SEWA SET TANJAK SEMURAH RM50!
Holla 👋
Pernah tak anda menghadiri majlis yang menetapkan konsep kontemporari atau busana pengantin? Mesti pernah kan sebab tema ini memang menjadi rebutan banyak syarikat sempena majlis apresiasi. Masing-masing ingin bergaya seperti pengantin zaman muda mudi, berpakaian lengkap berbaju melayu bertanjak. Vainz pernah turut serta satu program di Kuala Lumpur iaitu Keretapi Sarong. Dari malam sampai ke pagi mencari baju yang sesuai untuk dipakai mengikut tema program, tetapi tiada yang betul-betul menarik minat. Jadi Vainz pun pakai baju melayu biasa dan buat tanjak menggunakan kain pelikat sahaja.
Waktu ini, dengan hati yang kurang gembira vainz kuatkan semangat juga untuk turut serta program ini walaupun set baju melayu vainz tidak lengkap. Sepatutnya kain samping dan tanjak menggunakan kain yang bercorak sama dan lipatan tanjak sendiri salah. Vainz redha sahaja sebab tidak tahu cara lain untuk mendapatkan set aksesori tanjak yang lengkap waktu itu.
Awal tahun 2020, REKARAKEA ada menghantar pesanan mesej kepada Vainz untuk mencuba set tanjak dari mereka. Tanpa membuang masa kami bersetuju untuk jumpa di Tamarind Square bagi melihat sendiri aksesori busana baju melayu dari REKARAKEA ini. Vainz sempat mengambil beberapa gambar semasa mencuba set tanjak dan busana dari mereka. Memang lengkap dan cantik sekali set tanjak itu ditambah pula dengan keris. Barulah rasa seperti Melayu yang cintakan busananya.
REKARAKEA
Syarikat ini merupakan juru gaya acara yang menyediakan perkhidmatan dekorasi dan latar belakang korporat meliputi perundingan, reka bentuk sehingga pemasangan itu sendiri. Selain itu, REKARAKEA juga menyediakan perkhidmatan menyewa busana pengantin dan aksesori tradisonal serta moden. Syarikat ini bernaung dibawah Red Ribbon Resources yang ditubuhkan sejak 2012 dan bertapak di Pusat Perniagaan Puchong Prima sebelum berpindah ke Cyberjaya.
Antara perkhidmatan yang ditawarkan dengan harga paling berbaloi
Pelanggan REKARAKEA selalunya pengantin, pengapit, keluarga pengantin serta individu yang memerlukan penyewaan busana atau aksesori untuk majlis serta program yang mempunyai tema.
Antara aksesori yang disewa adalah:
LELAKI
👕 Baju Melayu
👕 Set tanjak (samping dan bengkung)
👕 Brooch
👕 Rantai
👕 Belt
👕 Keris
PEREMPUAN
👕 Busan gaun
👕 Kebaya songket tradisi
👕 Tiara
👕 Rantai
👕 Subang
👕 Belt
👕 Veil
👕 Kasut
PERKHIDMATAN SEWA SET TANJAK
✔ Aksesori set tanjak yang lengkap ini boleh disewa selama 6 hari di REKARAKEA.
✔ Harga yang ditawarkan serendah RM50 sehingga RM70 bagi satu set.
✔ Size tanjak dan bngkung bermula dari Small sehingga Larga dan boleh dilaras.
Selepas ini Vainz tidak akan runsing lagi untuk mencari set tanjak bagi menyertai program mahupun majlis yang menggunakan tema tradisional, dengan perkhidmatan penyewaan set tanjak dari REKARAKEA, semuanya menjadi mudah.
*Info mengenai cara pemakain tanjak:
SALAH = Kerongsang berada dihujung tanjak dan ikatan berada tepat di bahagian belakang
BETUL = Kerongsang berada dibahagian tengah manakala ikatan tanjak berada disisi kepala.
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
RekaRakea Event Stylist
Cyberjaya
Cyberjaya
Hafiz: 010-7953 569 | Nelly: 0107920920
Instagram: instagram.com/rekarakea
9 comments
smart betul orang melayu pakai pakaian macam ni. dah ramai buat event bertemakan kemelayuan. daripada beli tak tau nak simpan dan pakai bila pulak, elok sangat sewa
ReplyDeleteSekarang ni segalanya mudah kan? Tak perlu beli dah bole sewa ke lagi pun bukan nak pakai selalu kan so tak pwrlu beli.
ReplyDeleteBaju melsyu kalau siap bertanjang memang segak betul...lebih2 lagi yang memakainys handsome..hahaha..tq zul for sharing bolelah k mid usa2 untuk anak nanti
ReplyDeleteWahh kerlasss. Kak Bell suka juga busana tradisional ni. Kalau dapat pakai memang suka sangat. Nice juga spacing gambar tu, 2 gambar utk full photo. Nanti boleh lah sewa dari sini.
ReplyDeleteWah dah macam pendekar ni. Sesuai la bagi yang nak hadiri event tertentu. Murah ja
ReplyDeleteWah okeylah ni.. tanjak tu je ke atau satu set ? Ehhh menarik betul kalau ada baju gunung ledang rasa macam nak sewa juga la
ReplyDeleteDah macam sorang pahlawan bila lengkap sepersalinan baju melayu bertanjak tu bro.. saya tak pernah cuba lagi pakai mcm ni..
ReplyDeleteMurahnya sewa semurah RM50. nanti boleh la sewa kat sini. Btw baru tahu tentang cara pemakaian keronsang kat tanjak tu. Thanks for the info.
ReplyDeletedah mcm pengantin baru nampak ni haa... apapun bagus ada servis yang mcm gini.,. mudah kalau time nak guna.. murah pun murah
ReplyDelete