SESI RAWATAN KULIT DI TOSCANA MEDI CLINIC

by - February 20, 2020

Holla beautiful people,


Masih ingat certia Vainz Mencuba Rawatan Muka Pertama Kali dalam Hidup? Kalau anda belum baca, boleh klik di sini. Kali ini, Vainz meneruskan rawatan kulit muka di Toscana Medi Clinic yang terletak di Solaris Dutamas. Pada sesi rawatan yang lepas, beautician telah mengeluarkan kotoran/jerawat di bahagian epidermis muka Vainz, jadi kali ini Vainz akan meneruskan proses pemulihan kulit untuk membuang sel kulit mati dan memutihkan parut-parut lama.

Bagi yang mempunyai masalah lebih kurang dengan Vainz, iaitu kulit muka berjerawat dan parut. Anda disarankan untuk mencuba rawatan Estetik yang mempunyai pengiktirafan dan sijil yang diyakini. Bagi Vainz, untuk bersetuju meneruskan rawatan ini perlu bersedia dengan mental dan fizikal untuk mengetahui masalah kulit sendiri dan rasa menusuk semasa menjalani rawatan. Toscana Medi Clinic sememangnya merupakan Pusat Estetik yang mempunyai sijil-sijil dan pengalaman dalam menguruskan rawatan Estetik dan servis lain.


Sebelum Vainz memulakan rawatan kali ini, Vainz dipanggil untuk berjumpa dengan LCP Doktor, iaitu Dr Lashela Dharmadass yang mempunyai pengalaman dalam Estetik untuk membincangkan masalah kulit muka Vainz. Sesi ini sangat penting supaya kita lebih mengenali keadaan kulit dan masalah yang dihadapi supaya mendapatkan rawatan yang betul dan disarankan. Peringatan: sekiranya anda ingin menjalani rawatan Estetik, anda perlulah berjumpa dengan Dermatologist bagi mendapatkan khidmat konsultasi yang betul.


Selepas mendapatkan konsultasi dari Dr Lasheela, Vainz dinasihatkan untuk menjalani rawatan 'Q-Switch / Fractional Laser'. Rawatan ini adalah untuk menghilangkan tompok gelap dan parut jerawat dari kulit. Tenaga laser y melepaskan pigmen ke dalam kulit supaya ia boleh diserap semula secara semula jadi dan dilupuskan oleh badan. 


Dari pengalaman Vainz sendiri, Vainz dapat merasai perbezaan keadaan kulit sebelum menjalani rawatan serta selepas menjalani rawatan di Toscana Beauty & MediSpa serta Toscana Medi Clinic ini. Jerawat di bahagian muka tidak lagi naik, manakala parut jerawat kian pulih dari hari ke hari. Semasa menjalani rawatan ini, akan merasai pedih sedikit semasa disapu ubat dan proses 'Q-Switch laser', rasa mencucuk pada kulit itu seperti digigit semut, tapi kesannya yang positif mengukir senyuman diwajah Vainz untuk lebih yakin tampil di khalayak ramai.


➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖

WHAT ARE THE SERVICES PROVIDED 
AT TOSCANA MEDI CLINIC?
😎 Aesthetic Services:
➤ Skin Problem
➤ Botox | Filler
➤ Face reshaping
➤ Lip enhancement
➤ Firming / Lifting
➤ Wrinkle care program
➤ Q-Switch / Fractional laser
➤ Permanent hair reduction
➤ Freckles / Pigmentation
➤ Tattoo / Mole removal
➤ Cellulite reduction
➤ Acne scar reduction
➤ Body sculpting
➤ Weight loss

🙍 Women's Health
➤ Fertility counselling
➤ Menopause counselling
➤ Pap smear & HPV counselling
➤ Family planning & Birth control education
➤ Pelvic & Sexually transmitted infection management
➤ Management of menstrual disorders
➤ Urine incontinence management

💑 General Practice
➤ Stemcell | Obesity
➤ Diabetes | Papsmear
➤ Genetic test | Skin Disease
➤ STD screening | Hypertension
➤ Breast examination
➤ Full medical check-up
➤ Minor surgery | Emergency care
➤ Wound care

➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
TOSCANA MEDI CLINIC
📱 03-6143 8866    |    📱016-608 8846    |    📱012-291 2137
⧪ Lot 01 & 02, Level G4, Block D5,
Solaris Dutamas, No 1, Jalan Dytamas 1,
50480 Kuala Lumpur
Facebook: TOSCANAMED               |              Instagram: TOSCANA_MEDICLINIC





You May Also Like

14 comments

  1. Woww bestnyaa..bilalah nak dapat belai-belai manja di muka ni..lama tak buat treatmebt ni..Berbaloi ek tengok semua khidmat servis yang ada..kalaulah dekat di Johor, memang booking tiap bulan ni...

    ReplyDelete
  2. Tak pernah lagi pergi buat rawatan kulit macam ni. Seronoknya zul kat situ.. hehe.. part paling best tu rawatan memutihkan parut-parut lama tu. Tambah hensem la zul lepas ni. Hehe.. - Blog Sofinahlamudindotcom

    ReplyDelete
  3. wow. cantik berseri lah lepas ni. heheh. saa pun tengah plan untuk buat rawtan estetika. nak glowing dan bibir pink. kikiki!

    ReplyDelete
  4. banyak juga service yang Toscana Medi clinic sediakan selain sesi konsultansi dan rawatan kulit muka. Baru tahu pasal rawatan estetika ni, nanti boleh try kot sebab masalah muka kita sama

    ReplyDelete
  5. wow nice experience for you at Toscana Medi Clinic. I shall visit the clinic soon too to have a treatment there

    ReplyDelete
  6. Good service this clinic offers. Semoga anda bertambah Kacak. Have a good weekend.

    ReplyDelete
  7. Ohh ini rahsia Zul untuk nampak kulit lebih lembut dan juga lebih segar yer buat rawatan kat sini tengok macam ok tak mahal pun dan lebih yakin.. Nanti zul boleh bawa kita pergi rawatan kat sini juga hehehehe..

    ReplyDelete
  8. sesekali buat treatent muka memng best. Kene jumpa pakar nak tau kulit kita mcm mana, skincare apa yang sesuai kan..mcm best juga Toscana Medi ni

    ReplyDelete
  9. Sekali sekala.mmg penting kita datang untuk.meremajakan balik kulit muka kita kan

    ReplyDelete
  10. Eh, banyak juga perkhidmatan yang ditawarkan kat sini. Mudah la kalau jenis orang yang ada 2-3 masalah boleh datang sini dan buat kat sini je. Tak perlu nak pi 2-3 tempat lain.

    ReplyDelete
  11. Suka buat rawatan muka kat Toscana. Kak min biasa jugak ke sana dan dah biasa dgn doc tu heheh nnt nk gi lagi wat treatment la

    ReplyDelete
  12. bagus kan dapat jumpa yang betul2 pakar utk buat rawatan kulit. yakin dan insyaAllah kesannya terbaik gitu. sy pun kalau ade rezeki nak buat rawatan mcm ni nanti. terima kasih ats perkongsian~

    ReplyDelete
  13. bagus kalau pakar sendiri yang buat, cuma kena pastikan bahan yang digunakan adalah selamat

    ReplyDelete
  14. bolehlah jadi lebih cantik dan elok lepas ni :) banyak juga ya rawatan dekat sini :) thanks sharing: )

    ReplyDelete