TARIKAN UTAMA DAN KEBANGGAAN DI PULAU LANGKAWI | WAJIB DATANG

by - November 06, 2021

 


Hola traveller,

        Sebut sahaja Pulau Langkawi sudah pasti anda mengetahui tentang kewujudan Cable Car yang gah menjadi tarikan utama di Gunung Machincang, Pulau Langkawi. Vainz ingin kongsikan kepada anda pengalaman bercuti di puncak gunung ini serta sejarah mengenai Pulau Langkawi yang tidak asing lagi mengenai Mahsuri. 

➰➰➰➰➰➰➰➰➰➰

SKYCAB CABLE CAR

        Sejujurnya ini pertama kali vainz datang ke Pulau Langkawi, ramai rakan-rakan beri cadangan untuk naik kesini sebab boleh melihat seluruh Pulau Langkawi. Untuk masuk ke sini, ada beberapa harga promosi yang disediakan dengan harga bermula RM43 untuk kanak-kanak dan RM53 untuk dewasa bagi warganegara Malaysia. Bagi anda yang ingin merasakan kelainan semasa menaiki Cable Car, anda boleh mendapatkan SkyCab Special Gondola yang terdiri daripada Glass Bottom Gondola, 360 View Gondola, Private Gondola, dan VIP Gondola denga harga serendah RM105 sahaja. Dengan satu harga ini anda dapat melawati tempat-tempat menarik iaitu Service SkyCab, SkyDome, SkyRex, 3D Art Langkawi (yang terletak berdekatan pintu masuk SkyCab), SkyBridge dan SelfieRia. 

         Semasa menaiki SkyCab ini, kita dapat melihat 2 air terjun yang terkenal iaitu air terjun Telaga 7 serta permandangan Langkawi yang tersergam indah dan kian maju. SkyCab ini juga ada 3 stesyen iaitu Bottom Station, Middle yang boleh menuju ke SkyBridge dan Top yang dapat melihat seluruh Langkawi dari Puncak Gunung. Sudah tentu vainz berhenti dahulu di Middle Station untuk mengambil gambar dan merasi sendiri pengalaman berada di The Longest Free Span and Corved Bridge in The World's Most Spectacular Pedestrian Bridge yang sudah terkenal dan mendapat anugerah dari serata dunia tentang keunikkan dan kehabatan jambatan gantung ini. Permandangan yang cantik dengan gunung-ganang, laut selat melaka, serta Bandar Langkawi yang kian maju memang menjadi tarikan dan anda perlu datang sendiri untuk merasai pengalaman berada di Puncak Gunung tanpa perlu penat lelah mendaki.

        Lihat sahaja Gunung Machincang yang tinggi dan menghujau melindungi Pulau Langkawi ini buatkan vainz rasa teruja, mungkin kerana cintanya pada alam. Pulau Langkawi yang terkenal dengan cerita-cerita hikayat ini juga menceritakan tentang sejarah Gunung Machincang dan Gunung Raya yang dahulunya mereka ada gergasi dan bersahat baik di pulau mutiara Kedah ini.

        Vainz menghabiskan masa lebih kurang 2 jam diatas untuk menikmati permandangan indah ini, dan seturusnya turun ke bawah untuk cuba merasai pengalaman berada dalam 3DArt Langkawi yang mempunyai lukisan 3D terbesar disini. Dalam studio ini terdapat beberapa tempat yang diasingkan mengikut jenis, antara yang ada disini adalah Lukisan terkenal, Kawasan Firaun, Dark Room, dan banyak lagi. Vainz ada kongsikan gambar dibawah untuk anda lihat. 



➰➰➰➰➰➰➰➰➰➰

KOTA MAHSURI

        Langkawi yang dahulunya terkenal dengan sumpahan Mahsuri iaitu seorang gadis yang difitnah kini telah menjadi tarikan utama. Ramai warga internet yang kongsikan mengenai cerita Mahsuri ini, tapi pernahkan anda berjumpa sendiri dengan Pak Ku yang menyimpan setiap cerita lagenda ini. Pak Ku menceritakan sendiri mengenai keperitan hidup Mahsuri yang dicemburui oleh kakak iparnya atas kecantikan yang dimiliki beliau. Mahsuri yang dihukum bunuh telah dibawa dari rumahnya di Kota Mahsuri sehingga ke Padang Matsirat untuk ditunjukkan kepada penduduk Langkawi. 

        Gadis jelita ini akhirnya dijadikan cerita teladan dan namanya telah digunakan bagi menamai satu kota di Pulau Langkawi ini iaitu Kota Mahsuri yang dahulunya terkenal dengan nama Makam Mahsuri. Kini Kota Mahsuri mempunyai banyak tarikan dalam penceritaan cerita hikayat ini. Semasa vainz mula memasuki Kota Mahsuri ini, kami disambut baik oleh pihak Kota dan Ketua Pengarah Ku Alif yang menceritakan sendiri mengenai susur galur Mahsuri dan persembahan gamelan & caklempong.


        Dalam muzium ini terdapat beberapa senjata yang diceritakan dalam hikayat Mahsuri iaitu keris yang hanya boleh menembus badan Mahsuri, senjata Pak Mayah (ayah Mahsuri yang merupakan pahlawan Kedah dahulu), serta senjata-senjata lain yang ditemui di Langkawi pada zaman dahulu, serta Panji Perang Panglima Ali. Selain itu ada juga pihak muzium yang komersialkan minyak gamat dan produk kecantikkan yang menggunakan nama Mahsuri.

        Kota Mahsuri ini juga terdapat Makam Mahsuri, Telaga Mahsuri, rumah Mahsuri yang dibina semula pada tapak asal, persembahan silat dan alunan muzik tradisional, Gerai Kuih Tradisional, Kedai Batik,  serta autitorium yang bakal dibuka untuk persembahan thetre.

        Bagi anda yang meminati mengenai sejarah dan hikayat, perlu datang disini untuk mengenali dengan lebih dekat mengenai cerita Mahsuri serta tempat peninggalan zaman dahulu serta tarikan tradisional disini.

➰➰➰➰➰➰➰➰➰➰

GAMAT GEMILANG

        Tidak jauh dari Kota Mahsuri ini terdapat satu Kedai Gamat Gemilang yang menjual beberapa jenis minyak gamat, produk kesihatan serta barangan lain. Anda boleh melawati Kedai ini untuk mendapatkan produk komersial Langkawi tanpa perlu bersesak ditempat yang ramai orang. Lebih selamat dan mudahkan urusan jual beli semasa endemik ini.


You May Also Like

0 comments