SHOPS DINNER AT FAMILY MART

by - January 19, 2019


 Holla, apa khabar semua?

Harini vainz nak kongsikan satu kedai macam 7-eleven, tapi lagi best sebab ada banyak menu dari Jepun. Bestkan duduk Malaysia, semua jenis makanan dari luar negara kita boleh dapat dalam satu negara yang aman dan harmoni ni.


Cakap je Family Mart, vainz pasti ramai dah pernah pergi kan? Untuk pengetahuan anda, Family Mart mempunyai store di sekitar KL, Selangor dan Johor. Jadi bagi yang luar kawasan, boleh lah datang ke KL untuk rasa makanan Jepun yang dijual.


Apa barang yang dijual dan menu Jepun tu kan? Okayh, mari vainz bagitahu, dalam FM ada banyak makanan berbungkus (packed food) yang sama macam 7-E cuma produk ini dari Jepun. Makanan yang paling digemari vainz adalah Oden. Rasa kuah tomyam memang pekat dan sedap sekali. Vainz akan pilih Udon dan tambah fish cakes, fish ball, king crap dan corn. Budget dalam satu mangkuk dalam RM10-RM15 je.


Selain Oden, banyak lagi makanan segera seperti Bento Boxes. Ada banyak pilihan dan semuanya fresh dan of course sedap. Pilih je mana menu kegemaran anda, dan bayar, nanti cashier akan panaskan Bento set untuk anda. Harga yang ditawarkan dari RM7-RM13. 


Kalau anda on-diet, boleh lah beli sandwiches, ada pelbagai jenis perisa, dan inti. Dessert pun ada untuk korang maniskan mulut selepas makan.


Bentuk tiga segi ni mesti ramai dah kenal kan, Onigiri iaitu nasi pulut yang ada inti dekat tengah, warna hijau yang balut nasi pulut ni seaweed. Makan satu bungkus pun dah kenyang, ye lah, nasi pulut ni lagi berat dari nasi biasa.


Pernah cuba miniman dari Jepun? Dekat FM, boleh dapatkan perlbagai jenis minuman Jepun, macam kopi teh dan buah-buahan. Vainz paling suka minum Ground Latte. Rasa kopi dan susu yang sebati memang menagkap selera vainz.



Family Mart pun ada product sendiri iaitu keropok (janjan) dan teh. Best makan SHimi Chocolate Snacks sambil menonton movie di rumah, dapat pulak minum Green Tea.





Selain makanan dan minuman dari Jepun, FM juga ada jual barangan yang selalu dijual di kedai runcit. Ada sesetengah store FM dibuka 24 jam, jadi kalau lapar tengah malam or awal pagi tu, singgahlah beli di Family Mart. Memang berbaloi!


You May Also Like

5 comments

  1. bila family mart nak buka kat terengganu..kami pun nak makan udon sambil lepak tepi pantai

    ReplyDelete
  2. mmg sedap makanan di sini. pernah try sekali..

    ReplyDelete
  3. Saya dah follow. Boleh follow blog saya melalui link https://hussainibooks.blogspot.com

    Terima kasih.

    ReplyDelete