JOM BERCUTI DI JELEBU, NEGERI SEMBILAN!

by - March 20, 2020

Holla beautiful people 👋


Vainz ada cerita menarik nak kongsikan kepada anda kali Ini! Setiap orang mesti suka kan bercuti dan melancong tidak kira dalam negara mahupun luar negara. Lihat keindahan alam, bangunan yang cantik, mengenali sejarah, beraktiviti lasak mahupun berkhemah bersama rakan atau keluarga. Kita perlu menikmati saat-saat indah bersama orang yang kita sayang sementara kita boleh merasainya. Kali ni Vainz nak kongsikan kepada anda Tempat-Tempat Menarik di Sekitar Jelebu, Negeri Sembilan

Ramai dari kita yang tidak tahu bahawa Negeri Sembilan mempunyai banyak khazanah dan tempat percutian yang menarik bagi seisi keluarga mahupun bersama kawan dihujung minggu. Negeri Sembilan terletak di bahagian Pantai Barat Semenanjung Malaysia, nama negeri ini diberi sempena  9 buah Daerah yang bersatu dan mengamalkan Adat Pepatih. Negeri lain di Malaysia menggunakan Adat Temenggung dan hanya Negeri Sembilan yang mengamalkan Adat Pepatih. Ini juga menjadikan Negeri Sembilan sebagai sebuah negeri yang unik di Malaysia.



Untuk cerita Vainz kali ni, Vainz nak fokuskan keindahan dan tarikan pelancong yang terdapat di Jelebu, Negeri Sembilan. Keadaan muka bumi di Daerah Jelebu ini kebanyakkannya bukit bukau yang juga unjuran penghujung Banjaran Titiwangsa. Bagi yang suka bercuti dikawasan hutan, bukit bukau dan alam semula jadi, Vainz memang cadangkan anda untuk datang ke sini. Apa yang seronok disini? Jom tengok tempat-tempat menarik di Jelebu Negeri Sembilan:

Jeram Toi

Tempat pertama yang memukau mata Vainz untuk melihat keindahan alam sambil berkelah (picnic) di sini. Tempat yang mempunyai 7 lapisan tangga air terjun serta dijaga rapi oleh Kerajaan Negeri. Jeram Toi terletak 12km dari Bandar Jelebu dan tempat ini diberi nama sempena Nama Tok Batin. (boleh lihat gambar dibawah). Kemudahan yang terdapat disini adalah ruang parkir, tandas, surau serta gerai jualan.


Air terjun 7 tingkat ini juga mempunyai kolam yang cantik bagi anda yang tidak ingin mendaki keatas. Air yang segar, sejuk dari punca mata air buatkan Vainz seronok untuk mandi manda disini bersama rakan-rakan. Tidak cukup itu sahaja, tempat ini juga sangat cantik untuk buat photoshoot, dan sangat instagramable! Boleh lah acah-acah seperti model disini sambil menikmati keindahan alam yang terdapat di Jeram Toi.





➰➰➰➰➰

Taman Negeri Kenaboi

Tempat percutian yang jauh dari hiruk pikuk bandar, tenang dan lengkap dengan fasilitinya. Taman Negeri Kenaboi merupakan Hutan Simpan jenis Hutan Dipterokarp Bukit dan terletak dihujung Banjaran Titiwangsa. Taman Negeri ini terletak antara 3 buah negeri di Malaysia iaitu Negeri Sembilan, Selangor, dan Pahang. Terdapat banyak pokok meranti, orkid liar serta tumbuhan hutan lain yang dijaga rapi disini. Baca cerita lengkap Taman Negeri Kenaboi [di sini]


Taman Negeri Kenaboi mempunyao keunikkan yang tersendiri dan dekat dengan Lata Kijang dan jeram Berungut bagi yang meminati aktiviti lasak. Vainz akan kongsikan cerita menarik mengenai Taman Negeri kenaboi ini di halaman satu lagi. Taman negeri ini mempunyai pelbagai kemudahan untuk anda melakukan aktiviti lasak, team-building, kursus jabatan atau sekolah serta kem perkhemahan disini.





➰➰➰➰➰


Kampung Tohor
[Perkampungan Orang Asli]

Berhampiran Taman Negeri Kenaboi terdapat 3 perkampunga orang asli yang kaya dengan adat mereka. Vainz sempat beraktivti dan mempelajari pelbagai adat di Kg Tohor. Mereka menyamput dengan hati yang gembira serta tarian yang sangat comel. Orang Asli memang terkenal dengan kepandaian mereka mendapatkan hasil hutan serta memburu. Kali ini Vainz dapat melihat dan mempelajari cara menyumpit yang diajar Tok Batin Kg Tohor sendiri.






Pasti ramai yang belum tahu mengenai upacara perkahwinan orang asli. Mereka mempunya adat tersendiri untuk perkahwinan dan sangat mudah untuk diikut. Orang Asli Kg Tohor berkahwin hanya memerlukan seutas gelang rotan beserta cincin rotan sebagai hadiah manakala mas kahwin hanya RM5.50. Vainz dapat juga melihat upacara perkahwinan disini yang ditunjuk oleh Tok Adat Kg Tohor bersama Macho dan Eva.




➰➰➰➰➰

Kampung Gagu
[Rumah Minangkabau]

Negeri Sembilan memang terkenal dengan Adat Pepatih dan Rumah Minangkabau yang bumbungnya bentuk seperti tanduk kerbau. Disebalik rekabentuk bumbung ini ada tersimpan 1001 cerita mengenai orang Minangkabau. Di Kampung Gagu terdapat sebuah rumah Minangkabau milik Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim, serta sawah padi di kawasan kaki bukit.





Sawah pagi di kawasan ini diterajui oleh orang kampung menggunakan teknik tradisional. Sangat cantik menghiasi rumah Minangkabau ini beserta sebuah kolah yang terletak berhadapan rumah ini. Ruang dalam rumah ini juga memaparkan keunikkan Minangkabar dengan ukiran serta gambar-gambar yang digantung pada dinding.


➰➰➰➰➰

Muzium Adat

Bangunan yang tersergah indah dengan tanjak di atap bangunan, di tengah Bandar Jelebu dan persimpangan terletaknya Muzium Adat yang menggabungkan kesemua adat-adat yang terkandung dalam Malaysia. Muzium ini menunjukkan asal usul adat dalam kehidupan seharian kita sehinggalah salah silah kesultanan Tanah Melayu. Vainz dengan bahagiaanya mempelajari pelbagai jenis ilmu dan adat yang terdapat dalam 4 tingkat bangunan ini.


Bagi yang meminati untuk mempelajari sejarah, salah silah, barang peninggalan serta adat-adat yang terdapat di Malaysia sangat berbaloi untuk datang ke Jelebu ini dan mempelajarinya. Selain itu, Vainz juga tidak melepaskan peluang untuk mencuba pakaian Hulubalang yang cantik rekaannya dari negeri Jelapan Padi, Negeri Kedah tanah kelahiran Vainz. Terdapat pemakaian pengantin Melayu Minangkabau, Ibu Soko (Ibu Adat), Hulubalang serta ahli silat.



Banyakkan tempat yang boleh anda pergi sekitar Jelebu ini! Ini baru sahaja Jelebu belum Daerah lain yang terdapat di Negeri Sembilan. Nantikan cerita Vainz dalam menghayati serta meneroka keindahan alam dan tempat menarik di Negeri Sembilan. ✌

➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
Tingkat 4, Blok C Wisma Negeri, 
Jalan Dato' Abdul Malek, 70503 Seremban
+06 765 9872

Website     |     Instagram     |     Facebook

You May Also Like

15 comments

  1. byk juga tmpt2 menarik dan aktiviti kt area jelebu...seronok dpt tgk air terjun tu...lamanya tk mandi manda kt air terjun camtu...tq for sharing

    ReplyDelete
  2. Tak pernah sampai lagi ke Jelebu, lalu aje ada...tak tau pulak ada tempat menarik macam ni...dah macam balik kampung halaman sendiri ek..mesti seronok kann, sebab suasana kampung tu...

    ReplyDelete
  3. Belum pernah sampai ke semua tempat menarik yg disebutkan ini sbb jarang sgt kr NS terutama Jelebu.

    ReplyDelete
  4. Banyak jugak tempat menarik dekat sana. In shaa Allah nanti bolehlah jalan2 ke sana.

    ReplyDelete
  5. Air terjun jeram toi ni memang selalu pergi zaman kanak-kanak dulu sebab abg ipar memang duduk Jelebu, tapi lamanya tak pergi rindu rasa dihati, plan lepas PKP ni nak pergilah

    ReplyDelete
  6. dekat dah dengan hometown saya ni, kalau lalu sini wajib singgah itik salai, makan dengan masak lomak cili api, memang terangkat ;)

    ReplyDelete
  7. Dulu, masa ayah kerja di Gemas, rajinlah juga lalu Rembau. Tempatnya juga menarik. Tambah bila tengok kawasan air terjunnya.

    ReplyDelete
  8. Wahh bestnyaa. Dulu masa belajar kat negeri Sembilan x sempat nak explore bebetul. Rindu nya Negeri Sembilan.

    ReplyDelete
  9. Seronoknya jalan-jalan mcam ni, nampak meriah dengan pakaian dan suasana kampung macam ni. Orang-orangnya pula nampak peramah.

    ReplyDelete
  10. Belum pernah sampai sini sebab jarang ke arah Selatan selalunya ke arah Utara sahaja sebab family banyak di Utara. Jadi tak berapa nak tahu tempat ni, mungkin bila ke arah sana nanti boleh lah tinjau.

    ReplyDelete
  11. Yes, mmg banyak tmpt menarik kt N9. Dan xramai yg tahu tmpt2 nie. Bolehlah lpas nie masuk dlm list bila jenguk k N9

    ReplyDelete
  12. It seems like you are having a fun time! God bless you! Stay safe until Covid 19 is better. You reminding me travelling! But this time better stay home!

    ReplyDelete
  13. Kampung arwah nenek den ni (sejak arwah dah meninggal dunia, dah jarang ke sana)... dah berubah bonar Jelobu, dulu Jeram Toi tu kat tepi jalan je... laaa nih, wow... menarik, tertarik kau memang de bomb gitu... nanti apabila keadaan dah semakin okay, bolehlah ke sana lagi...

    ReplyDelete
  14. seronoknya dapat berjalan2 belajar budaya lain dari kita. Tengok keindahan alam semulajadi.. rindu la pulak nak travel..

    ReplyDelete