan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Semakan terakhir di kaunter perlu menunjukkan muka bagi pemeriksaan pengecaman muka oleh pegawai disitu. Seterusnya staf Firefly sangat effisyen dalam menunjuk arah ke kapal terbang, hal ini kerana di Lapangan Terbang ini tidak seperti KLIA yang kapalnya parkir bercantum dengan bangunan. Jadi hanya perlu berjalan sedikit dan kita perlu utamakan warga emas dan ibu bapa yang membawa bayi dahulu.
Kapal terbang yang comel molek ini mampu menampung 68-74 penumpang dan setiap seorang boleh membawa 20kg berat bagasi serta tambahan hand carry. Untungnya pada pertama kali menaiki ini, tempat duduk vainz terletak sebelah sayap, jadi dapatlah vainz melihat engine turboprop sambil melihat permandangan dari tingkap.
Untuk keselamatan bersama, kita perlu sentiasa memakai pelitup muka bagi mengelakkan penularan. Semasa dalam penerbangan, pihak Firefly ada menyediakan sedikit makanan ringan iaitu biskut, air mineral dan kacang. Nasihat dari vainz, semasa kita menjamah makanan ringan ni pastikan jaga kebersihan dan selepas selesai perlu cepat-cepat pakai pelitup muka demi kealamatan diri.Setibanya di Pulau Langkawi, penumpang diturunkan mengikut tempat duduk, jadi tidak perlu bersempit semasa berdiri dan berada dekat dengan orang lain. Waktu vainz ambil bag di tempat pungutan, vainz sangat berpuas hati kerana bag berada dalam keadaan yang baik tanpa rosak dan proses yang cepat. Keadaan bag yang elok ni buatkan vainz nak guna lagi perkhidmatan firefly selepas ini.
Apabila masuk dalam kawasan lapangan terbang, kita perlu melalui kaunter Jabatan Pertahanan Awam Malaysia untuk menunjukkan butiran peribadi yang telah diisi sebelum berlepas. Mereka sangat menitikberatkan keselamat semua pelancong. Hal ini membuatkan vainz rasa selamat untuk mengikut serus Kerajaan dalam menaikkan ekonomi semasa Gelumbung Perlancongan di Pulau Langkawi ini.
Jika anda berminat untuk merasai sendiri perkhidmatan pengankutan dari Firefly, tempah sekarang di website mereka ye.
➰➰➰➰➰➰➰➰➰➰
0 comments