Followers

www.vainzstory.blogspot.com. Powered by Blogger.
Instagram Facebook Twitter

vainz story


 Holla, apa khabar semua?

Harini vainz nak kongsikan satu kedai macam 7-eleven, tapi lagi best sebab ada banyak menu dari Jepun. Bestkan duduk Malaysia, semua jenis makanan dari luar negara kita boleh dapat dalam satu negara yang aman dan harmoni ni.


Cakap je Family Mart, vainz pasti ramai dah pernah pergi kan? Untuk pengetahuan anda, Family Mart mempunyai store di sekitar KL, Selangor dan Johor. Jadi bagi yang luar kawasan, boleh lah datang ke KL untuk rasa makanan Jepun yang dijual.


Apa barang yang dijual dan menu Jepun tu kan? Okayh, mari vainz bagitahu, dalam FM ada banyak makanan berbungkus (packed food) yang sama macam 7-E cuma produk ini dari Jepun. Makanan yang paling digemari vainz adalah Oden. Rasa kuah tomyam memang pekat dan sedap sekali. Vainz akan pilih Udon dan tambah fish cakes, fish ball, king crap dan corn. Budget dalam satu mangkuk dalam RM10-RM15 je.


Selain Oden, banyak lagi makanan segera seperti Bento Boxes. Ada banyak pilihan dan semuanya fresh dan of course sedap. Pilih je mana menu kegemaran anda, dan bayar, nanti cashier akan panaskan Bento set untuk anda. Harga yang ditawarkan dari RM7-RM13. 


Kalau anda on-diet, boleh lah beli sandwiches, ada pelbagai jenis perisa, dan inti. Dessert pun ada untuk korang maniskan mulut selepas makan.


Bentuk tiga segi ni mesti ramai dah kenal kan, Onigiri iaitu nasi pulut yang ada inti dekat tengah, warna hijau yang balut nasi pulut ni seaweed. Makan satu bungkus pun dah kenyang, ye lah, nasi pulut ni lagi berat dari nasi biasa.


Pernah cuba miniman dari Jepun? Dekat FM, boleh dapatkan perlbagai jenis minuman Jepun, macam kopi teh dan buah-buahan. Vainz paling suka minum Ground Latte. Rasa kopi dan susu yang sebati memang menagkap selera vainz.



Family Mart pun ada product sendiri iaitu keropok (janjan) dan teh. Best makan SHimi Chocolate Snacks sambil menonton movie di rumah, dapat pulak minum Green Tea.





Selain makanan dan minuman dari Jepun, FM juga ada jual barangan yang selalu dijual di kedai runcit. Ada sesetengah store FM dibuka 24 jam, jadi kalau lapar tengah malam or awal pagi tu, singgahlah beli di Family Mart. Memang berbaloi!


Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Holla,

Malam ni makan apa? Ada view cantik tak dekat tempat makan tu? Kalau nak menikmati view cantik dari atas bukit yang boleh nampak bandaraya Kuala Lumpur, anda boleh menikmatinya di Bukit Ampang. Suasananya sangat cantik, tenang dan sejuk sikit je.


Malam ni vainz pergi Bukit Ampang untuk rasa makanan yang ada di sini. Paling famous dekat sini adalah Char Kuey Teow, hampir semua kedai jual menu ni. Yang paling seronok makan dekat sini, vainz dapat lihat permandangan bandaraya Kuala Lumpur yang banyak lampu tu dari jauh. Tenang je makan dekat atas bukit ni. Jom ikuti cerita vainz malam ni pasal makanan di Bukit Ampang.



Menu utama yang vainz pilih sudah tentu Char Kuey Teow. Vainz pilih kedai di cerun bukit berdekatan dengan tempat 'shisha'. Rasa Char Kuey Teow kedai ni memang terbaik, rasa masam yang cukup buat vainz tambah lagi sepinggan. Hehehe. Vainz pesan Char Kuey Teow Special, ada telur mata, kerang, dan udang. Memang berbaloi untuk sepinggan berharga RM8.


Dah kenyang makan Char Kuey Teow dan kentang goreng, kita cuba bakso pula. Bakso ini guna meehoon dan ada bebola daging dalam 5 biji. Kedai kedua, vainz pergi dekat atas sikit tepi jalan besar. Kedai ni terletak dekat hujung sekali. Rasa bakso ni kurang memikat selera vainz, tapi rasanya boleh tahan.


Menu ketiga, vainz nak cuba laksa pula, laksa ni tak ada yang istimewanya, rasa sama macam kedai lain, cumanya kuah laksa agak cair. Rasa kuah laksa ni sedap dan cukup rasa. 


Dah selesai menjamu selera dengan makanan yang berat, vainz pun teruskan perjalanan pergi ke bahagian bawah, ada satu 'Food Truck' yang jual steamboat. Harga secucuk adalah RM1.20. Rasa sos steamboat ni memang padu dan berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Macam biasa, steamboat akan rebus dulu kan. Untuk steamboat vainz ada sertakan video, bole check it out.





Nanti vainz akan upload full video Vainz Hunting Food at Bukit Ampang di channel youtube vainz. Selamat malam, jangan lupa pergi Bukit Ampang untuk menikmati suasana panorama Bandaraya Kuala Lumpur dari atas bukit. 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Holla,

Petang tadi vainz ada singgah satu kedai area Pantai Tok Jembal, Terengganu. Ada banyak menu masakan panas dan paling best tukang masak dia orang Siam. Sudah pasti pedas dan sedap. Selalu kita makan masakan panas ni waktu makan malam kan? Kedai ni dia buka siang je, Jadi mana yang nak merarau (lunch) makan masakan panas ala Thai, boleh lah datang.

MAGGIE SUP TELUR
Menu pertama vainz pilih adalah maggie sup telur. Rasa dia memang padu, makan sampai licin sebab kuah dia memang cukup rasa dan pedas. Ada daging dan ayam yang diletakkan sekali dengan telur rebus. Selalu makan maggie dekat rumah mesti kosong je kan, haa kali ni semua bahan ada, barulah memikat selera dan kenyang.




MEE HOON SUP TELUR
Seterusnya, vainz order mee hoon sup telur extra pedas. Nampak tak cili tu, dah bole rasa perut nak meragam, hehe. Rasa mee hoon sup ni sama saja macam maggie sup tadi, cumanya kuah lebih pedas. Mee hoon pula memang lembut, tambah pula dengan daging dan ayam yang empuk betul-betul memikat selera vainz. 


Jadi, kalau anda melawat Kuala Terengganu dan kawasan Gong Badak, datanglah ke gerai ini. Berhadapan dengan Pantai Tok Jembal, view pantai yang cantik, dan angin laut yang tenang seperti pantainya. Bolehlah bawa kawan-kawan dan ahli keluarga datang bercuti di Terengganu, ada banyak tempat menarik yang bole diterokai. Yang paling best bercuti di Terengganu adalah negeri ini kaya dengan makanan yang sedap dan banyak menu berasaskan ikan.

Sampai sini saja cerita makanan vainz kali ini, teruskan membaca penulisan vainz, sebab ada banyak cerita, makanan dan tempat menarik yang vainz akan kongsikan bersama anda. 
Share
Tweet
Pin
Share
19 comments
Holla,

Harini vainz nak kongsi dengan anda semua makanan yang sedap dan sesuai untuk menu merarau 'lunch' dan makan malam 'dinner'. Hari ini, vainz nak kongsi menu yang vainz pilih di IKEA dan San Francisco Coffee.

IKEA Cheras
Vainz mulakan aktiviti pagi ni dengan mencari pakaian dan kasut baru untuk tahun hadapan di MyTown Mall sebelah IKEA Cheras. Tapi disebabkan vainz tak sempat sarapan, vainz terus brunch (breakfast + lunch) di IKEA Cheras. Apa menu yang sedap dekat IKEA ni? Vainz jarang datang melawat IKEA, jadi kene cuba menu yang banyak permintaan. Jom tengok apa vainz pilih untuk merarau hari ni.



Kalau sebut IKEA je, mesti semua tengah membayangkan bebola daging IKEA yang popular tu kan? Semestinya bebola daging IKEA menjadi pilihan vainz untuk mencuba. Rasa bebola daging yang padat, kering dan gelap ini memang serasi dengan lingonberry jam, sos gravy, kentang lenyek dan brokoli yang dihidang sekali. Brokoli yang segar direbus dan kentang lenyek yang empuk memang memikat selera vainz.


Next, vainz pilih Chicken Chop. Rasa ayam yang dimasak ni memang padu, dengan sos lada hitam yang cukup rasa, tambah pula dengan brokoli rebus dan kentang goreng. Untuk lebih enak kena makan dengan sos cili dan bijih sawi. Set ini berharga RM12.90 sahaja.


Vainz tak kenyang lagi, kene tutup merarau dengan pencuci mulut. Untuk menu seterusnya, vainz ambil almond cake, croissant, dan creme caramel. Harga almond cake adalah RM6.30 dan kacang badam memang banyak ye. Untuk croissant pula berharga RM3.70 manakal creme caramel RM2.00 sahaja


Dan kenyang makan semua ni, vainz pun teruskan misi membeli barang keperluan kerja untuk tahun hadapan. Habis pusing satu MyTown Mall nak cari baju cantik. Banyak kedai yang menawarkan harga murah sempena Perayaan Hari Natal. Vainz pun ambil peluang shopping banyak-banyak. Bila dah penat berjalan, kene lah tambah tenaga. Vainz pun singgah sebentar di IKEA Cafe. Jadi apa menu untuk tea time vainz pulak? Vainz pilih Chocolate Cupcake dan Danish Pastry, memang sedap dan gebu.


Dah selesai di IKEA, vainz pun bergegas naik MRT untuk pulang ke rumah. Sebelum sampai rumah, vainz singgah sebentar di NU Sentral untuk makan malam pula. Hehehe. Restoran apa jadi pilihan vainz?

San Francisco Coffee
SFC terletak di ground floor tapi kene keluar dari NU Sentral dan berhadapan dengan valet parking. Vainz memilih SFC sebab sekarang ada pertandingan SFC Wave 2 Win Contest. Alang-alang isi perut, vainz pun cuba nasib untuk memenangi hadiah yang ditawarkan SFC. Nak tahu apa vainz pilih untuk makan malam?


Vainz pilih Chicken Bolognese dan Croissant with sliced smoked Turkey, cheese and eggs. Rasa chicken blognese memang sedap dengan sos tomato yang cukup rasa dan ketulan ayam yang banyak. Sandwich vainz pula memang padu, gabungan hirisan ayam Belanda yang disalai, telur  yang tebal direbus dan keju yang meleleh memang menambat selera vainz.



Itu sahaja perkongsian vainz untuk menu makanan di IKEA dan San Francisco Coffee. Nanti vainz akan bawakan menu dan restoran lain yang menawarkan makanan yang sedap, dan memikat selera vainz dan anda semua. Boleh beri cadangan kedai makan yang anda suka di ruangan comment dibawah.
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Older Posts

TOPIC

  • #VAINZINFO
  • #VAINZEVENT
  • #VAINZDIARY
  • #VAINZTRAVELOG
  • #VAINZFOOD
  • #VAINZTECH

xulhlmi azhar

xulhlmi azhar
A lifestyle blogger who loves to spread the story for every one.

SOCIAL MEDIA

  • Instagram
  • Facebook
  • Twitter
  • youtube

FEATURED ON MEDIA

FEATURED ON MEDIA
FB Live @ Astro Gempak

Sunway Lagoon Facebook Page

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Created with by ThemeXpose