ARTIS VETERAN MASIH DITERIMA! | HSF PRODUCTION (M) SDN BHD

by - October 06, 2020

Hola beautiful people,

Sering kali kita dipertontonkan filem-filem di Malaysia ini dengan wajah baharu dan ramai yang tertanya sama ada artis veteran ini masih relevan untuk diberi peluang lakonan ataupun tidak lagi? Kali ini, Vainz nak kongsikan kepada anda mengenai satu syarikat produksi iaitu HSF PRODUCTION (M) SDN BHD yang telah mengumumkan penubuhan syarikat ini dalam menerbit filem dan drama yang bakal menggegar pawagam. Syarikat ini mendapat sokongan padu oleh MY ASIA EMPIRE RECORDS iaitu syarikat rakaman yang telah melahirkan ramai artis terkemuka di Malaysia. Syarikat rakaman ini dulu dikenali sebagai Asia Empire Records mempunyai studio rakaman dan menjadi nadi utama penggerak karya-karya artis mereka.

Pada 30 September lalu, HSF PRODUCTION (M) SDN BHD yang diwakili En Haniff Khan telah melantik Shila Mambo sebagai Pengarah Pengurusan Filem dan Drama. Hal ini bagi menghasilkan karya terbaru yang mampu memberi impak dan berdaya saing di pasaran Malaysia dalam industri Filem, Drama atau Telemovie. Syarikat ini memberi kepercayaan kepada beliau atas kepakaran Shila Mambo dalam industri ini, dalam masa yang sama mampu memartabatkan lagi industri ini di Malaysia.

Majlis ini dihadiri barisan utama HSF Production (M) Sdn Bhd terdiri daripada Pengarah Urusan, YBhg Dato'  Mohamad Faizal bin Abu Bakar dan Encik Haniff Khan Mohammed Khan, Ketua Pegawai Eksekutif serta Puan Rusikawati Hassan (Shila Mamboo) selaku Pengarah Pengurusan Filem dan Drama Empire Filem Production (M) Sdn Bhd. Turut memeriahkan majlis adalah Raja Azmi, Badrul Muhayat, Ropie Cecupak, Lan Zailan dan Radhi OAG.

HSF Production (M) Sdn Bhd ingin memperluaskan lagi peluang pengkarya, penulis skrip serta pelakon veteran dan baharu untuk memeriahkan lagi industri perfileman di Malaysia. Hal ini juga membuka peluang keemasan kepada pengkarya muzik dalam menghasilkan runut bunyi filem serta OST. Kerjasama ini jelas membuktikan membuka ruang dan peluang kepada semua selepas hampir 6 bulan menghadapi keperitan hidup semasa pandemik Covid-19 ini.

Selain itu, Vainz juga nak kongsikan kepada anda mengenai satu filem yang bakal diterbitkan oleh HSF Production (M) Sdn Bhd ini iaitu Puteri Gunung Sengkuang yang mengetengahkan genre komedi slapstik. Filem ini bakal membuka peluang kepada pelakon veteran kerana 80% pelakon adalah daripada artis veteran sendiri dan lagi 20% adalah pelakon baharu yang bukan dilihat pada jumlah pengikut (followers) di media sosial mereka.

"Perkataan sekuang pada tajuk itu memberi sinonim dalam bidang lakonan umpana sindiran atau teguran dan bagi filem ini tiada yang lama, tiada yang baru. Niat utama adalah membantu astis veteran yang semakin dilupakan tetapi masih mempunyai nilai dan mampi membawa watak dengan berkesan dan sangat baik untuk diberi peluang kepada mereka" kata Shila Mambo.

Tak sabar rasanya Vainz nak tunggu filem komedi ini ditayangkan di pawagam, mesti tak kering gusi dibuatnya dengan lakonan hebat para pelakon yang dipilih nanti. Tunggu nanti, Vainz akan kongsikan kepada anda tarikh siaran bagi filem Puteri Gunung Sengkuang ini kepada anda. 

➰ ➰ ➰ ➰ ➰ ➰ ➰ ➰ ➰ ➰

HSF PRODUCTION (M) SDN BHD

You May Also Like

0 comments