JOM BELI BARANGAN MALAYSIA DARI USAHAWAN IKS
Holla Malaysian 👋
Bila sebut je Industri Kecil Sederhana (IKS) vainz selalu teringat karangan sewaktu dibangku sekolah. Topik yang selalu menjadi pilihan setiap peperiksaan. Tapi dulu hanya membaca sahaja mengenai produk IKS. Kali ini vainz berpeluang melihat sendiri barangan buatan usahawan Malaysia yang setanding dengan produk antarabangsa. Ada pelbagai jenis produk yang diketengahkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang diterajui oleh Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail.
Vainz rasa bangga dengan usahawan Malaysia yang mampu menghasilkan produk-produk yang berkualiti dan menggunakan bahan organik. Kali ini KPDNHEP mengadakan Kempen Beli Barangan Malaysia bersama Usahawan Tempatan IKS yang bertujuan untuk membantu usahawan IKS bagi lebih berdaya saing dengan produk antarabangsa dalam pasaran. Bagi vainz, produk yang berkualiti dan berpatutan menjadi pilihan semasa membeli belah, selain dari mudah dicari. Di pasaraya serta kedai runcit sekitar kita sudah mempunyai produk IKS tetapi tidak banyak dan tidak dikenali ramai. Sabtu lepas vainz pergi mencari barang rumah di Tesco Extra Kajang, dan berpeluang melihat banyak booth jualan produk-produk IKS yang dijual didalam Tesco sendiri.
Program seumpama ini adalah salah satu usaha dalam membantu
Usahawan IKS untuk memasarkan produk mereka di pasaraya besar seluruh negara.
Produk yang terpilih bukan sahaja mempunyai perlabelan dan rekabentuk yang
sesuai untuk dijual di pasaraya besar, tetapi juga telah mempunyai sijil KKM
dan Halal. Usahawan terpilih juga telah mematuhi syarat pengeluaran produk
untuk pasaraya besar. Usaha ini adalah sokongan dan kepada usahawan IKS untuk
lebih berdaya saing dan proaktif dalam bidang perniagaan. Ada juga Usahawan IKS
ini telah mendapat pasaran luar negara.
Antara produk IKS yang menarik minat vainz semasa Kempen ini adalah produk penjagaan gigi jenama MISMIS,
perapi rambut SWAG dan penjagaan diri Asianic dan Blossom. Produk jenama
tempatan ini boleh didapati diseluruh pasaraya besar Tesco di seluruh negara. Produk jenama
MISMIS, SWAG dan BLOSSOM ini bukan sahaja mempunyai kualiti dan pembungkusan
yang setanding dengan produk antarabangsa yang lain di pasaran, jenama tempatan
ini juga telah melepasi piawaian produk bermutu tinggi untuk pasaran pasaraya besar
dalam dan luar negara.
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
UBAT GIGI - MISMIS
NFA Technologies Sdn Bhd
ditubuhkan sejak 2014 sebagai syarikat untuk menyelidik, mengeluar dan
memasarkan ubat gigi dan produk penjagaan mulut yang berasaskan polifenol koko
yang pertama seumpanya bersama bahan herba semulajadi dari cengkih dan minyak
zaitun. Ianya mensasarkan pasaran komersial untuk dalam dan luar negara bagi
memenuhi permintaan ubat gigi Halal bagi semua segmen umur untuk seisi
keluarga, untuk semua peringkat umur dari kanak kanak sehingga dewasa. Telah bekerjasama dengan Lembaga Koko
Malaysia untuk penyelidikan, pemprosesan dan penyelenggaraan bagi menggunakan
polifenol koko sebagai bahan mentah
utama yang berkualiti tinggi dalam pembuatan ubat gigi natural jenama MISMIS.
Memiliki sijil Halal dan Good
manufacturing Practice - GMP (Praktis Penghasilan Produk Berstandard). Matlamat syarikat
adalah untuk menjadi syarikat yang bersaing maju dalam mengeluarkan produk yang
bermutu tinggi dan standing dengan produk antarabangsa selain menjadi syarikat
yang kompetitif dan inovatif di Malaysia.
Jenama MISMIS terdiri dari ubat gigi MISMIS Ekstra Pudina Segar (Extra
Cool Mint) dan Pudina koko premium yang mengandungi
bahan aktif polifenol- tannin terbukti berkesan membunuh bakteria utama di
dalam mulut iaitu Streptococus Mutan, penyebab nafas berbau dan menyebaran
karies gigi. Dengan penggunaan bahan aktif ini ia juga dapat menghindarkan
permulaan gigi berlubang dan pembentukan karies gigi.
|“Ubat gigi MISMIS tanpa
fluorida dari Polifenol koko premium
terpilih dengan campuran ramuan herba semulajadi seperti cengkih dan minyak
zaitun ini akan mengekalkan anda senyuman
manis dan nafas yang segar sepanjang hayat. Jenama MISMIS adalah pilihan yang
bijak bagi pengguna yang inginkan produk 99.9% dari bahan semulajadi.” kata Puan Noormawarni Nordin selaku Pengarah Syarikat
MISMIS
Website: https://www.mismis.com.my/
Facebook: https://www.facebook.com/mismistoothpaste
Instagram: https://www.instagram.com/_makeitsmile/
Facebook: https://www.facebook.com/mismistoothpaste
Instagram: https://www.instagram.com/_makeitsmile/
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
SWAG – PERAPI RAMBUT
Untuk memastikan kaum lelaki juga tampil bergaya dan kemas, Sakura Industries memperkenalkan pomade dalam bentuk gel dan cecair dan juga clay dari jenama Swag. Jenama Swag diformulasikan dari bahan bahan semulajadi seperti Argan Oil, Olive Oil bagi membantu menyubur dan menyihatkan lagi rambut selain ianya amat selesa digunakan sepanjang hari. Perapi rambut ini juga diformulasikan berasaskan air (waterbase) bagi memberi sentuhan semulajadi pada rambut.
Pengarah Urusan Sakura Industries, Mohd Rozailmee Zulkeply berkata, jenama Swag kini telah menjadi pilihan bagi lelaki yang mementingkan pengayaan rambut. Selain itu jenama Swag juga sesuai untuk semula lapisan umur terutamanya anak muda dari sekolah rendah dan menengah yang sentiasa ingin kelihatan rapi dan bergaya mengikut citarasa pengayaan rambut terkini.
Terdapat empat jenis pilihan, iaitu ‘Boss’, ‘Focus’, ‘Energy’ dan ‘Million’. Setiap jenis mempunyai fungsi dan bahan berbeza mengikut gaya dan citarasa pengguna. Terdapat dua pilihan sama ada untuk gaya sentuhan sederhana atau tambahan kekuatan bagi mereka yang gemarkan aktiviti lasak. Swag bukan sekadar produk menata rias rambut lelaki, malah turut berfungsi sebagai perapi rambut agar lebih sihat dan subur kerana dilengkapi unsur-unsur semulajadi. Pembuatan Jenama Swag tidak menggunakan bahan kimia berbahaya, malah ramuan semulajadinya menjadi asas kepada keunikan jenama ini. Baunya juga menyenangkan dan wangian lebih maskulin. Produk Swag mudah digayakan mengikut citarasa, ia juga mudah dibilas dan tidak menyakitkan kepala ketika menggayakannya dan membesihkan selepas sehari menggunakannya.
Dengan berat bersih 120g bagi produk pomade berharga RM28.00, ianya adalah antara harga yg murah dan mampu milik untuk semua. Manakala bagi produk clay 80g dijual pada harga RM19.90 dan Liquid Pomade 200g hanya berharga RM19.90 sahaja. Dengan penggunaan normal setiap produk mampu bertahan selama 4 minggu dan ianya amat berbaloi untuk dimiliki oleh jejaka hebat diluar sana.
SWAG
Website: http://www.swagpomade.com/
Facebook: https://www.facebook.com/SwagPomade/
Instagram: https://www.instagram.com/myswagpomade/?hl=en
Facebook: https://www.facebook.com/SwagPomade/
Instagram: https://www.instagram.com/myswagpomade/?hl=en
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
BLOSSOM - LOSYEN PENJAGAAN
TANGAN
BADAN DAN KRIM TANGAN
Produk Jenama Blossom
terdiri daripada 4 variasi losyen tangan dan badan bersaiz 500ml iaitu limau
tangerin (Tangerine), Betik (Papaya), Buah Zaiton (Olive Oil) dan juga Ros
(Rose). Diformulasikan dari bahan bahan terpilih dan bermutu tinggi bagi
memberikan kesan yang optima pada kulit. Diformulasikan dari bahan bahan
semulajadi ianya juga sesuai untuk kesihatan kulit. Juga terdapat krim khas
tangan Blossom 50ml yang mudah dibawa kemana-kemana kerana sizenya compak dan
kecil.
Setiap manusia lahir dengan berbagai
bagai jenis kulit. Ada kulit kering, berminyak dan tidak sekata. Wanita
terutanya amat gemar untuk menjaga dan mastikan kulit sentiasa cantik, mulus
dan sihat. Bagi menambah kecantikan tersebut,
Blossom adalah salah satu jenama yang diformulasikan khas bagi yang
mementingkan penjagaan kulit. Blossom adalah pilihan yang terbaik bagi wanita.
Bukan sahaja dapat melembutkan kulit,
tetapi aromanya yang semulajadi dan tekstur lembut pembuatan Blossom pasti akan
membuat anda merasa sentiasa segar dan berkeyakinan sepanjang hari.
Menurut Puan Leny Adam selaku Pengarah Syarikat Wonderland Primary Sdn Bhd.|“Blossom adalah produk
tempatan yang setanding dengan produk antarabangsa yang lain dipasaran. Dengan
harga yang berpatutan dan dengan pembuatan yang diformulasikan dari ekstrak
yang berkualiti tinggi, pasti para pengguna akan mendapat manfaat untuk
kecantikan dan kesihatan kulit. Dengan Blossom, kini kulit akan lebih sihat,
cantik dan muda sentiasa”
BLOSSOM
JANGAN LEPASKAN PELUANG ANDA UNTUK SOKONG BARANGAN MALAYSIA DARI USAHAWAN INDUSTRI KECIL SEDERHANA! 👍
13 comments
Jom sokong produk tempatan! Bangga sebenarnya bila produk kita setanding produk antarabangsa
ReplyDeleteProduk Muslim ni memang kena ada sokongan pelbagai pihak, kalau tak kita sendiri pun tak tau yang mana dan apa produk muslimnya..betul tak?
ReplyDeleteRawlins dah guna ketiga-tiga jenama - gigi dan nafas lebih segar, rambut lebih terletak dan kulit menjadi lebih segar serta lembap.
ReplyDeleteSuka produk lokal2 ni.. boleh pergi lebih jauh lagi... and plg penting halal
ReplyDeleteSeronoknya boleh tengok depan mata. Produk blossom (krim / losyen) tu nampak menarik. Kalau harganya berpatutan tapi setanding dengan produk antarabangsa, memang berbaloi beli dan guna. Disamping support usahawan IKS.
ReplyDeleteBagus ada initiatif macam ni. Bukan senang nak masuk pasaraya kalau tak de duit banyak. Bagus they all support local industry.
ReplyDeleteProduk lokal yg diiktiraf ni harusss lah kita support. Tengok pun dah setanding dgn produk antarabangsa. Nak cuba la krim Produk Jenama Blossom.. ganti dari pakai produk Korea.. hihi
ReplyDeleteI like campaign like this. we need to support more on Industri Kecil Sederhana (IKS) sebab they are really good stuff there.
ReplyDeleteSelalu gak dpt info produk semua tu tp blm berpeluang cuba..
ReplyDeleteBagus ketengahkan produk anak tempatan. Kalau tak Bella pun tak tahu tentang produk ni. Looking forward nak try MisMis dan suka kalau bau pomade yang wangi.
ReplyDeletekalau produk yang bagus, berkualiti dan harga pun berpatutan sure ramai akan support. all the best
ReplyDeleteDah cuba satu dua produk yg dilistkan..mmg bagus..sama kualiti mcm produk luar. Mmg sis support barangan tempatan
ReplyDeletebagus lah ada kempen beli barang buatan malaysia. sama2 kita support produk bumiputera dan meningkatkan ekonomi malaysia
ReplyDelete