JOM SUPPORT LOCAL BERSAMA al-Ikhsan | NEGARAKU SELAMAT DAN AKTIF

by - October 09, 2020

Hola beautiful people 👋

Hari demi hari, rakyat Malaysia sudah aktif dalam aktiviti riadah bersama keluarga mahupun kawan-kawan. Dengan aktiviti riadah juga dapat menaikkan ekonomi negara dengan menyertai Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) 2020. Kalau anda aktif dalam mana-mana sukan, apa kata singgah di al-Ikhsan untuk beli kelengkapan sukan dan riadah anda dalam masa yang sama dapat menyokong barangan tempatan serta naikkan ekonomi negara. 

Majlis Pelancaran Jualan Negaraku Selamat dan Aktif anjuran Kumpulan al-Ikhsan disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Alexander Nanta Linggi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di MyTown, Cheras. Program ini bertepatan dengan tema PJM bagi bulan October iaitu "Jualan bertemakan Gaya Hidup" serta sambutan bulan Sukan Negara yang akan disambut pada 10 October 2020 (esok)

Kumpulan al-Ikhsan yang melibatkan 135 cawangan di seluruh negara telah menyahut seruan kerajaan dalam Kempen Jualan Malaysiaku Selamat dan Aktif dengan mengadakan jualan besar-besaran dari bulan Oktober sehingga Disember 2020 disamping menjadi penaja utama pakaian sukan bagi Hari Sukan Negara. 

Objektif kempen ini adalah untuk memberi nilai terbaik kepada rakyat Malaysia dalam menggalakkan rakyat untuk berbelanja untuk menjana semula ekonomi negara. Harga "value for money" disetiap pembelian barangan di premis al-Ikhsan kelak diharap dapat menjadi satu motivasi untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan selamat.

Diharapkan rakyat Malaysia serta anda pencinta sukan dan riadah untuk berbelanja dan menyokong menjana ekonomi negara serta kekal aktif bersukan agar anda sentiasa sihat dan selamat daripada wabak Covid-19. KPDNHEP juga mengalu-alukan peranan pihak korporat seperti usaha yang telah dilakukan oleh Kumpulan al-Ikhsan atas tanggungjawab dan sumbangan yang diberi melalui produk "value for money" kepada rakyat Malaysia. hal ini dapat menjimatkan duit rakyat semasa berbelanja.

➰ ➰ ➰ ➰ ➰ ➰ ➰ ➰ ➰ ➰


KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI
DAN HAL EHWAL PENGGUNA
& al-Ikhsan SPORTS SDN BHD



You May Also Like

0 comments