MENCUBA RAWATAN MUKA PERTAMA KALI DALAM HIDUP

by - February 06, 2020

Holla,


Untuk cerita kali ini, Vainz nak kongsikan masalah yang dihadapi sejak 2011. Kulit muka Vainz rosak selepas mencuba satu produk pencuci muka yang terkenal, mungkin ini satu balasan sebab tidak mendengar nasihat ibu saudara waktu tu. Tapi Vainz hadap juga masalah ini dengan bantuan beliau untuk perbaiki masalah jerawat pada bahagian pipi dan dahi. Tahun demi tahun, produk demi produk Vainz cuba. Waktu diasrama memang sibuk belajar sampai tidak jaga muka ni, jadi bila dah habis SPM 2015, Vainz mulakan misi menjaga muka dan alhamdulillah keadaan semakin baik. Tetapi masih ada jerawat yang tumbuh pada bahagian muka. Vainz selalu baca mengenai Botox, Laser, Facial Treatment dan sebagainya di internet, tetapi belum berani untuk mencuba sebab takut tidak memberi kesan negatif pada muka.

Dipendekkan cerita, Vainz dan Kakak Kimchi diajak oleh Abang Marcus untuk mencuba Facial Treatment dan Mani Pedicure di Toscana Beauty & Medispa. Tanpa fikir panjang, Vainz bersetuju disebabkan tidak tahan dengan kecaman dan ayat-ayat pedih dari orang sekeliling mengenai kulit muka Vainz. Mungkin ini masanya untuk Vainz mencuba sesuatu yang baharu untuk memberi kesan positif kepada masalah yang dihadapi.

Untuk rawatan muka ini, ada beberapa proses yang dilakukan dan anda boleh tengok proses ini pada video dibawah ye. Proses yang agak sakit adalah semasa membuang jerawat (lifting) apabila beautician mencucuk setiap jerawat dengan jarum untuk keluarkan kotoran yang ada pada bahagian bawah kulit. Proses selepas itu sangat seronok dan relaks sehingga boleh dibuai mimpi seketika. 



Pengalaman terbaru dan menarik bagi Vainz untuk mencuba Facial Treatment disini. Servis yang diberikan memang terbaik dengan suasana salon yang bersih, iringan muzik yang tenang dan beautician yang bagus. 


Servis yang disediakan di Toscana Beauty & Medispa:
💥 Facial Treatment (acne, lifting, brightening)
💥 Waxing Face & body
💥 Mani/Pedicure
💥 Gel/Classic nail colour
💥 Make-up
💥 Hairstyling
💥 Hair Blow & Wash
💥 Hair treatment
💥 Rebonding
💥 Leg/Hand spa
💥 Body slimming/detox
💥 Threading
💥 Saree draping


Kakak KimChi yang sedang seronok buat Mani/Pedicure

Sekiranya anda berminat untuk mencuba servis terbaik disini, boleh hubungi nombor tertera bagi merasai sendiri pengalaman di beauty salon ini.

➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
TOSCANA BEAUTY & MEDISPA
No 384 (1st Floor), Jalan 5/59
46000 Bukit Gasing, Petaling Jaya, Selangor
019-449 0015
Isnin - Sabtu
10:00 pagi - 7:00 malam

You May Also Like

11 comments

  1. Wow!!!!!! It’s good that you do facial. This clinic provides good service too.

    ReplyDelete
  2. Wah.. Pas ni flawless la wajah zul.. Xsabar nak jumpa.. Confirm letoppp wajah skrg yea.. AM pun berminat gak nak wat treatment.. Ada masa nak gak manjakan diri..

    ReplyDelete
  3. Wah..lepas nie sure zul bertambah handsome..skrg pun dah handsomekan..bagus klu jaga kulit wajah dari awal

    ReplyDelete
  4. Alah bestnya buat treatment .. Yana teringin nak facial muka dengan mani dengan pedi . Servisnya semua best .. huhu

    ReplyDelete
  5. Mewah ye Toscana Medi Spa ni. Dah pernah try buat rawatan estetik. Lepas ni nak cuba facial pula dan bercantik2 dgn spa kuku.

    ReplyDelete
  6. bagus ni.. tak kisah la lelaki ke perempuan ke.. elok war facial... dpt sihatkan wajah juga.. makin hensem dh la.. hehe

    ReplyDelete
  7. Aduhh seramnye tengok tang picit jerawat tue..boleh rasa kesakitan tue..tp nk cantik kna la tahan kn..org kata beautu is pain..tp kesannye msti wow kan lpas dptkn treatment muka kt sni..

    ReplyDelete
  8. Wah banyak juga ya servis yang disediakan di Toscana Beauty & Medispa ni ya. nanti nak cuba tengokla apa yang sesuai.

    ReplyDelete
  9. Dah beberapa kali juga buat rawatan kat sini! Memang berbaloi dan sangat puas hati. Plannya nak ke sana lagi dalam masa terdekat ni

    ReplyDelete
  10. saree draping pun ada? wow. Part kena cucuk dengan jarum untuk buang jerawat tu memang sakit tapi bila dah habis treatment, puas hati tengok muka. Beauty is pan gittew

    ReplyDelete
  11. yeay, semoga lebih berkeyakinan lepas ni tau :)

    ReplyDelete