LET'S GET WET AT LANGKAWI WITH PARADISE 101 & ROYAL LANGKAWI YATCH CLUB

by - November 07, 2021

 

Hola beautiful people,

Tak lengkap rasanya kalau datang Langkawi tapi tidak datang ke dua tempat paling menarik di sini. Kali ni vainz akan kongsikan kepada anda dua tempat aktiviti air untuk anda berehat, bermain dan menyegarkan diri. Bagi yang meminati sukan air anda wajib datang dan nikmati sendiri pengalaman bermain disini sambil melayan permandangan laut dan pulau sekitar Langkawi.

➰➰➰➰➰➰➰➰➰➰

        Tempat pertama yang vainz nak kongsikan ini terletak berdekatan dengan Pantai Kok dan untuk sampai ke sana perlu menaiki Boat Shuttle yang mengambil masa beberapa minit sahaja. Tempat aktiviti ini terletak di pulau persendirian yang anda dapat merasai ketenangan bermain tanpa gangguan orang ramai. Anda boleh santai di pulau ini serendah RM30/orang untuk sehari atau boleh dapatkan promosi aktiviti air seperti jetski, banana boat, parasailing, kayak, aqua park, Mangroove adventure dan renang. Untuk promosi sekarang anda boleh tempah di website rasmi Paradise 101 [di sini]



        Vainz datang kesini dengan menempak pakej 101 Syoq Gila yang berharga RM101 sahaja dan boleh pilih 3 aktiviti menarik disini. Vainz pilih untuk bermain aqua park, jetski dan banana boat tapi malangnya cuaca tidak mengizinkan, jadi vainz hanya dapat bermain Aqua Park serta bola tampat sahaja. Jika anda ingin bercuti di Langkawi, perlu semak dahulu keadaan semasa di pulau supaya setiap aktivti air tidak dibatalkan atas faktor keselamatan dan cuaca.


            Di pulau Paradise 101 ini terdapat banyak lokasi/port bergambar yang cantik untuk anda teroka sepenuh pulau. Terdapat juga cafe & bars serta relaxing bench di persisir pantai bagi yang ingin bersantai. Bagi yang ingin melakukan aktiviti air, anda akan menerima tuala dan tandas juga disediakan untuk keselesaan pengunjung. Vainz sangat berpuas hati untuk berkunjung disini walaupun tidak dapat melakukan aktiviti air tetapi dapat melakukan aktivti secara berkumpulan di daratan.



           Bagi anda yang ingin menganjurkan pesta, sambutan hari lahir, aktiviti kumpulan, vainz memang sarankan untuk datang kesini dan hubungi pihak Paradise 101 untuk mengaturkan rancangan anda disini. Makanan dan minuman yang dihidangkan disini memang berbaloi setiap sen yang dilaburkan. Sedap dan kawasan yang selesa untuk menikmati percutian anda.


➰➰➰➰➰➰➰➰➰➰

            Dari dulu vainz teringin nak naik yatch pusing-pusing dekat pulau, tapi tak kesampaian kerana fikir harganya yang mahal. Tapi lain pula cerita di Langkawi, harga untuk menaiki yatch ini serendah RM70/seorang jadi dapatlah merasai sendiri pengalaman seperti orang kayangan atas yatch. Harga yang dibayar termasuk berlayar merentasi sekitar Pulau Langkawi, salt water jacuzzi, makanan (lunch/dinner), freestyle swimming, kayak di tengah laut, bergambar dihadapan Dataran Lang serta sighseeing pulau-pulau kecil yang cantik.


            Vainz memilih untuk menaiki yatch dari Your Cruise Sensation yang boleh muatkan sekumpulan rakan-rakan vainz atas satu cruise yang sama. Hanya RM8,500 untuk 25 orang sangat berbaloi kerana vainz dapat bersantai dan beraktiviti bersama rakan-rakan dan yang paling penting vainz tahu status kesihatan mereka. Untuk pakej ini, termasuk sekali dengan insurance bagi keselamatan kami di atas laut cantik ini. Sangat berbaloi untuk menikmati keindahan alam atas yatch ini.


          Tempat berlabuh adalah di Royal Langkawi Yatch Club yang berada berdekatan dengan Datarang Lang. Di perlabuhan ini terdapat ratusan kapal layar mewah dari pelbagai bentuk, saiz dan warna. Fasiliti yang disediakan sangat memuaskan hati pelanggan dengan adanya ruang menunggu yang kondusif, kolam renang bagi penyewa pelabuh, elektrik dan air yang boleh diisi terus ke kapal semasa berlabuh menjadikan RLYC ini sebagai destinasi wajib bagi pelayar domestik dan antarabangsa sebagai tempat persinggahan.

        Bagi anda yang inginkan privasi dan pengalaman menaiki cruise mewah, boleh tempah sekarang di lawam web Your Cruise Sensation [di sini] atau boleh hubungi +6012-6313 147 atau email ke yourcruiseservices@gmail.com

        Makanan yang disediakan semasa merarau di atas kapal ini memang enak sekali. Lauk yang segar dan nasi yang masih panas buatkan vainz berpuas hati memilih pelayaran ini. Selain itu, cruise ini juga lengkap dengan bilik mandi, bilik persalinan pakaian, bilik rehat, ruang santai indoor dan outdoor, rooftop bersama captain, serta dapur yang selesa untuk anda satu kumpulan berlayar bersama.



            


You May Also Like

0 comments