HUTAN BAKAU KUBANG BADAK TARIKAN BAHARU DI LANGKAWI | BIOGEO TRAIL

by - November 13, 2021


Hola beautiful people,

Pernahkah anda mendengar satu lagi hutan paya bakau yang terdapat di Pulau Langkawi ini? Hutan bakau Kubang Badak ini terletak berdekatan dengan Crocodile Adentureland Langkawi dan berada satu jalan untuk ke Skytrex Adventure Langkawi. Kubang Badak terdapat 10 tarikan pelancong yang mampu memukau anda dengan keindahan dan kecantikkan alam semula jadi di sini. Permukaan bumi hijau dan sungai disini tidak diganggu oleh tangan manusia malas dijaga dengan baik oleh orang setempat.

Antara 10 tarikan utama di Kubang Badak adalah:
📍 Pulau Kubang Badak
📍 Sungai Siam
📍 Kampung Siam
📍 Bukit Menora
📍 Titik Pandang Landskap
📍 Tanjung Mendidih
📍 Goetapak Gua Pinang
📍 Tanjung Buta
📍 Geotapak Fosil Kambria Pulau Jemuruk
📍 Beting Pasir 
📍 Eagle Watching

Bagi anda yang meminati untuk melihat sendiri tapak-tapak pembinaan zaman dahulu yang masih kekal di Pulau Langkawi ini, vainz sarankan untuk datang sendiri melihat Kebuk Arang yang masih utuh pembinaannya. Kebuk Arang ini merupakan aktivti utama bagi penduduk Siam zaman dahulu yang menetap di Kampung Siam ini. Berhampiran dengan Kebuk Arang ini juga terdapat Bukit Menora yang menjadi pusat kemasyarakat orang Siam semasa melakukan aktiviti kerohanian mereka. Bukit tunggal bercerun curam yang terbentuk oleh batu kapur, batu marmar dan batu dolomit ini merupakan tempat persembahan teater Menora yang berasal dari Selatan Thai.


Sepanjang berada di Kubang Badak ini, Vainz amat kagum dengan Geotapak Gua Pinang yang merupakan gua laut kuno yang terbentuk oleh proses ombak ketika paras laut berada sekitar 15 meter lebih tinggi dari sekarang. Longgokan cengkerang dan tikar dapat dilihat melekat pada dinding Gua Pinang ini serta pokok disekitarnya. Haiwan gua seperti kelawar mengalami pengubahsuaian untuk hidup di dalam gua termasuk hampir tiada organ penglihatan, pigmen badan yang berkurang, metabolisme yang rendah serta hanya bersembunyi di dalam gua kelam ini. Apa yang uniknya Gua Pinang ini adalah, populasi kelawar dan lapisan guano (tahi kelawar) yang semakin menebal sebenarnya boleh menampung rangkaian makanan hampir keseluruhan fauna gua lain seperti ikan, cengkerik, lipan, kumbang, siput dan lain-lain.

Semasa vainz menyusuri Sungai Siam di Kubang Badak ini, vainz dibawa ke satu kawasan penanaman dan penjagaan anak pokok bakau yang terletak di Beting Pasir ini. Kawasan ini sentiasa pasang dan surut membuatkan pelancong yang datang melawat dapat meluangkan masa sekejap sahaja untuk melihat secara dekat anak-anak pokok bakau ini.  Dataran rata ini akan ditumbuhi dengan pokok bakau yang akarnya berselirat mengikat dan memerangkap sedimen. Pembentukan beting pasir ditentukan oleh banyak faktir seperti saiz pasir, bentuk dan jenis pengangkutan yang membawa pasir tersebut, sama ada oleh ombak atau arus pasang-surut sekitarnya.

Jika di Kilim Geopark terdapat aktiviti memberi makan kepada helang, di sini juga ada lokasi untuk melihat helang merah yang berterbangan di sepanjang sungai dan kita dapat merasai pengalaman memberi makan kepada helang-helang ini. Bagi vainz, kawasan baharu Kubang Badak ini patut dikunjungi oleh ramai pelancong kerana permandanganya yang cantik dengan gunung ganang, paya bakau yang mencengkam pesesir sungai, serta kehijauan sungai ini dapat memberi pengalaman terindah buat anda yang datang.

Seleasai menyusuri Kubang Badak ini, anda boleh menikmati makanan tengah hari di Jeti Kubang Badak ini dengan menikmati makanan segar yang dihidangkan. Buat pertama kali dalam hidup vainz merasai kerabu bronok yang merupakan sejenis hidupan laut seakan gamat. Sudah lama rasanya vainz tidak dapat rasa keenakan gulai ikan temenung, masakan di Jeti Kubang Badak ini memang membuatkan vainz rindu masakan nenek di kampung. 

➰➰➰➰➰➰➰➰➰➰

Antara tempat baharu yang vainz sempat teroka di Langkawi ini adalah Ayun Ayun Swings yang terletak di sekitar Kampung Ayer Hangat. Ayun Ayun Swings ini baru sahaja dibina dan yang menjadi tarikan disini adalah permandangan hijau dan ruang tinjau untuk melayan matahari terbenam. Tidak lama lagi disini akan dipasang buaian untuk anda yang ingin merasai sendiri kegayatan dimana berada di tebing bukit.  Hanya mengambil masa 5 minit untuk mendaki ke kawasan ini, amat berbaloi untuk merasai sendiri permandangan indah Kampung Ayer Hangat ini.

Bagi anda yang ingin datang ke sini, boleh hubungi nombor tertera:

+6013-4323268 ( Puteri Kassandra )
+6018-2404505 ( Adam Daniel )

You May Also Like

0 comments