DATO' SRI LIOW SOON HEE MEMBANTU MANGSA COVID-19 DI CHINA

by - March 07, 2020

Holla 👋


Tahun 2020 bermula dengan satu masalah kesihatan yang memberi kesan besar kepada seluruh dunia. Wujudnya satu virus baharu yang boleh membuat seseorang itu meninggal dunia dan masih aktif tersebar ke seluruh dunia. Covid-19 yang dahulunya dikenali Corona Virus telah meragut ribuan nyawa di China dan puluhan di negara lain. Kita perlu mencegah diri dan keluarga dari dijangkiti atau menyebar virus ini kepada orang lain bagi menjaga harmoni sejagat.


Baru-baru ini Vainz sempat menghadiri satu sidang media yang diadakan di Puchong yang melibatkan Pertubuhan Integriti Nicky Liow Malaysia dan Yayasan Winner Emperor Sedunia serta Excella Chong, selebriti tempatan. Sidang media ini diadakan bagi menandatangai persetujuan pendermaan topeng perlindungan pernafasan dan bekalan perubatan kepada mangsa Covid-19 yang berada di negara China. Sidang Media ini dihadiri dan dilaksanakan oleh Dato' Sri Liow Soon Hee yang menyumbangkan duit pertubuhan beliau kepada mangsa yang memerlukan.


Topeng perlindungan pernafasan dan sejumlah bekalan perubatan telah dihantar melalui helikopter dari Jepun dan Malaysia ke kawasan yang dijangkiti virus COVID-19 di China, dan telah diserahkan kepada Hospital Universiti Wuhan Renmin, Hospital Besar Henan Oil Field Nanyang, Hospital Besar Nanyang, Hospital Rakyat Bose City, dan beberapa hospital lain yang telah tersenarai. Sejajar dengan penularan wabak itu, Dato' Sri Liow Soon Hee dan pasukannya telah bekerja keras dan cekap dalam proses penyediaan serta menghantar topeng perubatan, termometer, air pembasmian kuman, ubat-ubatan dan lain-lain bekalan perubatan untuk dihantar kepada kawasan yang berkaitan.


Menurut Dato' Sri Liow Soon Hee, "Kami sangat menitik berat soal isu wabak yang melanda kini dan pihak kami sering mengikuti perkembangan terkini terhadap wabak COVID-19 di China. Sejurus itu, pihak kami akan terus menerus membuat sumbangan dan pembelian bekalan perubatan seperti yang diperlukan oleh pihak berkuasa untuk mengatasi dan mencegah wabak berkenaan. Kami begitu berharap agar sedikit derma serta sokongan perubatan dan emosi yang kami sumbangkan ini, mampu memberikan inspirasi serta menaikkan semangat mereka yang terkesan di kawasan yang terjejas dengan wabak untuk terus bersemangat dalam menempuh kehidupan terutama di masa-masa sukar ini. Kami akan terus menerus menjalankan pemerhatian kami terhadap kawasan yang terjejas untuk beberapa minggu lagi. Sementara itu, saya ingin mengajak setiap badan organisasi lain untuk turut sama dalam menghulurkan bantuan bagi menentang wabak dan pada masa yang sama, dapat menyumbang kepada masyarakat yang memerlukan".

Dato' Sri Liow Soon Hee mengakui bahawa beliau yang sering mengadakan hubungan rapat niaga bersama China (terutamanya bandar Xingyi dan Wuhan) dalam tempoh sedekad yang lalu, turut menegaskan bahawa perubahan ekonomi negara China akan memberikan impak terhadap ekonomi di seluruh dunia, terutama Malaysia. Beliau yang telah menjadi usahawan pada usia 27 tahun di dalam pelbagai industri, termasuk platform e-Commerce, platform Internet mudah alih, reka bentuk rangkaian, pelancongan pembangunan perisian, multimedia dan banyak lagi di seluruh Asia Tenggara telah menyelaraskan perniagaan dan prinsip beliau untuk menyumbang kembali kepada masyarakat terutama kepada pelbagai komuniti di seluruh dunia.


Sejak penubuhan Pertubuhan Integriti Nicky Liow Malaysia dan Yayasan Winner Emperor Sedunia, Dato' Sri Liow Soon Hee telah berjaya melaksanakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) seperti sumbangan sebuah kenderaan Ambulans baru kepada Pertubuhan Kepolisan Komuniti Malaysia, sumbangan bulanan sebanyak RM10,000 kepada Pusat Kanak-Kanak Orang Kurang Upaya & Mental, Melaka (setakat ini telah terkumpul sejumlah RM460,000), sumbangan RM500,000 untuk pembinaan dan baik pulih Kuil Sri Maha Muniswarar di Ampang Jaya, sumbangan RM900,000 untuk menyokong pembangunan Sekolah Antarabangsa berprestij di Malaysia, sumbangan RM300,000 kepada Ti-Ratana Charity Home dan banyak lagi.

You May Also Like

0 comments